Salam dan hai
InsyaAllah, dalam minggu ini saya akan mulakan operasi mengedar kad jemputan pakai tangan untuk kawan-kawan setaman. Untuk aktiviti mengepos kad-kad jemputan, saya mulakan minggu hadapan. Pada siapa yang dah terima kad saya, jemput datang pada hari majlis InsyaAllah.
Drama kad kahwin saya ni, boleh dikatakan hampir tiada. Semuanya OK alhamdulillah. Kecuali kes saya silap letak GPS haha
Cuma pada fasa mencari rekaan dan proses draft tu, memang la ada ding-dong sikit
[post disini] [post disini] [post disini] [post disini] [post disini]
Satu-satunya drama berlaku bila orang printer, print kad lebih 1,000 [post disini] Mungkin rezeki. Mungkin Allah tau yang saya akan buat silap dalam pemilihan riben.
Riben ni memang memainkan peranan penting dalam kad jemputan saya ni. Bukan sekadar hiasan. Riben ni yang pegangkan kad jemputan ni. Saya siap gamkan bow tu pasal takut tercicir.
Kita semua melalui proses cuba-cuba dan hasil percubaan pertama saya: Kurang cantik (Maaf watermark gila buruk pasal masa ni malas nak tukar font dan malas nak adjust.. Haha.Tak apa. Nanti korang dapat kad, korang snap gambar molek-molek. Jangan ikut saya ;p)
Saya dah buat hampir 30 keping kad pakai riben ini. Lepas tengok esok harinya, rasa macam ada sesuatu tak kena, tapi tak dapat nak pastikan apa. Jadi, terus tanya pendapat beberapa kawan rapat. Lepas masing-masing kasi pendapat, saya pun tukar kepada riben organza pula.
Hasil lebih baik daripada hasil pertama--Walau riben ni mengingatkan saya kepada riben Minnie Mouse
Perbandingan antara keduanya
Sekian, nantikan kehadiran kad jemputan yang serba sederhana ini ya?! Kecik benar, jadi hati-hati takut terselit bawah tempat duduk kereta ke apa ke *ha jangan gelak. Ini kisah benar. Jari jemari ku gigih nak keluarkan kad yang terselit kat bawah tempat duduk. 10cm x 14cm aje besarnya. Kalau ada riben tersenget sikit, fahami la, sesungguhnya saya sorang menggamkan kad, pastinya ada yang terlepas pandang.
Oh ya, idea asal kad ni, saya adaptasi daripada idea kad kawan UiTM saya. Saya memang suka kad dia. Simple dan comel. Jadi saya pun minta kebenaran dia nak guna rekaan yang hampir sama. Cuma idea riben ikat dibahagian atas kad, orang LH yang cadangkan. Kad kawan saya, ribennya mengelilingi kad. Kad kawan saya bewarna, tapi kami punya hitam putih, untuk kurangkan kos. Jadi, kami pilih riben warna kuning, sebagai selitan warna tema majlis nanti.
Baki kad yang lebih tu, cadangnya, mahu buat centerpiece untuk meja tetamu. Nanti siap satu contoh, saya masukkan ya. Tungggguuu! Centerpiece jimat lagi menjimatkan *hihi
Sudah boleh mula edarkan kad--dimulai dengan Laling!!
22 September 2010
xora: jemputan maya dah siap belum? hehehe..*kad kamu mmg elegan..sukeeee*
ReplyDeleteowh dior ( ni bjangkit dr fazura dlm pisau cukur...owh dear dah tukar owh dior..heee)...
ReplyDeleteowh dior...u blom post lg rupanya...i duk ttanya2 jugak my mom kot2 ada surat sampai umah tp dia lupa nak bgtau..hehe
pastikan nama by ade. hehehe. 40 hari dah kan?
ReplyDeletecepat posss!!! tak sabar nak tengok kad kamu yang cute tu!!!
ReplyDeleteok dear, xsabo nak tunggu kad kamu hehehe babe , kamu kenal nawal? g wedding dia x?
ReplyDeleteDear all: InsyaAllah, saya akan pos kan akhir bulan september ni, seperti yg saya janjikan dlm emel. senang sekali harung. Nanti check nama masing2 ye dalam senarai takut saya terlepas pandang.
ReplyDeleteHana: mencik mencik!! tak pandai buat e-kad.. kasi yg kedai printer bagi tu aje boley?? :P
ReplyDeleteFarah: Tak pergi la Farah. ni nak mencari ahli rombongan Cik Kiah ye?
ReplyDeletehaiyark..lor..cian xora..bersusah-payah plak..hehehe..ingat nak xora jimatkan duit setem td..hehehe..termenyusahkan xora plak nak wat e-kad..kalo gini sat g hana email alamat hana yea?
ReplyDeleteHana: pls do! Dah bengong fikir e-kad ;p
ReplyDeleteIxa, bleh bagi saya satu :) tak perlu pos. Nanti majlis nury bawak ye..:) thanks.
ReplyDeleteAcai: Boleh! nanti saya kasi kat abang masa majlis Nuri ya?
ReplyDeleteHi xora,
ReplyDeletetak sabarnye rasa nak dpt kad..
hehehhe....
Qaseh: hati2, kad ini boleh terselit dimana-mana aje memandangkan saiznya cinonet. ;p
ReplyDeletesimple tp menarik font nya
ReplyDeletexora..memghitung hari dah yer..semoga semuanya berjalan lancar sehingga hari majlisnya..
ReplyDeleteryna doakan dari jauh..selamat dan selamat okeh..huhu..
hi cik xora, best2 kad dah siap. takmo letak atas keyboard yer, bg kite by hand :p eih, kena kasi dua tau.
ReplyDelete