Salam dan hai
Sempat ke dua majlis hujung minggu hari tu:
Puan Belle
Puan Suhaila.
Komen saya: Saya sudah hilang 'taring' mengambil gambar. Tangan dan otak sudah tidak setangkas dulu. Banyak moment yang saya terlepas pandang.
Haih.
Nanti cerita saya akan tulis dalam post akan datang.
Rezeki tetamu yang datang lewat, berganda-ganda juga rupanya. Hehe
30 May 2011
Salam dan hai
Mahu kongsi sesuatu yang comel hari ini.
Terima kasih kepada K.Nadzrah yang berkongsi info ini.
Sumber: EmilaYusof
Untuk template patung kertas ni, boleh klik link pada sumber dibawah gambar.
Comel juga dijadikan deko di meja tetamu atau di meja guestbook, atau mungkin dimeja beradap.
Tapi memandangkan amat comel, kena hadapi risiko patung-patung ini akan hilang 'diculik' sebaik sahaja majlis habis~~
Perasan ayat terakhir post Emila "Up next, is 3D Paper Toy for Boys in Baju Melayu"
Jadi bakal-bakal pengantin, rajin-rajin lawati laman web ni, nanti boleh buat sepasang~!
19 May 2011
Salam dan hai
Kali terakhir saya menulis dibawah label Perkongsian Hidup, rasanya kira-kira 2 minggu yang lepas. Kali ni, terpanggil untuk menulis lagi tentang perkongsian hidup kami yang lain.
Tapi terlebih dahulu, saya nak berkongsi satu emel yang agak menarik isiannya, yang saya terima selang beberapa hari selepas post saya yang pertama. Pengirimnya saya rahsiakan, tapi objektif isi emelnya menyentuh tentang isu tugas sebenar seorang isteri daripada kaca mata Islam.
Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk mengulas dimana sebenarnya tembok yang memisahkan tugas sebenar-benar seorang isteri daripada sudut agama dan adat. Memang ada saya terbaca, mengatakan tugas mengemas rumah, termasuklah memasak, mencuci baju dan sebagainya bukan tugas seorang isteri. Itu merupakan tanggungjawab seorang suami. Jika dia tidak mampu, dia perlu mengupah pembantu rumah untuk menguruskannya. Isteri tugasnya melayan suami, menjaga maruah, harta benda benda suami (termasuk anak-anak), dan beberapa tugas lain yang saya malas nak google sekarang hehe.
Tapi dalam konteks zaman sekarang dan apa yang saya pegang, adalah lebih penting untuk saya menjalankan hak saya yang masih belum saya penuhi, daripada memperjuangkan hak sama rata. Kalau benar la tugas membasuh baju, memasak dan rutin rumahtangga yang lain bukan tugas seorang isteri, tapi yang pastinya saya tak rasa menyediakan makan minum suami saya bertentangan dengan ajaran Islam. Mungkin daripada segi hak saya, saya kurang arif, tapi bagi saya selagi saya ada kudrat dan kesihatan, saya akan laksanakan.
Dalam rumah tangga, tak kan dapat hitung seadilnya dacing isteri dan dacing suami. Ada lebih dalam kurangnya. Ada kurang dalam lebihnya. Takkan dapat nilai seadilnya walau sudah dicampur tolak bahagi darab semuanya.
Jadi, untuk diri saya dan bukan mewakili semua golongan isteri, saya tak kisah melakukan kerja-kerja rumah ini kerana daripada apa yang saya nampak, D pun berusaha untuk sama-sama menolong saya buat kerja rumah (mengikut spesifikasi dan standard saya, semestinya heheh) dan bukannya sekadar memakai kain pelekat dan membaca surat khabar di ruang tamu. *Sudah warning D awal-awal, jangan buat peel macam ni. Memang saya akan ngamuk. Dan saya berharap, kami dapat kekalkan momentum kerjasama ini selama-lamanya, InsyaAllah.
Berbalik kepada tujuan sebenar post ini, berkenaan tugas dobi.
Gambar di atas adalah bakul dobi kami masa mula-mula berpindah masuk.
