18 November, 2010

Lagu Barakallah Aku Mana?

Salam dan hai

Maaf ye, kena lompat adengan pulak! Post terakhir dulu, saya berkongsi ketibaan kami di dewan dan sepatutnya, mesti la kena masukkan cerita tentang perarakan pengantin ke pelamin. Tapi, saya nak lompat adengan sikit-- terus ke upacara memotong kek.

Ini adalah antara video kesukaan saya sepanjang majlis bersanding bulan lepas.Video ni ditangkap selepas selesai makan berdamai dan kami sepatutnya menyampaikan ucapan terima kasih kepada tetamu, sebelum memulakan upacara memotong kek.



Slot berucap memang ada dalam program majlis kami. Ketika DJ umumkan pengantin berucap, masih ada tetamu yang datang untuk bergambar dengan kami, jadi kami tak dapat nak pergi ke tempat yang disediakan untuk berucap. Jadi DJ tu bawakan mic tu ke arah kami dan pengapit kami Hafiz yang pegangkan sementara tunggu kami habis bergambar. Pasal tu kami berdiri di tempat meja berdamai.

Ada banyak emosi dan bahasa badan yang saya nampak dalam video ini. Walaupun kamera terhuyung-hayang, tapi bila saya perhatikan, video ini antara selitan video paling jujur saya nampak.

1. Pada 0:05, Nity tolong leraikan manik baju saya yang terlekat pada veil saya sendiri. Saya tak perasan langsung. Tengok video ni baru tahu. Thanks dear!! Ko memang pengapit paling pantas aku pernah jumpa!

2. Pada 0.29 dan 0.37, Saya dah kasi signal mata, saya nak berucap selepas D berucap. Tapi D yang berucap bak ahli politik menabur janji manis masa pilihanraya, maka saya kat sebelah terkebil-kebil bila D terus ucap terima kasih dan tak hulurkan mic pada saya. Saya pun nak berucap juga!! *Walau terkebil tapi senyuman jangan tinggal.

3. Pada 0:46, menyedari saya tiada peluang nak berucap, saya gunakan gerak bibir sahaja ucapkan "Terima kasih" *jeling D Minit 0:49, saya hanya mampu memandang sepi mic yang dibawa pergi. hahahah. Tapi senyum jangan tinggal




4. Pada 0:59, saya sempat bagi isyarat tangan minta kawan pejabat saya tunggu sementara kami potong kek. Punya la saya tak mahu mereka balik dulu!

5. Pada 1:05, pengapit lelaki nak betulkan sampin tapi pasal sudah berdiri, dia berdiri dengan posisi begitu untuk tetapkan kedudukan samping :p

6. Pada 1:14, muka saya kelat pasal DJ tak siarkan lagi lagu Barakallah. Tapi pada 1:21, simpan muka kelat, senyum semula pasal ada kawan nak ambil gambar.

7. Pada 1:28, bagi lagi sekali isyarat tangan minta kawan pejabat saya tunggu.

8. Pada 1:43, sambung muka kelat pasal DJ tak pasang lagu Barakallah

9. Pada 1:47, saya sempat ucap terima kasih pada kumpulan Gamelan. Sangat suka kehadiran mereka.


10. Pada 1:50, saya jeling DJ yang belum pasang lagu Barakallah

11. Pada 1:53, saya nampak abang saya yang pegang video, terus sasarkan dia dan cakap "Lagu Barakallah aku mana???!" dan sambung senyum pada tetamu *mode saiko Seterusnya.. video tunggang langgang pasal abang saya bergegas ke DJ dan bagitau tentang lagu Barakallah. Ayah pula nak buat pengumuman alihkan kereta. Memang kalut. Tapi saya suka, pasal saya tahu yang keadaan tak semudah itu. Awi sedikit kalut, tapi dia berjaya dengan misi beliau!

Masa tu, saya cuma fikir, "Walau aku tak dapat berucap, aku akan pastikan lagu Barakallah di mainkan!"

Reaksi kebanyakkan kawan-kawan saya, mereka ingatkan saya memang sengaja berdiri disebelah D dengan senyuman lebar, bak kata mereka "Dah macam First Lady lak aku tengok ko! Dah la D ko berucap cam ahli politik!" . Saya nak berucap sebenarnya, tapi pada saat saya tengok D letak mic ke tepi, punah la harapan saya. Rakus sangat kot kalau nak pergi sambar semula mic tu! Hampir seminggu juga la saya bangkitkan hal ni kat D. Hehe..

Saya harap, slot pengantin berucap perlu dijadikan trend majlis, tak kira di dewan atau dirumah. Tak kira sederhana atau mewah. Pasal ini adalah majlis meraikan kita, jadi akan lebih bermakna jika kita sendiri menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Selingan: D mempertahankan diri, dengan mengatakan dia berucap cam tu pasal dia dapat tips kata, untuk tahan gemuruh, kena ada jarak antara dua perkataan. Pasal tu D berucap macam ahli politik.




18 November 2010

9 comments:

  1. Xora... mmg macam raja n ratu la... sangat kagum sebab both of u blh maintain... xnmpak neves!

    ++ baju kamu sgt bling2! sangat soooka!!! =D

    ReplyDelete
  2. teliti betul xore perinci kan setiap minit-minit..mesti perati betul-betul ek video nie berulang-ulang kali.. :)

    ReplyDelete
  3. cantik sgt baju kamu xora....
    tahniah ye...

    ReplyDelete
  4. heheheheh leh jadi ahli politik tu..siap ada tips elak gemuruh hehehe

    ReplyDelete
  5. Cantik la baju xora..
    bling bling!!!
    Lagi bertambah seri pengantin.. :)

    ReplyDelete
  6. hehe cantiknya bajuuuu

    well, tiba2 ter imagine bf saya kalau dia lah yg bg ucapan tu...confirm mesti garu-garu pala.hahaha

    ReplyDelete
  7. hehehe..muka xora rileks jer kan..sampai kan dpn video kamera terus tanya lagu.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. An, Zuli, Qaseh, Syima: terima kasih. tu la, baju tu amat bling2 bila dalam dewan. masa tengok depan mata, takde lak bling2 cam lampu krismas.

    Nuraitul: harus!! jadi saiko tgk video apa yg tak kena pasal masa majlis, tak igt apa :P

    Farah: itu la pasal. siap ada tips ok. jadi sapa2 B2B yg nk bgi ucapan, kena take note nih! :P

    Reen: mmg ayat copy paste ko!! hahahah

    Fariha: Harus muka pengantin rileks.. saiko belakang tetamu, depan tetamu harus sentiaaaaaasa senyum ok? Heheh

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)