10 December, 2010

Donut Ganti Macaroon


Salam dan hai

Ini macaroon -- *Duh~~!!


Sekarang ini, orang dah gunakan macaroon untuk hantaran, tambahan di meja potong kek dan dessert table.

Kemudian, saya terjumpa gambar dibawah.



Buat donat kecik-kecik, mungkin pada saiz kuih keria, dan letakkan aising atau deko bewarna cerah dipermukaannya, macam kat J.Co dan Dunki' Donuts-- Akan tetap comel macam macaroon kan? Murah pun ya, boleh minta Makcik Lemah (bukan nama sebenar) makcik yang jual nasi lemak kat lorong tu, buatkan. Aisingnya nanti boleh buat sendiri. Boleh jadikan juadah pemanis mulut yang murah dan praktikal bagi majlis tunang atau apa sahaja.

Mungkin kalau ada pasangan yang sukakan donat, boleh jadikannya hantaran? Tiada yang mustahil. Saya pernah dengar perbualan pagi di ERA fm, topik hantaran pelik. Ada yang bagi peti ais kecil, dan didalamnya diletakkan ais krim kerana keluarga bakal suaminya amat suka makan aiskrim.

Pelik?

Tak sepelik hantaran diletakkan binatang iguana ni, semata-mata pasangannya sukakan haiwan eksotik.



*Membayangkan iguana atas hantaran yang berenda-renda bagai.

Tak kisah apa sekali hantaran diberi, tapi jangan sampai menjatuhkan air muka pasangan dan keluarganya. Macam seorang pemanggil tu telefon, kawan dia beri hantaran lesung batu dan dalamnya diletakkan rempah ratus, katanya simbolik tanda memasak pasal bakal orang rumah dia memang tak tahu memasak langsung. Sampai ada seorang bersuara "Kalau kot ye pun tak pandai masak, kan boleh sahaja diberikan buku resepi ke sebagai hantaran.".

Apa hantaran paling pelik korang pernah nampak, dengar atau korang sendiri yang beri?


Nota: Malam tadi tengok Astro, ada telefilem berjudul 'Donut' Sangat kelakar. Rupanya 'Donut' tu codename untuk lelaki yang lembut dan 'Keria' untuk lelaki sejati. Ada-ada sahaja...!


10 Disember 2010

10 comments:

  1. hihi.i teringin nak buat homemade macaroon! *berjaya kah??*
    hehe.hmmmm ada ke bagi iguana?
    ok.memang pelik. =)

    ReplyDelete
  2. elya pun tgh usha2 klo ade vendor yg boleh buat macaroons...terpikir nk letak sebagai hantaran jugak

    ReplyDelete
  3. donut sebagai hantaran. cute jugak! dulu ms sek2,pernah terfikir kalau dpt husband yg kaki bola, nak bg dia hantaran bola sepak sebijik. tp rupanya my husband tak minat main bola. haha

    ReplyDelete
  4. Yeay Xora.. Saya pun bercadang nk wat Buffet Table (Table kecik je..xleh panggil buffet kot) susun donat kat 3 Tier plate cmtu.. boleh selang selikan dgn cupcake utk bertambah chumel..

    ReplyDelete
  5. xterbayang iguana ngan renda2...hahahha

    ReplyDelete
  6. a'ah kan? kreatif gak kalu bg donut! xla dok pikir nak bg kek @ cupcake ja... hurmm... makcik mane yg bkal jd sasaran ni ea? huhu...

    ReplyDelete
  7. macarons best tp agak mahal. besar 50c dalam RM2/pc. kalau yg besar lg sebijik up to RM5.50. try search bigboysoeven.. diorg buat kemas :)

    ReplyDelete
  8. hari tu hantaran bagi buku doa-doa harian dgn tasbih....=P

    ok lah kan...

    ReplyDelete
  9. sy bg RC helicopter.. huhu

    ade aritu baca kat mne ntah, org tu bg durian as hantaran! saboo je laaaa.

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)