Tak terfikir pula saya akan ada masalah dalam hal dobi ni. Masa kat rumah ibu, baju dibasuh dalam selang 2-3 hari kerana ibu ada di rumah, jadi kalau hujan pun, baju ada orang tolong angkatkan pasal saya tak suka baju saya takde 'bau matahari'. Rendam pelembut apa sekali pun, tetap saya nak bagi kena matahari.
Bila tiba masanya untuk kami beli mesin basuh, seperti pasangan yang lain, bila nak beli barang mesti ada percanggahan pendapat.
Keutamaan D: Budget
Keutamaan saya: Memudahkan rutin membasuh baju
Saya dan D memang tidak mencari di pasaraya terkemuka kerana kami tahu, kedai-kedai apek berdekatan dengan rumah kami, harganya jauh lebih murah. Tapi tetap juga, kami jalan-jalan survey harga di pasaraya. Sekadar nak puaskan hati.
Selepas tahu kedai mana nak dibeli, soalan seterus kami: berapa kilogram basuhan?
Kami ada bertanya pada orang sekeliling tentang berapa muatan seeloknya, saya pun ada survey di Internet jenama-jenama yang dicadangkan orang. Ada yang cadangkan cukup 6kg sahaja, tapi itu mungkin praktikal kalau basuh baju kerap, selang sehari; berbeza dengan saya yang mungkin hanya dihujung minggu.
Akhirnya, kami beli mesin basuh muatan 10kg. Alasan sedapkan hati: harga dengan 8kg lebih kurang aje; nak basuh comforter senang; penutup mesin basuh warna pink (???)
Seperkara yang perlu saya kongsi disini, mana-mana kedai elektrik saya pergi, mesti taukeh kedai kata:
1. Barang elektrik zaman sekarang kualiti tak sehebat zaman dulu
2. Jenama tidak lagi menjamin keutuhan barang. Cara penggunaan oleh pembeli tu yang menentukan panjang dan pendeknya hayat barang elektrik tu.
Gambar di atas adalah mesin basuh kami pada hari pertama diletakkan. di ruang dobi Cuma ada sabun sahaja, tanpa ada penyidai, penyepit baju, dan segala keperluan yang perlu ada untuk membasuh. Ruang dobi masih suci lagi :P
Saya memang nak beli satu rak untuk letak semua barang-barang keperluan ditepi mesin basuh.
Inspirasi daripada gambar ini
Suka ada kawasan dobi sendiri. Tapi dalam suka tu, saya terlupa yang tugas membasuh baju ini perlukan strategi dan perancangan menghadapi masalah-masalahnya..*Atau mungkin saya terlalu banyak berfikir..
Masalah pertama: Asingkan baju
Memandangkan kini aktiviti membasuh dibuat hanya pada hujung minggu, kena asing-asingkan aktiviti membasuh ikutkan kategori pemakaian.
Masalahnya, baju saya dan D bercampur habis di dalam bakul dobi tu. Setiap kali nak membasuh, saya kena keluarkan semula baju dan asingkan, sampai penuh lantai dengan longgokan baju ikut kategori.
Setiap kali membasuh, saya fikir "apasal lak aku kena luang masa sampai 10 minit nak asingkan baju??!!" Bila ada masalah, kena fikir penyelesaiannya. Niat dihati mahu beli bakul kain baru yang dapat asingkan baju-baju ikut jenis, macam gambar kat bawah ni
Tapi dah dapat bayangkan, D geleng-geleng dan kata "Keperluan ke kehendak?" Jadi, saya fikirkan alternatif, saya sediakan empat bekas plastik berbeza yang diletakkan dalam bakul biru besar kami diruang dobi. Tak perlukan bekas yang cantik-cantik pun, sekadar bekas plastik laundry beg yang kami amik daripada hotel yang pastinya amat besar dan kukuh materialnya.
