Salam dan hai
Ingat lagi tak Misi Sulit BG kira-kira dua bulan lepas?
[Post disini]
Sulit la sangat kononnnya~
Ini la hasil misi sulit tu. (Maafkan watermark buruk ittew!)
Inspirasi daripada post ini
Post penuh disini
Saya ke kedai sulam di Warta, Bangi untuk buat sulaman nama BRIDE dan GROOM belakang jubah mandi kami. Sebenar, misi ini sudah hampir tinggal misi pasal jubah mandi sangat mahal! Hampir beratus (untuk yang kualiti bagus). Sehingga la saya pergi ke Batu Pahat [post disini], dan terjumpa jubah yang sama, tapi pada harga --RM 9.00. Serius, saya tak tipu! TAPI tali untuk bathrobe kami tiada *gelak jadi kena fikirkan alternatif lain sebagai peganti tali bathrobe. Rasanya kualiti fabriknya juga, mungkin tidak penyerap air dengan jaya, tak seperti jubah mandi yang beratus. Tapi pasal tujuan nak beli untuk jadikan props, jadi tak apa.
Alhamdulillah, memang rezeki kami, ada satu warna pink dan satu warna biru. Itu sahaja stok dalam kedai tu. Bathrobe ni tak labuh,cuma pada takat lutut sahaja. Ada hood, tu yang saya suka. Nanti keluar daripada bilik air, boleh tutup kepala dengan hood tu. Nak mekap masa majlis pun senang. Takda la terdedah sangat depan OP. Dengan ini, saya angkat jubah mandi ini sebagai persalinan rasmi ketika bersiap. Hihi.
Secara peribadi, saya suka jenis tulisan yang dipilih, tapi saya kurang suka saiz tulisan kat bathrobe saya. Pasal terlalu kecil (the bigger, the better!!). Saya ingatkan, 4cm tu dah cukup besar. Patut amik 8cm lagi cantik kan? Tapi tak apa la, rezeki saya pada 4 cm aje kot. Lagipun harga sulam pun mahal, jadi pilih ikut kemampuan. Yang penting, kamera OP insyaAllah masih akan timbul.
Saya suka tulisan D. Pasal nampak maskulin dan mengingatkan saya pada orang tinju. Saiz tulisan kami sama, tapi D nye nampak lebih menonjol kan?
Sebenarnya, masa ini bila fikir, rasa macam tak suka pula tulisan Bride & Groom. Kalau tukar Ratu dan Raja, pun best. Tapi tak apa la, layan aja.
Elok langsai misi sulit ini, saya terjumpa satu idea yang lebih murah dan praktikal untuk tujuan yang sama. Haih, kalau saya jumpa idea ni lebih awal, kan lebih bagus.. Nanti saya kongsikan apa idea tu ye dalam post akan datang.
18 Oktober 2010
wahhh itew rupanya =) nice!!! good idea!!
ReplyDeletesuka la idea ni.xperlu cari jubah mandi mahal2 dan paling penting ada tutup kepala kan. love it. thanks sharing info =)
ReplyDeletexora!rm9?sulit betul ni!kt mn batupahat kamu beli ni?
ReplyDeletelast week saya ke tery palmer (betul ke eja.haha!) kedai yg jual towel and bathrobe niat hati nak beli bathrobe jadikan hantaran.sekali tgk harga..299, 399.juling mata saya kejap.haha..terus sambar towel!
dear all: takde la sulit sangat pun kan? hihi..Meey@ BETUL, ni bukan Cobaan.. RM9 aje, beli kat BP, kedai mana ntah, kedai kecik2,nak cari benda lain, benda lain yg dapat :)
ReplyDeletexora, sgt cool! batu pahat?? alaa..kedai mana plak nk terjah ni..
ReplyDeletepakai riben je pengganti tali..
SK, hei saya pun terfikir idea riben juga! tapi lepas tu, saya igt amik brooch besar. comel ada brooch kat tepi :P
ReplyDeletepersediaan yg bagus utk bermekap..idea yg bernas..huhu.
ReplyDeleteok juga tu letak riben..saya penah buat. ada baju blouse yg agak besar (mcm baju mengandung).. pastu saya lilit pinggang pakai riben, letak brooch besar kt tgh2...taraaaa..terus nmpk cantik. (perasan).
ReplyDeleteuwahhhhh comel je!
ReplyDeletekongsi la idea baru tu. boleh la kami2 y belum kawen ni guna pulak kekeke
suka la xora idea ni! =)
ReplyDeleteaina da pnh tgk jubah mandi nih..tp xingat ktne..btw, sgt cool...i ♥ pink blue!
ReplyDeletexora.....! sangat best idea ini...nak buat jugak.... u beli robe tu kat batu pahat or air itam?
ReplyDeletebatu pahat. muktamad! :p
ReplyDeletesalam pn xora =) i really lurve to read ur blog..sbb byk sgt info..tq so much tau! =) di kesempatan ini, fariha nk minta kebenaran guna idea jubah mandi brsulam ni dlm wedding i nanti..harap halalkan ilmu ni yek xora..u inspire me...may Allah bless u =)
ReplyDeletexora! put suke sgt idea jubah mandi.. kebetulan inche tunang pun dah beli siap dah jubah mandi. so, bolehkah kiranya put ingin mengunakan idea xora??hee..
ReplyDeletekiutnyer...:)
ReplyDeleteidea yang sangat menarik ^_^
ReplyDeletebatu pahat? tmpt sy tu...boleh x share tmpt bathrobe tu? nak pergi beli la... :D jahit nama tu kat bp jugak or kl?
ReplyDeleteketawariang, saya tak dapat igt nama kedai tu, tapi kedai bundle. dekat dgn area hotel Pelikan
ReplyDeleteowh.... dkt bundle? rsnye mcm dah xde bundle kt ctu...tp nnt sy carik... :)
ReplyDeletethanks tau!