19 October, 2010

Intai Misi Sulit RS (Raja Sehari) III: Bongkah Kayu


Salam dan hai

Kadang-kadang terfikir, gila ni cari pasal keluarkan semua misi sulit saya sebelum majlis. Bak kata orang, nanti dah hilang seri pasal orang dah tau.

Tapi bila saya fikir, tujuan saya tulis blog ni untuk masukkan semua perkara kecil dan besar sepanjang persiapan saya, bukan isu nak simpan untuk seri. Jadi saya rasa, biar la saya kongsi. Nanti, takut selepas majlis, blog entah ke mana, misi entah ke mana :P Kenangan langsung sudah tak ingat.

Kalau dilihat daripada layout blog saya ni, belah kanan tu, hampir semua gambar-gambar disitu sudah ada link postnya. Kecuali tiga yang bawah itu.

Hari ni, tiba masa nak kongsi tentang Misi Sulit RS ketiga terakhir? [Post Penuh]

Alhamdulillah, idea DIY tu terlaksana juga. Sebenarnya, ikut rancangan awal, memang tak pernah ada dalam senarai DIY ni. Tapi lepas meja beradap kami kena DIY, kemudian ternampak gambar-gambar kat bawah ini, terus rasa berkenan. Tujuan bongkah ni sebenarnya untuk penuhkan ruang dimeja beradap sahaja. Element kecil yang comel

Idea asal saya dapat daripada gambar-gambar ini



Tapi yang ini, macam terlalu istimewa pula (istimewa bermaksud ada ongkosnya!)

Jadi cari yang lebih mesra alam dan sifar kos





Lepas tu teringat yang kat rumah saya, ada bongkah-bongkah kayu gambar kat atas. Entah daripada mana datangnya, kita tak perlu sibuk tau. Rembat sahaja!

Asalnya, bongkah ini sebagai hiasan, untuk tarikh. Pasal tu ada nombor dan Bulan. Tapi zaman sekarang, takde kerja saya nak ubah bongkah tu hari-hari. Baik pakai jam elektronik aje, dah tertera tarikh.



Malam tu juga, saya mulakan operasi membuat ruang sedikit diantara bahagian kayu ni.



Kemudian, cuba sikit masukkan kertas berukuran kad perniagaan. Biar ketat, jangan longgar.


Tu gambar sebelum bongkah disembur. Tapi lepas sembur, saya rasa tak cantik jadi putih. Nasib la bongkah tu ada 4 bongkah. Jadi satu sudah terkorban, tinggal lagi tiga.

Akhirnya, saya amik keputusan, nak licinkan (erti kata, nak hilangkan huruf-huruf yang masih ada pada permukaan bongkah) permukaan bongkah dengan kertas pasir. Kemudian, masa saya pergi kedai mana ntah nak beli zip, ternampak sesuatu yang boleh diguna pakai untuk bongkah saya. Lalu saya pun beli, RM 1.50 semeter.

Sampai rumah, saya gam kan kain tu elok-elok kat permukaan kayu.

Siap!



Tapi, belum print lagi kertas yang betul-betul. Nak tengok hasil lengkap, InsyaAllah pada hari majlis ya? di meja beradap.

Saya rasa, kalau pun tiada bongkah kayu sedia ada macam saya, mana-mana kayu yang bulat, potong sama panjang. Buat macam kat bawah ni. Pakai 3 potong kayu, dua didepan, satu dibelakang. Ikat riben, siap!



Kalau nak jadikan centerpiece pun boleh kan? Letakkan gambar korang.



Takde bongkah kayu atau kayu ni, pakai buluh pun boleh! Yang penting, kos sifar!


Nota: InsyaAllah, minggu hadapan saya akan kongsi misi sulit saya yang terakhir. Misi ini paling banyak dapat tentangan dan komen daripada kawan-kawan saya (Laling kata "hapa, ko ingat ko anak raja??!!" masih terngiang-ngiang. hahaha) . Misi ni juga la, yang saya paling tak dapat buat keputusan muktamad.

InsyaAllah, minggu hadapan ya? Teruja tak?


19 Oktober 2010

16 comments:

  1. nice idea xora.. chanteq sgt :)

    ReplyDelete
  2. waahhh..xora tulis apelah kat kertas tu? hihi..mmg ratu DIY la xora ni..=) xsabar nak tau yg next week punye plak..hehe

    ReplyDelete
  3. wow! idea yang bernas gila okeh!!!! :) takpe berkongsi pun, itu kan salah satu cara meluaskan ilmu :D

    ReplyDelete
  4. banyaknye misi rahsie die!

    xsabar pulak tgu last misi rahsie haha

    ReplyDelete
  5. Sgt kagum dgn kamu yg mempunyai idea yg byk!

    ReplyDelete
  6. xora nye majlis kena ikut table ke?

    ReplyDelete
  7. Mia: ish mana ada. buffet aje, takde RSVP bagai. cuma ni nak letak di meja beradap pengantin sahaja :)

    ReplyDelete
  8. hi dear :)

    ntah camne ann bley terjumpe tis COMEL blog..ur dDIY sume AWESOME! ann suka pelis? hehe

    exchange link jom :)
    happy preparing!

    ann

    ReplyDelete
  9. xora yg sgt kreatif..

    mmg suka buat org teruja tau!

    ReplyDelete
  10. ades. xora xora.. buatkan By semangat balik nak buat DIY!!!

    ReplyDelete
  11. meow~

    wah good idea n very2 interesting.. :) something different kan..

    btw, pick up ur award here at my blog ya.. :)


    meow~
    http://reneemeowwedding.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. suka la xora idea ni! =)) sayang xora!

    ReplyDelete
  13. good job.teruja pulak tgk DIY kamu nih.. thumbs up..

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)