Salam dan hai
5 bulan lepas, saya pergi ke Floristika untuk beli bunga, dijadikan bahan uji kaji kemampuan nak DIY hantaran sendiri. Macam saya dah kongsi dalam post terdahulu {Post}, hantaran saya sumber inspirasi daripada beberapa hantaran lain.
Memandangkan saya langsung tak pernah buat gubahan pakai bunga hidup, jadi ada baiknya saya praktis dulu (walaupun kesudahannya, Nity yang buat hahah)
Jadi ini la hasil percubaan 5 bulan lepas.
Saya tempah bunga daripada Floristika, Bangsar. Rasanya 3-2 bulan sebelum majlis. Kalau ikutkan, pengurusan kata, sebulan sebelum majlis pun boleh, tapi malas nak terkocoh di saat akhir, kami tempah awal sikit. Kemudian pergi lagi semula, nak beli span H20 {Post} . Sambil tu, dapatkan tips daripada pekerja disitu tentang span tersebut. Memang ada banyak jenis span, tapi yang saya beli ni, penyerapan airnya cepat dan tak perlu direndam semalam. Sedikit mahal, tapi tak apa, pasal sudah ada rancangan apa yang boleh diguna semula.
Pagi Jumaat, sehari sebelum majlis pernikahan, saya keluarkan semula span H20 yang terjeruk dalam almari. Rendam dengan air. Kalau perhatikan, setiap span saya dah lekatkan untuk barang hantaran yang mana. Mudah untuk diuruskan kalau dah label daripada awal.
TIPS 1: Setiap span H20 adalah berbeza daripada segi penyerapan air. Jadi baik tanya pada orang kedai, bila dan berapa lama patut direndam untuk dapatkan penyerapan air yang baik.
Balut dengan aliminium foil untuk penjagaan lebih baik.
Tips 2: Susun barang hantaran siap-siap atas span, untuk mengelakkan kilam kabut.
Sepakat dengan Nity, jumpa selepas solat Jumaat untuk proses gubahan. Jadi pagi tu, saya pergi ke Bangsar dengan abang kedua saya, untuk amik bunga. Alhamdulillah, hari saya amik bunga tempahan, harga bunga banyak yang dah turun jadi pekerja tu kena uruskan harga sebenar. Kemudian gatal, tambah lagi bunga. Ehehe.
Sampai rumah, terus masuk bunga dalam baldi.
Tak cukup baldi, pakai jug air. Hehe.
TIPS 3: Siap-siap cetak contoh lakaran hantaran yang saya nak. Mudah untuk jadi rujukan kami.
Elok 2:30 petang, Nity datang membawa bakat. *Tepuk
Tips 4: sentiasa terbuka untuk terima gubahan yang baru walaupun kita dah ada yang berkenan. Kadang-kadang, yang kita berkenan tu, tidak praktikal untuk kita laksanakan. Jadi praktikaliti adalah amat penting dalam hal DIY hantaran.
Contoh: Minyak wangi.
Setelah mendapat sentuhan Nity.. Ting!!!
TIPS 5: Tanya kat orang kedai, bila waktu terbaik untuk buka serkup bunga ni. Pasal macam saya, orang tu dah kata, balik rumah terus buka, supaya bunga dapat kembang. Bila bunga kembang, kurang la guna bunga untuk satu-satu hantaran. Tapi saya degil, tak percayakan orang kedai. Haha. Lepas tu, menggelupur buka sarung, bila bunga kembang, amat kembang! Terpaksa cabut pasal bunga tak dapat kembang penuh pasal berhimpit.
TIPS 6: Kalau nak kasi bunga kembang, jangan gunakan jari untuk buka kelopak. Tapi tiup bunga perlahan-lahan. Nanti kelopak akan kembang sendiri.
Buat hantaran dengan Nity memang best pasal dia tak suka bercakap masa buat kerja. (Dia malas nak layan saya rasanya hahah) Jadi saya trim pokok dan Nity cucukkan.
Sedar-sedar, dah banyak gubahan berjaya disiapkan. Rasanya amik masa hampir Magrib dapat siapkan 8 hantaran.
Nasib kami mulakan gubahan awal pasal baru perasan, jumlah bunga tak cukup. Pasal ada bunga yang rosak, jadi kami takmau. Abang saya juga la kena jadi runner, pergi ke Bangsar beli lagi 2 bundle bunga ros merah. Kesian dia, panas-panas cam tu! Merempit ke Bangsar. *hugs
Masa ni tak amik kek hantaran daripada Secret Recipe, jadi tak dapat nak gubah dulu. Kitorang teruskan dengan Sireh Junjung. Nity kata, Sireh junjung kena akhir pasal sedikit tekanan. Haha
Tada.. dah siap!! 8 dulang.