Kategori plastik saya seperti berikut:-
1. Baju kerja
2. Baju bewarna putih, termasuk singlet D *Serik pasal pernah sekali singlet D warna putih tukar jadi warna pink heheh
3. Baju bewarna yang dikhuatiri akan luntur warna nya/ basuhan tangan
4. Anak-anak baju (ni saya masukkan dalam laundry beg yang khas untuk basuhan terus masuk ke mesin)
Yang takde dalam kategori ni adalah baju basahan. Saya masukkan baju basahan terus ke dalam mesin basuh, jimat ruang dan masa memandangkan baju basahan lebih cepat dikumpul berbanding baju kerja dan sebagainya.
Perkara pertama selepas dapat penyelesaiannya, adalah untuk maklumkan pada D. Saya tunjuk kat dia bekas-bekas plastik ni dan kategorinya. Dia angguk-angguk, tak tau dia faham ke tak sistem saya.
Esok pagi D dah boleh asingkan baju-baju dia ikut kategori. Hehe. Cuma baju basahan dia humban kat tengah-tengah bekas biru. Mungkin dia terlupa yang baju basahan kena letak terus dalam mesin. Hehe. Tak pe, sekurangnya dia berusaha. Sekarang dia dah pakar dah.
Selesai masalah pertama.
Masalah Kedua: Kosongkan poket
Ibu selalu kata "check dulu poket, jangan ada duit, resit ke, sikat ke, duit siling ke. Kalau termasuk dalam mesin basuh, susah". Peraturan ini tiada tempiasnya kepada saya kerana baju kurung saya tiada poket dan saya memang takde habit simpan duit dalam poket seluar.
Maka, pelaku yang disyaki adalah D seorang. Tapi perlukan kesabaran juga nak dapatkan kerjasama D untuk periksa poket seluar dia. Alasannya : "Dulu, mak buatkan ok aje" ---TETTT!! Red button alert!!! *Kesudahannya pasti lah saya yang menang. Noktah. Tiada was-was disitu.
Tapi tetap ye isteri-isteri, kita kena periksa juga poket suami kita. Ada masa mereka terlupa nak periksa, ada masa mereka tak perasan, ada masa mereka rasa dah periksa tapi tak jumpa apa-apa (apa lagi ye alasan D pernah kasi..) Jadi sentiasa periksa dua kali dalam poket seluar mereka bagi pastikan tiada bendasing yang tak sepatutnya.
Kalau ada, disini la peranan untuk kita sediakan satu bekas untuk letak 'bahan-bahan bukti di lokasi kejadian'. Bukan sahaja memudahkan kita daripada tercari-cari nak letak dimana, tapi juga untuk kita tak hilangkan barang-barang yang kita jumpa. Mungkin kita sendiri pun, kadang-kadang brooch di tudung lupa nak ditangalkan, jadi boleh tumpang bekas ni untuk sementara waktu.
Antara idea yang saya jumpa di Internet, yang ini.
Tapi 'bekas bahan bukti' kami saya dah gunakan untuk letak penyepit baju (gambar ada dibawah), jadi sedang selongkar hadiah barang-barang kahwin yang mungkin sesuai untuk dijadikan bekasnya.
Masalah ketiga: Jadual membasuh
Macam yang saya nyatakan di awal post, saya mesti nak kain saya kena matahari. Memandangkan saya dan D kerja, jadi untuk elakkan risiko hari hujan, jadi saya cuma menjemur baju pada hari Sabtu dan Ahad.
Tapi sebab ingat pesan uncle kedai tu, kata "Adik jangan guna mesin basuh non-stop. Kasi itu motor dalam mesin rehat. Dia pun macam manusia, perlu rehat", Maka, saya pun buat rutin macam ini:-
1. Jumaat malam Sabtu - Basuh baju basahan
2. Sabtu pagi-pagi - Basuh anak-anak baju/ baju putih
3. Sabtu tengah hari/ pagi Ahad- Basuh baju kerja.
Jadi, pagi Sabtu, boleh sidai baju yang dah dibasuh malam hari tu ke ampaian. Bila baju tu dah kering, dah boleh pakai ruang ampaian untuk sidai yang seterusnya. Rezeki kami, matahari pagi betul-betul mengadap kawasan belakang rumah kami, jadi kain memang cepat kering kalau cuaca mengizinkan. Jadi aktiviti menjemur baju harus dilakukan waktu pagi.
