Salam dan hai
Majlis pun sudah. Bulan madu pun sudah. Jadi boleh la saya nak ulas majlis kami, sementara masih segar dalam ingatan.
Saya dalam proses mengarang post. Saya akan kongsikan daripada 2 hari sebelum majlis pernikahan sehingga habis majlis persandingan.
Buat masa ini, saya akan tinggalkan post ini dengan sebuah video peribadi dirakam oleh abang sulung saya. Agak kacau bilau tapi tu yang realitinya :) Terima kasih Mok.
Saya sempat kata ".. tapi kitorang suka, kitorang dah kahwin".
Tips: Sematkan dalam hati dan minda, tiada siapa yang boleh rosakkan mood dan majlis kita, melainkan diri kita sendiri. Kalau kita emosi dan tak syukur dengan apa yang terbentang, hati kita sentiasa dalam keadaan tidak puas hati dan mengomel.
.. dan selingan gambar outdoor oleh A.Rashdi.
Mekap: Nurin Makeover
Persalinan Sanding: Roy Busana Anggun @ Semua House
Lokasi: Masjid UPM
Oh ya. Dah alang-alang menulis, nak gak tahu, apa perkara yang korang nak tau tentang majlis saya? Mungkin perkara yang terpencil dan orang tak perasan, tapi korang nak tau. Bagitau saya ya? Emel boleh, di kotak komen pun boleh.
Sehingga saya menulis lagi!
8 November 2010
nak tanya bunga ros tu xora amik kat mana? vendor? sori sangat2 by tak dpt dtg...congrats k dear!
ReplyDeletesalam xora,
ReplyDeletenak tanya tentang arrangement meja beradab.siapa biasanya yg duk dgn pengantin selain dari parents ye? akan ada 'dayang' ke yg akan invite ahli rombongan ke meja VIP n meja beradab?
n additional question kalau just buat majlis resepsi belah perempuan je, kiranya ahli rombongan lelaki akan ikut masuk dewan masa pengantin berarak ke atau awal lagi?
huhu, sori.byk benda nak belajar ni
thanks!
hi, still nak wish congrats again !! =) nak tanya hope nanti xora wat review pasal muzik gamelan haritu ambik dekat mana? besh ! n resturezeki kalo kita tmpah byk mana pun doorgift tu memg fix ek? ke harga boleh kurang lg. tengs =)
ReplyDeleteBai:Bunga tu saya booking di Floristika. Di Bangsar. kalau nak cari yang lebih murah, di Pandan Jaya.
ReplyDeleteDhiya: Biasanya, ahli keluarga tertua atau paling dihormati yang duduk disitu. tak semestinya ahli keluarga pasal kadang2 ahli keluarga takmo duduk pasal segan. Jadi kawan atau bos kepada pengantin pun boleh. skrang dah takde peraturan sangat. Seeloknya, ada dayang yang invite, tak pun ahli keluarga pengantin pun boleh sambut. Cuma zaman skrang ni, kebanyakkan tetamu berat punggung nak duduk di meja beradap pasal segan.
Soalan kedua, biasanya mmg ahli rombongan lelaki yang akan ikut masuk dewan, baru nampak meriah rombongan. Tapi kadang2 bersedia sahaja la, ada masa, ahli rombongan dah sampai awal dan mereka mendesak nak masuk sebelum pengantin sampai pasal lapar/ penat/ haus. Atau pengantin dah sampai tapi rombongan sesat. Jadi kat situ, kena sediakan Plan B nak handle macam mana. Harap pendapat ni membantu.
Boleh. nanti saya buat review ttg gamelan ya, sekali dgn contact no. psl harga kek restu rezeki, harga kurang tapi setiap jenis berbeza kurangnya. Contoh, 1 jenis tu, setiap order 1,000 ke atas akan kurang 10sen utk order yang ke 1,001 nya. elok kamu call restu rezeki utk maklumat lebih tepat.
ReplyDeleteHuda, terima kasih !
zaa nak tau semuanya! :D tamak ok! heheheh
ReplyDeletelajunya xora cakap! hehee.. comel jerk! =)
ReplyDeletemore on photographer please. =) thanks! =) pelamin pun cantek! =)
ala.. kenape saya tak boley btgk video itu? ada error pulak. xora, rasa ralat sgt sebab tak dpt pegi majlis kamu. sorry ye...
ReplyDeletesalam Xora (guna Xora jugaklah)..akak last2 minute nak pegi jugak... rasa puas dpt pegi wpun tak dpt jumpa Iza..seganlah ngan anak2 lagi nak naik pentas ke pelamin... ape2pun tahniah...
ReplyDeletelia mOhd
salam. nk tahu more pasal bantal hantaran yg kiut miut tu..klu yg gne bantal tu perlu ke letak alas dulang lagi yer agaknye?
ReplyDeleteZaa: teringat masa zaa datang, saya kata "ni zaa yang ada ~ tu ke?" smbil percubaan membuat tanda ~ diatas angin :P
ReplyDeleteBelle: laju kan saya bercakap! psal tu masa pengantin berucap, kasi D yg bt. Kalau saya, mesti tetamu tak dapat tangkap apa saya bebel. Ok noted . OP n pelamin!
Aifa: tak mengapa :) yg penting, semuanya dah selesai. kamu tak dapat dtg, tapi doa kamu mengiringi majlis kami :)
Lia": terima kasih sudi dtg!:)
Fadh: saya rasa ni terpulang. saya pernah tgk hantaran bantal, ttp diletak alas dulang. cuma utk saya, saya tak letak pasal saya rasa terlalu crowded dan saya nak potong kos :)