Kemudian, sementara nak tunggu abang saya amik kek hantaran, Nity buatkan bunga tangan untuk majlis nikah dahulu.
Inspirasi daripada ini.
Jadi minta Nity buatkan yang paling hampir. Bunga lili ni degil, tak kembang macam contoh gambar. Tak apa la, asal ada.
TIPS 7: Kalau merancang buat DIY bunga tangan, pastikan contoh yang kamu pilih tidak terlalu sukar untuk dilaksanakan.

Hasilnya, amat best!!!! Gambar ni diambil pada pagi nikah. Berat sangat!! D pun kata beratnya bunga tangan saya.
Sungguh, bunga tangan elok DIY (atau minta kawan yang bertangan seni untuk buatkan.) Bunga tangan ni kombinasi bunga ros merah jambu+bunga ros shocking pink+ bunga lili. Anggaran kos dalam RM50-RM60. Berbaloi pasal bunga yang sama, kami guna untuk deko dewan dan bilik pengantin hari kedua. Ini nanti saya akan kongsikan semula.
Sambung semula cerita. Lepas abang saya balik, terus deko kek hantaran. Tak berapa berkenan sangat rekaannya tapi waktu ini, tak perlu cerewet. Kek dah ada pun, amat syukur!
Nity berjaya siapkan hantaran sebelum pukul 11.00 malam. Dia nak pastikan saya tidur cukup.
TIPS 8: Jangan lupa sembur bunga dengan air dari masa ke masa. Untuk elakkan kering.
TIPS 9: Double selotape bahagian dulang hantaran dengan alas hantaran supaya kedudukannya tetap dan cantik walau digerakkan. Macam hantaran kami, langsung tak gunakan bekas. Jadi double selotape penyelamat hantaran agar kedudukannya kekal pada tempat asalnya.
Kat ruang makan, satu keluarga saya sedang sibuk racik bunga rampai. Terharu, abang saya yang sulung walau tak dapat cuti pada hari Jumaat tu, terus datang ke rumah untuk racik daun pandan (Tapi hasil kerja lelaki, dia sudah macam cincang bunga rampai!!) Saya memang dah pesan kat kakak ipar dan abang saya, yang saya nak bunga rampai yang banyak amat.! Jadi menggunakan resepi bunga rampai {Post} dan kelopak bunga yang kami reject masa hantaran, mereka gotong royang buat. Saudara mara tiada pasal mereka semua duduk jauh, jadi memang tak mengharapkan. Cukup ada kakak ipar, ibu ayah, adik saya dan abang saya semua pun dah cukup sangat!
TIPS 10: Alternatif pada mereka yang tidak menggunakan bunga hidup. Bunga rampai boleh jadi alternatif pewangi yang terbaik untuk hantaran. Tabur dikawasan bersesuaian pada hantaran. Bila hantaran dibawa, bau bunga rampai tu pun dibawa sekali.
Malam tu, pakai inai lagi. Abang saya Am yang tolong pakaikan inai. Best kan? Sebelum tu, sembur bunga tangan dan bunga hantaran dengan air. Air cond memang sentiasa terpasang.
Tapi tak dapat tidur pulak malam tu. Terkebil-kebil atas katil. Mungkin terlalu penat. (penat tengok Nity buat hantaran hahah)
Pagi nikah, saya bangun 6:30 pagi--- dan seterusnya akan saya kongsi dalam post mendatang.
Nota: Alternatif kepada Floristika, mungkin boleh pergi ke Victory Flora Supplies di Pandan Jaya (03-9282 0048) Harga lebih murah daripada Floristika tapi saya kurang pasti daripada segi kualiti bunga dan perkhidmatan macam mana. Jadi kalau sesiapa yang nak mencari, boleh tinjau ke sana juga. Tapi untuk Floristika, pengalaman saya amat berpuas hati. Baik daripada segi layanan dan bunga. Setakat rosak sikit sana sini, tak apa. Yang penting, pekerja nya amat membantu dan boleh bagi pendapat dan tips.
Ni gambar hantaran kami pada pagi nikah.
8 November 2010
sgt2 berguna entry nih...bole belajar cam ne nk buat hantaran...seronot sgt!tima kaceh..^_^
ReplyDeleteSAYA BELI BUNGA KAT VICTORU TU LAH..