Maka, pada mereka yang berpindah ke rumah baru, cari jadual yang bersesuaian dengan keadaan rumah dan diri kamu sendiri.
Tapi tidaklah saya ikut betul-betul jadual basuhan ni. Semuanya kena fleksibel, ikut aktiviti kami dan keadaan cuaca hari itu. Cuma memang aturan baju ikut keutamaan, baju basahan la dulu. Baju kerja boleh tahan pusing sekurangnya 3 minggu tak jumpa baju yang sama. Tapi anak-anak baju memang kena basuh dengan kadar segera; atau perkara dibawah terjadi
Masalah Keempat: Lokasi mesin basuh dan ampaian
Isu lokasi nak sidai baju juga penting ye kawan-kawan. Walaupun mungkin pada mulanya kita boleh sidai sahaja baju di pagar-pagar, akan tiba masanya kita sendiri rasa rimas.
Seeloknya, lokasi mesin basuh dan tempat sidai baju tidak jauh antara sama sama lain supaya kamu tidak penat nak berulang alik. Lagi satu, sambungan elektrik untuk mesin basuh kamu juga sama penting, sama ada sudah disediakan atau kena buat wiring baru.
Untuk rumah kami, kenyataannya, walaupun ruang dibelakang rumah kami hanyalah sekangkang kera, macam yang saya pernah post kan dulu disini {Post}, tapi disini la satu-satunya lokasi strategik untuk kami menjemur baju *matahari memang terus ke ruang belakang rumah kami pada waktu pagi.
Walaupun ada yang mencadangkan jemur baju di ruang balkoni bilik tidur utama, saya rasa cam segan pula nak buat tayangan tanpa sedar koleksi baju-baju kami pada jiran tetangga dan orang lalu lalang. Tambahan lagi, kena fikir isu suis dan wiring (RM RM RM--Kaching!) yang perlu dibuat jika nak tempatnya mesin basuh di atas, tak lupa juga saluran air sabun juga perlu disediakan untuk buang air sabun daripada tingkat atas ke tingkat bawah.
Kalau nak fikir cara lain, mungkin boleh letak mesin basuh diruang bawah dan tetap menjemur di ruang balkoni atas. Tapi bila fikir logik, tak ke penat nak turun naik tangga sentiasa. Sekali dua mungkin tahan, tapi kalau dah banyak kali, saya rasa tak sabar kot saya ni.
Nak jemur baju di bahagian ruang kereta tak muat kerana sudah parkir untuk dua buah kereta dan satu motor. Lagipun, macam segan kalau tetamu datang dan disambut dengan 'anak-anak' baju kami. Tapi jangan salah faham. Rumah ibu saya pun jemur baju di ruang hadapan, tapi itu kerana sudah tiada pilihan lain. Ibu pun tetap akan jemur di belakang rumah jika kain tidak banyak. Memandangkan buat masa sekarang kami ada ruang untuk berbuat sebaliknya,maka ruang di belakang rumah merupakan pilihan yang terbaik untuk kami, memandangkan kawasan belakang rumah kami sememangnya tiada barisan rumah lain. Nak buang air sabun pun mudah pasal terus ke saluran longkang dan saluran suis untuk mesin basuh memang sudah disediakan.
Maka, seelok-eloknya, fikir lokasi mana yang paling memudahkan aktiviti dobi kita. Memang orang sekeliling bebas memberi pendapat, tapi akhirnya yang paling penting, kita yang menjalankan aktiviti tu yang perlu selesa dengan pemilihan itu.
Bila lokasi mesin basuh sudah ditetapkan, baru fikir nak letak mana ampaian baju. Atau soalan lebih penting, rupa macam mana la ampaian baju kita ni..~
Satu tips yang saya rasa elok untuk mereka yang baru berpindah, jangan terlalu tergesa-gesa nak beli itu dan ini untuk lengkapkan rumah. Ada masa, elok kita rilek dan tengok bagaimana jiran tetangga kita mengisi rumah masing-masing kerana ada kala, idea mereka lebih praktikal daripada apa yang kita fikirkan.
