10 August, 2012

Kisah Duit Baki dan Ayam Goreng

Salam dan hai

Saya nak kongsi satu cerita rakyat. Saya rasa, mungkin kita boleh relate dengan cerita ni. Saya dengar cerita ni di radio IKIM lama dah, rasanya masa saya mengandung dulu. Tapi cerita tu sampai sekarang saya masih ingat dan kadang-kadang buat saya tersenyum.

Kisah duit baki dan ayam goreng



Ada seorang lelaki ni, dia pergi ke kedai ayam goreng, lalu dia beli la ayam goreng. Masa tu, dalam kedai tu memang ramai sangat orang.

Lepas dah beli, dia pun terus la masuk ke dalam kereta dan terus memandu ke tempat yang ingin ditujui. Tapi tiba-tiba, hatinya tergerak untuk double check ayam goreng yang dia beli pasal masa dia beli tadi, tengah ramai orang. Takut-takut orang kedai tersalah beri.

Bila diperiksa, memang pun orang kedai salah beri. Bukan ayam goreng diberi, tapi duit RM100. Ayam goreng tu cuma harga RM10 sahaja. 

Jadi lelaki ni bersusah payah la patah balik ke kedai tadi. Masa tu, kedai tu dah lengang sikit. Dia terus serahkan duit kepada juruwang dan beritahu kesilapan yang berlaku. Juruwang tu rasa kagum sangat dengan lelaki tu, lalu dipanggilnya manager kedai untuk berjumpa dengan lelaki tu.

Manager: encik, saya tak pernah jumpa lelaki sejujur dan sebaik encik. Sanggup pulangkan duit semula

Lelaki: Ye. Saya nak ayam goreng saya. Saya nak makan dengan girlfriend saya ni. Dia dah tunggu lama tu.

Manager: Boleh encik. sebagai ganjaran, saya akan berikan encik satu lagi set ayam goreng yang sama. Tapi terlebih dahulu, saya nak panggil wartawan untuk menemuramah encik. Biar rakyat Malaysia tahu, masih ada ramai manusia yang jujur dan tulus seperti encik.

Lelaki: Tak payah panggil wartawan. Saya nak ayam goreng saya sahaja. Tak perlu bagi exra pun, tak apa.

Manager: Ish, encik ni rupanya, bukan setakat jujur dan tulus, malah seorang yang merendah diri dan tidak tamak. Saya tak pernah jumpa insan seperti encik. Izinkanlah saya panggil wartawan untuk menemuramah encik. 

Lelaki: Tak mo wartawan. Aku nak ayam aje.

Manager: Ye encik, saya akan beri encik ayam encik tapi tolonglah benarkan saya panggil wartawan untuk temuramah encik.

Lelaki: Jangan la temuramah aku. Nanti bini aku tahu la aku ada girlfriend. Dia ingat aku kat opis ni. 

------


Realiti kehidupan, ramai orang memang baik, tapi ada yang baik mengikut keperluan keadaan, memilih orang dan mementingkan faedah kepadanya.

Kadang-kadang, orang yang baik dengan kita, belum tentu lagi melayan orang lain sama baik seperti dia melayan kita. 

Mesti penah dengar dialog seperti

" Ish, takkan la dia buat cam tu. Dia aku tengok, baik orangnya"" Ko salah orang kot ni. si A tu baik la orangnya"

Walaupun kita selalu cuba untuk bersangka baik dengan orang, ada masanya akan timbul juga syak wasangka bila orang berbaik dengan kita. 

"Ni baik dengan aku ni, mesti nak minta tolong""Ni semacam baiknya, mesti ada udang disebalik batu""Ni kalau dah layan aku sebaik ni, mesti ada la tu hajatnya"

Dan kita sendiri pun, tidak la baik sangat. 

Di hari-hari terakhir sebelum kita meninggalkan Ramadhan, marilah kita berbaik-baik, tanpa mengambil kira kepentingan peribadi, latarbelakang terdahulu dan perbezaan kita.


10 Ogos 2012

6 comments:

  1. hoho.. xsemestinya org jujur boleh dipandang baik kan..haishh

    ReplyDelete
  2. tp die jaat. suka amik tahu hal org sbb nak femeskan diri sendiri *eih. ada kene mnegena tak ngan topik di atas? :p


    inibukanreen

    ReplyDelete
  3. Salam Xora...lama betul Xora tak update ye...nak wish Salam Ramadan & Salam Syawal...tq for linking me again. Ada masa updatela selalu, for DIY inspiration! :-)

    ReplyDelete
  4. betul.yg pasti berfikiran positiflah sentiasa..no matter in what condition,any moment,any reason,bersangka baiklah kan..

    ReplyDelete
  5. menarik citer ni.. caja copy ek.. nk share. boleh???

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)