ReplyDeleteNANTI SAYA BUAT POST UTK KEDAI TU SEBAB PERNAH BERURUSAN DGN KEDAI TU KAN..
saya pernah beli di victory. takdelah murah sangat pon kalau beli sikit2. tapi, beza setakat rm1-2, ok la kan. bunga pom-pom still rm10. mungkin beli banyak boleh dapat lagi murah. =) kualiti ok. ok je la. mana-mana pun wholesale jugak kan. tgk mana paling dekat dgn rumah. eheh.
ReplyDeletetang net tuh kan, xora bukak sehari sebelum ke?
nity sgt creative!
ReplyDeletechanteq sgt bunga tangan xora :)
ReplyDeletehye gorgeous ex-b2b :)
ReplyDeletewah entry yg sgt useful..!! siap satu-persatu detail u bg.. i can refer this for my wedding@work nanti.. tips2 pon sgt berguna.. thanks so muchie for sharing....!!muahmuahkirikanan~ ;p
meow~
http://reneemeowwedding.blogspot.com
klo upah dekat org bunga tangan tu....agak2 berapa kos die yeh xora??
ReplyDeleteteringin nk DIY sendiri, tapi takott tak jadi...huhuh
thanks xora!! da lame brangan2 nk wat hantaran sendiri guna fresh flowers!! nnt sy akan cuba byk kali dlu..hehe..entry sgt membantu!! loike!!
ReplyDeletedetails deco hntaran entry. mmg besh..
ReplyDeletei pun berangan2 nak deco sendiri aje.tp yelah tak bnyk tgn rajin menolong. nak harap diri sndri tkot tak sempat.
anyway. sgt best tips ni!
xora ros tu dari china ke? sebab besarnya lain
ReplyDeleteDear all: tapi ni tips daripada amatur tau. rasanya penggubaha hantaran pro laaagi byk tips boleh dikongsi. Belle, haah net buka sehari sebelum, kiraan jam lebih kurang 20 jam sebelum majlis. Kina n Hana, mmg tangan Nity ada sentuhan emas :P Elya, kos tu saya kurang pasti tapi pernah baca mantan B2B yg tempah bunga, harga ikut pada pilihan bunga kita dan vendor kita siapa. Jadi saya kurang pasti la. maaf sangat. Bai, tak, bunga tu bunga tempatan. Saya tak amik dari China pasal kos mahal lagi dan bunga import lebih mudah layu pasal dah naik kapal terbang :P org floristika tu yg bantu saya, dia yg cadangkan pakai bunga tempatan tapi gred A. Jenis yg kembang besar.
ReplyDeletehi xora, sue da lame follow blog ni just br officially jadi follower.nway, Sue nk tanye, dkt bwah bunga hantaran ni, Xora ade letak ape2 x? means ade letak any dulang nipis ke sbgai alas.... Sbb Sue ingt nk guna yg same for my wedding, sbb it looks so cantekk =)
ReplyDeleteHai Sue. menjawab soalan kamu, saya cuma letak cupboard (amik daripada kotak coklat simpan barang2 biasa tu) dalam bantal hantaran, so automatik, bantal mmg tak loyot dan tak perlu apa2 lagi sokongan. atas bantal, saya letak span H20 then letak hantaran. siap.
ReplyDeleteMungkin saya kena buat langkah demi langkah utk ini pasal byk gak emel yg saya terima bertanyakan ini.
hi xora, I suka sgt u punye bantal dulang tu, u sewa atau buat sendiri ? if I interested utk sewa boleh pm I pls nasz267@yahoo.com :)
ReplyDeleteHI Xora, nice. i nak mcm ni for my wedding.. nak tanya, brapa lama u rendam span H2o tu? i beli juga tapi lupa tanya sbb da teruja sgt masa beli huhu.
ReplyDeletesaya beli span h20 brand Oasis,rendam amat sekejap dalam 10 saat cam tu aje, tak perlu semalaman. tapi saya ikut direction yg tertulis kat board span tu. ada span, kena rendam sehari semalam.
ReplyDeletehi xora, today is my wedding day. TQ so much for your guidance. I beli span yang sama mcm u, hopefully semua nya menjadi. TQ2..
ReplyDeletehye sis
ReplyDeletejust nak tanya berapa kos kalo kita guna bunga hidup?//terasa mcm nak diy semuanya...anggaran untuk hantaran+meja makan+bilik tidur+pelamin??hope sis ley tolong???
sis ju'anne, boleh emel saya tak? nk tulis kat sini panjang benor :)
ReplyDelete