Dalam kisah kami, pada mulanya, D nak beli ampaian besi yang ada roda kat bawah tu. Tapi bila fikir, mesti ampaian tu makan ruang (..dan saya sebenarnya tidak mahu ampaian yang itu pasal ada kenangan pahit hampir dihimpap ampaian baju roda tu masa ibu suruh tarik kain ke dalam masa hari hujan dan saya buat dengan semi-ikhlas *masih terasa ngerinya.)
Sehingga la satu hari, entah daripada mana D dapat idea beli ampaian besi yang lekat ke dinding. Kami tinjau-tinjau rumah jiran, memang ada juga yang gunakan ampaian besi tu.
Maka, kami pun beli satu untuk rumah kami (siap tunggu harga diskaun baru pergi beli). Tapi kami tak pasangkan, minta tolong orang yang pasangkan grill kami tolong pasangkan--takde kos upah Hehe.
Memang ngam-ngam ampaian dengan ruang yang disediakan.
Selesai lagi satu perkara.
Masalah Kelima: Deko deko deko..~
Tak semua orang suka aktiviti membasuh. Tapi tetap ada cara untuk menjadikan aktiviti ni sesuatu yang tidak membebankan kita, dengan menggunakan --Dekorasi!
Saya suka tengok benda cantik. Jadi untuk menjadikan saya tak rasa rutin membasuh baju tu satu beban, saya deko ruang dobi saya ikut citarasa saya supaya saya senang berada di ruang dobi tu.
Buat masa ini, saya cuma sempat aplikasi idea untuk sabun basuh baju sahaja. Idea asal daripada gambar-gambar dibawah.
Saya berdepan dengan cabaran merealisasikan impian ini. Hehe. Gigih beli bekas biskut di Ikea, yang riwayatnya saya akan tukar menjadi bekas simpan sabun. Masa amik tu pun, sorok kat bahagian bawah troli, takut D tanya lebih-lebih. Tapi D ternampak dan tanya "Ni untuk apa", saya kata "Tu-- *fikir -- untuk letak biskut ... kot (yg ni cakap perlahan-lahan)..". Kalau kasitau dia saya nak isi sabun, mesti kena marah pasal membazir. Tapi saya perlukan bekas kaca Ikea kedap angin tu untuk -- erm.. Oh ye, supaya sabun tak berketul kena angin dan air pasal kotak kertas tak melindunginya; dan juga supaya senang nak tengok stok ada lagi ke tak :D *senyum lebar yakin!
Bila balik rumah, saya isi sabun senyap-senyap. Petang tu, D senyap-senyap kata kat saya, "B, bekas biskut Ikea B beli RM16 tu ada sabun dalam dia" sambil sengih-sengih.
*bunyi cengkerik
Takpe, kena perli pun tak apa, asal impian nak bekas kaca untuk sabun berjaya dilaksanakan.
Gambar di bawah dapat menerangkan kedudukan barang-barang diruang dobi kami dalam imej yang luas. Saya tetapkan tema untuk bahagian dobi ni bewarna biru (D geleng-geleng masa saya bentangkan idea saya nak setiap kawasan rumah ikut tema warna)
Dalam imej zoom--
Tingkat teratas: Barang-barang keperluan untuk aktiviti dobi: berus baju, sabun baju (dalam balang kaca biskut Ikea :P), pelembut kain, penyidai baju sotong (pasal banyak 'tangan'), penyepit baju. Letak paling atas pasal senang nak capai.
Tingkat kedua: Penyidai baju. Beli yang seragam, baru susun baju kat almari sekata aje nanti. Nak sidai kat ampaian pun nampak cantik.
Tingkat bawah sekali: Bahan-bahan pencuci bilik air. Pasal tak mahu campur di ruang kabinet dapur, jadi saya letak di ruang bawah sekali. Lagipun memang tingkat ni kosong tanpa penghuninya. Paling jarang dicapai, jadi letak paling bawah.
Yang ini saya letak di tepi dinding. Saya sangkut pakai penyangkut beli di Ikea, untuk sangkut penyidai baju bersaiz kecil. Ibu selalu guna penyangkut saiz kecil ni untuk baju adik saya masa dia kecil. Jadi saya praktikkan untuk sidai singlet D dan anak-anak baju.
