Salam dan hai
Post pagi tadi, saya ada tulis mahu berkongsi idea alternatif jika tak jumpa jubah mandi yang dalam budget kita. [post asal]
Idea: Pakai sahaja baju tidur kamu dan hasilkan ini!
Sumber: google images
Boleh print siap-siap tulisan dan saiz yang kita nak. Kemudian, cuba tiru tulisan tu, loretkan pakai pensil atau penanda kain mengikut saiz tulisan dan corak pilihan masing-masing. Kemudian tampal bling-bling ikut pada kesan tulisan tadi. Nak bling simple bulat-bulat pun boleh, nak yang bentuk hati ke, bunga ros ke, bintang ke, terpulang pada bakal puan yang nak menampal. Nak jahit manik pun terpulang pada kemampuan dan masa yang ada.
Rasanya, kebanyakkan baju tidur memang berbutang dihadapan. Jadi, memang pilihan yang mudah pasal senang nak tanggal baju lepas mekap. Harga baju tidur pun, tidak la terlalu mahal kan? Yang penting, selepas majlis pun masih boleh dipakai.
Kalau boleh biar baju tidur tu plain tanpa corak (satin cantik untuk ilusi licin) dan warna gelap. Baru naik bling-bling! Tapi apa-apa pun, semua terpulang pada pilihan masing-masing.
Saya harap, akan ada B2B yang realisasikan idea ni. Teringin nak tengok. DIY sahaja. Mudah dan praktikal. Tak perlu upah orang. Kadang-kadang, benda yang guna seharian pun, dapat sentuhan kreatif, terus jadi cantik kan?
Nota: Jauh disudut hati saya, kalau perkataan 'Bride' tu ditukar kepada 'Ratu' pun sedap juga.
18 Oktober 2010
betul2..kina setuju..hehe..
ReplyDeleteratu pon best =]
ReplyDeleteyeay! pakai baju tidur untuk sesi makeup2 nanti. hehe
ReplyDeletesaya pakai baju tidur memang beli khas utk make up~ tp baju yg nmpak remaja sikit ar.. (perasan muda)
ReplyDeletekalo mantan pengantin yg nak realisasikan idea ni boley? heeee.
emm kalau rajin terlebih, saya nk buatla xora hehehehe..praktikal idea ni..sukeeee
ReplyDeletegood idea..!! apa lagik b2b.. mai kita pakat2 ber"DIY" idea inii.. :P
ReplyDeleteJom DIY semua!!!!! :)
ReplyDeleteThanks xora....
as always....Xora mmg byk idea...
ReplyDeletexora, best nya idea nih :D
ReplyDeletegood idea! nak cari baju tido ikut warna tema lah..hahaha..
ReplyDeleteooo..baju tido utk sesi make up ye
ReplyDelete