09 August, 2012

Cuit Mencuit

Salam dan hai

Ye tahu, sudah hampir nak raya, tapi masih boleh sempat nak ucapkan Selamat berpuasa untuk 10 Ramadhan yang terakhir ini :)

Kepada bakal pengantin yang akan menyambut Syawal ini sebagai syawal terakhir sebagai anak dara, luangkan la masa seberapa banyak dengan famili dan kawan-kawan. Kepada yang bakal menyambut Syawal ini sebagai syawal terakhir berdua sebelum si dia yang ketiga akan keluar, pun sambut lah dengan gembira kerana tahun depan, pastinya baju anak adalah keutamaan. Melaram selagi boleh ditahun ini.

Mahu kongsi pin dibawah ini dengan semua. Mana tahu, yang mana sudah bosan asyik ditanya bila nak kahwin, mungkin kalau ada keberanian diluar kebiasaan, boleh cuba kaedah dibawah.

epic trolled..
Fikir 5 juta kali sebelum cakap tau, takut-takut kita yang pulak dihantar ke lubang kubur tu oleh pakciks dan makciks tersebut.


Tahun ni baru saya dapat beraya. Tahun lepas beraya juga tapi tak rasa raya pun pasal dalam pantang. Maka persiapan raya saya tahun ni lebih bersemangat. Dah mula buat biskut walau ada yang tak sedap, nasib buat satu sukatan aje :P; dah siap beli baju *tapi baju anak sahaja; kemas rumah sahaja yang kena tunggu D bercuti. Pengsan la kan, kalau saya buat sorang.

Ada juga yang bertanya, camna perasaan tak raya kat belah sendiri, saya jawab tak kisah asalkan Dyzhwar dan D ada bersama saya. 

Tapi fikir logik, mesti la, saya rindukan moment beraya bersama keluarga saya, terutama tradisi yang setiap kali salam, kena buat ucapan pendek kepada orang yang kita salam, biasanya diselangi dengan tangisan. Biasanya, orang Jawa selalu buat macam ni. 

Tapi saya suka menongkah arus. Apabila tiba giliran saya, maka jadi la seperti adengan drama Melayu di TV, bila anak derhaka kawin lari ke Siam, tetapi kemudian menyesal bila suami lupa diri, lali kembali ke pangkuan keluarga dan memohon kemaafan keluarga.





Selamat berpuasa pembaca blog Diaterimanikahnya :) Terima kasih kerana masih sudi follow blog ini. 




9 Ogos 2012

7 comments:

  1. hahhaa..last raya sebagai anak dara.. :( pas raya kawen..

    ReplyDelete
  2. last raye berdua.. ye, kne melaram puas2 :)

    ReplyDelete
  3. kurus ko joyahhh. siap ada pinggang lagik. skang ko hade pinggang??? hade?????


    inibukanreen hahaha

    ReplyDelete
  4. First time as wifey. Lama tk dgr khabr awak.. :-)

    ReplyDelete
  5. Xora oh xora x sangka perwatakan xora begitu di rumah hihihi..teringin rasenye kenal xora lebih dekat :)

    ReplyDelete
  6. first time raya dgn family mertua mesti rasa janggal sket kan.but lama2 ok..insyaAllah~

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)