Perkara yang asas sudah lengkap kiranya, cuma tunggu ruang masa untuk lakukan sedikit deko pada ruang ni. Saya rasa macam tak 'bernyawa' ruang dobi ni.
Suka deko macam di bawah ni
Bila la nak mulakan aktiviti DIY ni~~
Hampir sebulan lebih kami tinggal sebumbung dan setiap hari juga saya pasti akan belajar sesuatu yang baru.
Ok, sekian sahaja perkongsian hidup saya untuk pagi ni. Pada pembaca yang mungkin ada pengalaman sendiri untuk dikongsi, boleh kongsikan di ruang komen ya? Mana tahu, pengalaman kamu saya boleh guna pakai untuk diri saya.
Nota 1: Tahukah anda, rupanya sabun buku Lux amat berkesan untuk hilangkan kesan daki peluh di kolar leher baju kemeja suami kita?? Ye, lebih berkesan daripada mana-mana serbuk pencuci.
Nota 2: Suka tengok blog ni iheartorganizing.blogspot.com
18 Mei 2011
Salam dan hai
Terima kasih untuk maklum balas yang amat positif untuk label terbaru blog saya: Perkongsian Hidup (walaupun cuma sempat tulis satu post sahaja hahaha) Pada mereka yang sudi menulis komen terus kepada post dan juga pada yang menghantar emel, terima kasih ye untuk dorongan dan sokongan. Saya harap dapat menulis dan dapat berkongsi dengan lebih banyak selepas ini (Yayang.. Nak Internet~~)
Walaupun label Perkongsian Hidup cuma ada satu post (haha) tapi saya nak buka satu label baru juga (*tak sedar diri, Internet kat rumah takde T.T macam mana nak update). Saya rasa saya perlu buka label baru ini kerana kebelakangan ini saya terima banyak emel daripada pembaca yang sudi berkongsi perincian majlis-majlis mereka dan saya rasa, adalah lebih luas dan bermanfaat kalau saya kongsikan idea mereka di dalam blog saya untuk tatapan umum.
Maka dengan ini, saya nak buka label baru: Perkongsian Mereka
Dalam label ini, saya akan berkongsi emel-emel yang dihantar. Ada yang pada asalnya cuma bertujuan untuk berkongsi gambar hasil ubah suai apa yang saya pernah praktikkan dalam majlis saya, dimasukkan ke dalam majlis mereka. Ada juga yang sekadar ingin berkongsi kegembiraan majlis mereka dengan saya, memandangkan kebanyakkan mereka merupakan pembaca senyap yang tiada blog. Tapi itu tidak menghalang mereka daripada menghaslkan idea-idea yang beridentiti tersendiri.
Jadi, dengan ini, saya rasa saya perlu sediakan platform khas untuk mereka, yang saya yakin, idea mereka tetap mendukung identiti dan citarasa tersendiri, maka sewajarnya ianya dikongsi dengan bakal-bakal pengantin di luar sana.
Post pertama, saya sudah kongsikan Majlis Keyn {Post}
Kali ini saya nak kongsikan beberapa gambar daripada seseorang yang mahu namanya dirahsiakan.
Nama pengantin: Biarlah Rahsia (atas permintaan)
Tarikh: 2 Mei
Tema: Merah Putih
Wishing tree yang digunakan juga untuk tetamu tinggalkan nota dan pesanan kepada pengantin.
Kereta pengantin tiba dengan gaya~
Sumber gambar dibawah: Kredit kepada Redza Rayan
Kasut, bunga dan riben merah-- yakin, yakin dan yakin!! itu paling penting untuk bawa gaya berani ni.
Masih ada ramai lagi yang pernah berkongsi gambar majlis mereka dengan saya, cuma saya perlu masa untuk mencari emel-emel mereka semula dan yang paling penting, meminta kebenaran untuk berkongsi idea mereka. Mungkin ada yang sedikit segan jadi saya perlukan kebenaran mereka untuk dipaparkan.
