10 December, 2010

Sesuatu yang Indah


Salam dan hai

Kita mulakan Jumaat ini dengan sesuatu yang indah.

Warna terang pada putih.


Perincian ros


Kotak putih comel.


Dipayungi bunga dan kristal


Semua gambar adalah ihsan Google images

Nota: Rasanya, sebagai mantan pengantin, lebih molek untuk saya berkongsi idea-idea yang mungkin boleh kamu bakal pengantin gunakan untuk majlis masing-masing. Rasanya, post semalam {Post} cukup menutup tirai majlis kami yang sederhana tapi bermakna. Saya akan tetap masukkan post-post yang mungkin berkenaan dengan majlis saya, tapi mengikut penyesuaian post. Saya tetap akan berkongsi pendapat dan idea, mana-mana yang diminta oleh pembaca. Saya masih berhutang dengan pembaca yang meminta saya ulas tentang kos bunga untuk keseluruhan majlis, pantun-pantun yang digunakan dan langkah demi langkah untuk buat hantaran seperti saya. Ok, saya akan cuba buatkan post demi post tentang ini.

Jangan risau, saya masih disini dan akan terus menulis dengan izinNya :) InsyaAllah

*Mantan pengantin baru*

10 Disember 2010

12 comments:

  1. thanks for sharing. sgt membantu bg b2b yg tak tau nk start dr mane ni cth terdekat i la hehe

    http://whitewallsofhermind.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. selamat menempuhi alam rumahtangga yg penuh indah tapi penuh dgn kesabaran & kekuatan dear :)

    ReplyDelete
  3. ada post procedure untuk book nikah kat masjid tak? tehe!

    ReplyDelete
  4. Dear all: doing my best..! dah lepas majlis sendiri, baru snang hati nak blog walking blog2 org :P bai, ni mesti terlepas post saya nih!! *bite ada la.. tapi. saya pun tak igt post mana.. hahaha.. mungkin ada dalam Langkah Pertama kat ats tu.. mungkin la.. hahah byk sgt post dah tak igt yg mana

    ReplyDelete
  5. yes me too.. nak procedure jugak utk nikah kt masjid.. tq..


    :D

    ReplyDelete
  6. Joo: saya rasa, setiap masjid mempunya prosedur yg berbeza, jadi mustahil utk saya menulis post yang boleh merangkumi semua prosedur di semua masjid. kecuali kalau kamu nikah di masjid UPM, maklumat yg saya akan beri, mungkin berguna bagi kamu. tapi kalau bukan, kamu perlu google dan cari mereka yg pernah buat majlis pernikahan di masjid yg bakal kamu mahu. tapi apa2 pun, insyaAllah nanti saya akan cuba buat post ringkas tentang prosedur nikah di masjid dan perkara2 yg mungkin org terlepas pandang. Terima kasih untuk idea!

    ReplyDelete
  7. xora,
    suka..suka..nanti boleh la kami yang b2b guna idea yang xora suggest,hehe.
    at the same time nak jugak tips dr mantan pengantin kan,hihi.thanks xora

    ReplyDelete
  8. nikah dimasjid? saya nikah dimasjid cheras baru, dan pihak kami bawak bantal untuk alas duduk saya dan mista husband,tapi pihak masjid suruh pakai bantal masjid,kaler cream...:) naseb sesuai..
    dan kalau boleyh jika nikah dimasjid jangan bawak anak2 kecil sebab ketika tok imam nak beri sedikit khutbah,bakal mengganggu konsentrasi .....sori kak Xora,,terbagi sikit tips pulak.. :)

    ReplyDelete
  9. Ciksue: mana2 yg sesuai kita kongsi ya. yg tak sesuai, kita bincangkan

    Fifie: takpe. bagus gak kamu kongsi tips ni, tampung mana2 yg saya terlupa :P

    ReplyDelete
  10. tu la pasal. baca-baca pun tak teringat dah blog sape. hehehe.

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)