Salam dan hai
Nak kongsi sedikit gambar hantaran daripada saya kepada D. Gambar ni curi daripada Facebook Nity. Saya dah pernah kongsi sedikit di post ini. Jadi kali ni, nak masukkan gambar keseluruhan hantaran.
Tema daripada belah saya: Merah-Hitam-Emas
Bunga: Ros merah tempatan (RM 22.00/ bundle/ 20 kuntum bunga)+ Orkid ntah apa jenis tak ingat (RM 4.00 satu bundle --dapat dalam 20+ kuntum orkid kecil)
Vendor: Floristika
Inspirasi daripada:
1. Nas Great Ideas
2. Kawan Nity
3. Gambar daripada blogspot Rizalman
Saya memperoleh inspirasi daripada kombinasi idea ketiga-tiga hantaran ni, maka terhasil lah hantaran kami sendiri.
1. Hantaran jubah (terima kasih Laling, tolong belikan jubah di Mekah!) dan buku agama
2. Kasut
3. Aksesori (dompet+songkok+sampin)
4. Jam tangan pasal D tak mahu cincin
5. Macaroon (tajaan Nity! Terima kasih !! klik BITE ME! )
6. Minyak wangi (belakang kotak ni, letak bunga rampai banyak yang amat)
7.Sireh junjung + bunga rampai
Inspirasi daripada gambar dibawah ini. (tak tau sumber daripada mana pasal dah lama simpan gambar ni)
8. Baju Melayu
Akhir sekali, gambar kek hantaran. Lupa nak save daripada profile Nity, jadi malas nak kembali semula ke page dia. heheh. Tempah di Secret Recipe. Warnanya terlalu kuning, berbanding emas. Tapi tak apa.
.. dan ini tukang gubah hantaran saya. Cik Nity. Merangkap Pengapit saya dan 'vendor' tak bergaji untuk pakej deko hantaran+meja beradap+bunga tangan+ bunga bilik pengantin.. heheh.
Nanti saya akan masukkan post langkah demi langkah, kami berdua balun buat hantaran daripada hari Jumaat petang (siap abang saya kena rempit ke Bangsar pasal bunga hantaran tak cukup).
Rumusan: DIY hantaran adalah tidak mustahil. Yang penting, kena ada kawan yang buat kerja (bukan datang jenis berborak kosong), dah ada ketetapan jenis deko yang dikehendaki dan bahan-bahan mencukupi.
6 November 2010
xora..nk tny..sori kl soklan bodoh..tu bunge fresh flower ke?
ReplyDeleteKINA, takpe tak soalan bodoh pun. dah ada yg bertanya hehe. haah bunga betul, tempah kat floristika
ReplyDeleteuuuuu..nice combination colour..nmpk elegance..kaya bunga hantaran xora..jeles..wuwu..
ReplyDeletetempah ke bunga tu?mahal x sis?
ReplyDeletesangat2 cantik..
xora...i'm 1 of ur silent readers all this while..
ReplyDelete1st..congrats yer on ur wedding..smg berkekalan hingga akhir hayat..
actually nk tnye..nice ur hantaran..so mesti gune byk kuntum kan ros tu..so that blh nmpk penuh mcm tu..utk all ur hantaran tu, brp byk bundle u gune yer.. =)
Didie: ish takde apa yg perlu dicemburui.. :)
ReplyDeleteYunni: Harga ikut pada pilihan kita. ada byk range harga. kalau import lain harga, tempatan lain harga. bunga kembang tak kembang pun lain harga. jadi kalau nak booking, kena pastikan kita tetap dgn apa yang kita pilih. Bunga saya tempah di Floristika, tapi harga turun masa saya amik berbanding masa tempah, jadi diorang turunkan harga tempahan juga. so jimat sikit :p
Arasy: Saya beli hampir 10 bundle untuk hantaran sahaja. Dalam tu ada dalam 18, 20 kuntum. tapi patutnya, 9 bundle pun cukup, cuma saya nye stok ada bunga yang tak cantik/ layu jadi kena ketepikan utk guna deko lain. Saya rasa, bunga tu kalau dia dah kembang siap2 dgn megahnya, tak perlukan byk bunga pun.
cantiknyer..
ReplyDeletewa..sweet lor dear ur hantaran..untung sungguh dpt kawan cam cik nity..=p
ReplyDeletegood job xora on choices and deco!!
ReplyDeleteselamat pengantin baru again, lega kan semuanya dah direalisasikan, alhamdulillah ;)
merah menyerlah!cantik!
ReplyDeleteuntung tol duduk area2 dekat KL ni..hantaran ley wt fresh flower..sy xtau la berpeluang x..huhu..
Sayang, na tanye. u beli bunga segar dekat mane ek? murah or mahal?
ReplyDeletesaya tempah di floristika, bangsar. harga saya rasa standard kot, maybe mahal sikit daripada terus order daripada Cameron, tapi pasal nak mudah keje, lagipun staff floristika sgt membantu.
ReplyDelete