Oh ya, pada pembaca yang mungkin bakal pengantin, mantan pengantin atau sekadar pembaca senyap, jika ada sesuatu idea kreatif yang mungkin kamu jumpa dalam realiti atau sudah kamu praktikkan, kalau mahu dikongsikan, boleh aje hantarkan gambar ke emel saya. Kalau mahu nama dirahsiakan, juga tiada masalah.
Tapi ingat ya, label ini tidak boleh digunakan untuk tujuan promosi perniagaan. Saya memberikan keutamaan kepada idea yang mampu milik dan tujunya benar-benar untuk perkongsian idea.
Nota: Selamat hari guru kepada semua pendidik!!
16 Mei 2011
Salam dan hai
Tajuk kena panas. Sepanas hati seorang sahabat saya pagi ini. Cik Puan Reen -- yang sedang panas hati.
Saya faham perasaan dia kerana saya pun sudah terkena, dengan orang yang sama juga. Biadap perbuatan dia yang tidak semena-mena tanpa segan silu memegang perut saya tanpa sebab-musabab, jauh lagi dengan izin.
Tujuan saya menulis topik ini, supaya kita semua, baik mantan pengantin, bakal pengantin, bakal-bakal ibu, atau ibu-ibu mahupun makcik-makcik diluar sana, supaya tolong faham tentang hati seorang perempuan yang masih menunggu rezeki Allah.
Rezeki yang saya maksudkan adalah rezeki dikurniakan anak.
Macam yang saya pernah sentuh isu ini dalam post terdahulu {Post}, saya mahu bakal-bakal pengantin bersedia dengan soalan-soalan yang sensitif ini kerana pasti wujudnya golongan yang tidak sensitif kepada perasaan dan air muka kita.
Kadang-kadang saya kasihan dengan golongan sebegini. Golongan yang tidak tahu atau mungkin tidak pernah amik peka kesan soalan yang terpacul daripada mulut mereka, mungkin bakal mengguris perasaan orang yang ditanya. Betapa mereka dengan objektif mereka nak tahu. Atau mungkin dalam hujah mempertahankan diri mereka, mereka tak sangka yang soalan itu bikin gusar dihati penerimanya.
Saya nak ulas beberapa perkara disini.
Pertama: Sebenarnya, bukan soalan itu yang menyakitkan hati. Tapi bagaimana soalan itu diajukan yang mengubah momentum penerimaan.
Mungkin kalau kita dengar orang bertanya
"Dah ada isi ke belum?"
lebih sedap dihalwa telinga kita berbanding
"Tunggu bila lagi ni? muda2 lagi xyah la tunggu2"
kan?
Bertanya tak ada siapa melarang, tapi fikir semula olahan soalan tu. Fikir, cukup ikhas ke kita bertanya atau sekadar nak menguji, menyibuk atau menyakitkan hati pihak lain? Cukup pengalaman kah kita dengan anak kita yang berderet sedangkan kita lupa itu semua hanyalah amanah Allah kepada kita yang boleh Dia tarik bila-bila masa sahaja?
Kedua: Kadang-kadang, bukan bagaimana soalan itu diajukan sahaja menjadi isu, intonasi suara pihak yang bertanya turut memainkan peranan.
Kalau diaju
"Ko dah ada isi ye?"
lebih lembut bunyinya berbanding
"Eh, ko dah berisi ke?!" siap dengan ton suara terkejut, mata terbeliak.
Bagai merupakan satu kesalahan untuk mengandung sedangkan prosesnya halal bersama suami yang sah. Menyebabkan si mantan pengantin terpinga-pinga "Aku ngandung pun salah ke?"
Jadi kepada mereka yang sering bertanyakan soalan sebegini kepada orang lain, baik teman rapat, teman sepejabat atau sesiapa sahaja, fikirkan semula kesan soalan kita kepada penerima tu. Kalau kita layak berkongsi khabar berita gembira, biar ianya datang secara semulajadi. Biar secara lisan daripada mulut pihak tersebut atau secara hukum alam--bila kita nampak perutnya semakin membesar. Tak usah nak menggali membabi buta. Tak usah nak menyendeng bertanya itu dan ini kalau kita bukan orang yang layak untuk dikongsi.
