Salam dan hai
Post ringkas hari Jumaat.
Saya masih dalam proses menggarap cacatan baru untuk dimuatkan dalam label Perkongsian Hidup. Saya dah kongsi tentang rutin dobi {Post} dan kisah almari baju {Post}. Jutaan terima kasih untuk semua maklum balas yang saya terima, baik di ruang komen dan juga yang menghantar emel.
Kali ni, catatan Perkongsian Hidup yang baru saya buat atas permintaan seorang penghantar emel. Dia minta saya kongsikan perkongsian hidup berkenaan aktiviti memasak.
Memandangkan permintaannya tidak spesifik berkenaan apa, jadi saya rasa mungkin saya akan pecahkan topik ini kepada beberapa sub topik yang saya rasa mampu untuk saya menulis dan berkongsi berdasarkan apa yang saya praktikkan.
InsyaAllah, saya akan menulis tentang penyimpanan koleksi resepi
..Melabel barang-barang makanan.
Menyimpan rekod barang-barang pasar.
..dan penyediaan menu
Tapi semua post tersebut masih belum masak ranum lagi, jadi kena simpan dahulu ya?
InsyaAllah saya akan cuba selesaikannya seberapa segera ya.
Terima kasih untuk sokongan kamu semua!!
Selamat berhujung minggu dan pada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini, selamat pengantin baru diucapkan!
3 Jun 2011
wah rajinnya awak...saya nk masak tgk buku resepi hari2..hahha
ReplyDeleteLya, saya pun masak tgk buku resepi. sampai minyak pun dah penah tertumpah atas resepi :P
ReplyDeletewah bagusnya.. dah macam uruskan restoren.. sgt teratur dan sistematik...
ReplyDeletesuka lah xora! tak sabar tunggu entry!!
ReplyDeletecukup followers ko 1000, bolehlah buat Giveaway :)
ReplyDeletehikhikhik Xora. nak sengih jugak..sbb bekas makanan kita sama ;p
ReplyDeletesbb dpt info dr kawan pn dia kata buat mcm tu..br tersusun..hehehe..tp i tak la label mcm xora..tak berapa nk rajin :P
salam sist ;)
ReplyDeletesy bace blog sist since u belom kawin lg ;p
walaupon sy student lg..sy ttp mahu bace blog u ;)
u sgt la kreatif n rajin..respect la..
tahniah prgnant ;)
salam sis,,best lah baca u punya blog..i like..leh wat rujukan..respect lah..
ReplyDelete