Usah mendabik dada, "aku kan dah ada anak, apa salahnya aku tanya dia kot-kot boleh kasi tips ke apa". Pernah kah terfikir, apa pula perasaannya kalau anak tersebut diambil tuhan dan kelak ada mulut lancang bertanya "Ko ni, anak sorang pun tak reti jaga ke?"
Jangan pula masa itu baru pandai nak bermain kata "Rezeki Allah punya" sedangkan dari awalnya, diri sendiri pun tahu anak itu rezeki daripada Allah dan mempersoalkan cepat atau lewatnya kehadiran anak itu, bagai mempersoalkan rezeki Allah.
Bagai secara langsung berkata "Apasal Allah tak kasi-kasi ko anak lagi ni?"
Kenyataannya, semua yang kita ada di dunia ini, baik suami, anak-anak, keluarga, harta, pangkat dan segalanya, pinjaman daripada Allah.
Tak tahu malukah kita nak berbangga dengan harta pinjaman sedangkan Allah sentiasa mengingati kita agar sentiasa merendah diri dan jangan bongkak.
Ketiga: Kalau yang dilafaz sudah mengguris hati, usah tambah dengan perbuatan.
Tindakan bertanya merambang sudah dikategorikan menyibuk, tapi tindakan pegang perut orang yang ditanya itu-- itu sudah jatuh jadi biadap.
Pelaku sebegini, mahu sahaja kalau saya ditempat kejadian, saya terus pegang bahagian dada dia dan kata "cup berapa ni?" Tak suka kan? Tahu pun tak suka orang sebarangan pegang bahagian dada ko atau bahagian sulit ko kan??
Kena faham, tak semua perempuan mengandung atau belum mengandung suka dipegang atau diusap perutnya. Setiap individu adalah berbeza. Ada yang suka kandungannya diusap-usap, ada juga yang kurang gemar perlakuan sebegitu.
Paling tidak kalau hati meronta mahu sangat pegang, minta izin. Tak susah kan? Hormat zon selesa individu. Kalau diri kita bagai datang tak berjemput, pulang tak berhantar, usah bertindak melampaui batas susila.
Saya berharap, pada semua mantan pengantin yang sudah berbadan dua atau yang menuju ke arah itu, supaya cekal-cekal hati dengan dugaan daripada golongan-golongan ini. Saya tahu saya takkan dapat mengubah orang kerana kita semua daripada latar belakang berbeza, jarak usia yang berbeza, cuma saya berharap penulisan saya kali ini, paling tidak memberi satu ruang untuk kita berfikir, betul atau salah tindakan kita selama ini.
Tolong jangan jadikan kehidupan selepas berkahwin mantan pengantin bagaikan mimpi ngeri. Biarkan dia bahagia merencana hidup bersama suaminya.
p.s Post ini tidak bergambar kerana tiada gambar dapat mewakili betapa sungguh menjengkelkan saya rasa terhadap individu yang memegang perut kawan saya tanpa sebab tu.
10 Mei 2011
Salam dan hai
Post pendek.
Sudah genap setengah tahun (6 bulan 4 hari untuk lebih spesifik :P) dia terima nikahnya.
.. Rasa macam baru semalam kena marah pagi-pagi dengan cik pengapit pasal terlupa nak rendam span pagi nak buat hantaran. Hehe
Realitinya, bibir saya masih mampu menguntum senyuman yang sama selepas 6 bulan berkahwin.
Nota 1: kepada yang mungkin belum perasan, saya sudah kemas kini koleksi gambar-gambar sepanjang majlis nikah dan majlis sanding secara berperingkat. Pautan pantas ada di sebelah kanan tataletak blog ini.
Nota 2: Kepada mereka yang masih belum terima kertas kerja saya, harap boleh periksa di Spam email masing-masing, takut email saya termasuk ke situ.
Nota 3: Saya akan cuba balas emel-emel secara berperingkat. Saya cuba yang terbaik. Kalau ada apa-apa yang saya janji pada penghantar emel yang saya alpa untuk tunaikan, tolong maklumkan (tensi takde internet kat rumah~~ tensi~!!!)
5 May 2011