Ini adalah post berjadual. Segala komen saya akan approve kemudian.
Salam dan hai
Post terakhir tentang majlis sanding kami adalah berkenaan ketibaan kami di dewan {Post}. Jadi macam yang dah saya janjikan, saya nak menulis tentang:
1. Perarakan mencemaskan
2. Bantuan daripada Pak Long
3. Kain tersangkut kat kasut.
1. PERARAKAN MENCEMASKAN
Memang daripada awal, kami tak mahu flower girls mengiringi kami. Kami mahu buat simple sahaja. Rancangan awal, cuma ada kami, pengapit dan kumpulan kompang. Kami tiada orang menghantar pasal majlis kami serentak, jadi tak perlu rombongan. Sebelum ini, saya ada berangan, mahu kawan-kawan kami yang sudah berkahwin sama-sama berjalan dengan kami di karpet merah. Saje, nak ulangi memori manis mereka. Tapi lepas fikir praktikaliti dan komitmen, kami batalkan sahaja.
Kemudian, mak D ada idea untuk minta bunga pahar dibawa berarak. Pada mulanya saya macam keberatan pasal saya tak pernah nampak, jadi tak dapat bayangkan. Tapi lama-lama, saya rasa, tak apa la, nak juga saya tengok macam mana. Tapi dalam hal bunga pahar ini, saya memang serah bulat-bulat pada mak D untuk uruskan, baik daripada segi bunga paharnya, kepada penanggah yang akan bawa.
Saya dan D cuma beli baju melayu untuk budak penanggah tu pada Ramadhan lepas. Kami pilih warna hitam, sampin nasib baik budak tu dah ada. Jadi mudah kerja kami.
Jadi seperti yang dilihat pada majlis kami, penghulu kepada perarakan kami adalah si budak bawa bunga manggar. Budak ini jiran D juga, ahli kompang kawasan perumahan tu juga. Cuma untuk majlis kami, dia tak main kompang.
Serius, budak ni memang kuat tangan dia! Bayangkan bunga pahar di bawa berarak dengan kadar jalan pengantin, tambah dengan dulang tembaga. Memang berat.
Ni memang tak dapat buat apa pasal budak ni memang segan sangat-sangat kena bawa bunga pahar, jadi dia pilih untuk jalan sambil tutup muka dia dengan bunga pahar.. Dia segan.
Saat genting bermula pada masa kami berhenti di arch. Semua orang berpusu ambil gambar. Nasib seorang abang yang tak mahu pakai songkok-pasal takut rambut cacak dia rosak- berbaju pink gegas berjalan ke arah arch. Pasal? Arch tu lagi sikit nak tumbang pasal ramai orang terlanggar arch tu masa nak ambil gambar kami.
Walaupun sehari sebelum majlis kami dah buat latihan, tapi serius, masa ini saya tak ingat apa saya kena buat. Nasib D yang ingat susunannya bagaimana. Saya main nak jalan aje bila kompang dah berhenti, sedangkan kami sepatutnya jalan bila kumpulan kompang berselawat.
TIPS 1: Kalau kurang pasti susunan majlis, lihat pergerakan pasangan anda.
2. BANTUAN DARIPADA PAK LONG
Masa kami berarak, tiba-tiba Pak Long D bagi arahan untuk berhenti hampir di setiap walkway. Ini memang tak dirancang,tapi entah kenapa, pada hari majlis tu, saya dan D mengikut pulak.
TIPS 2: Pengantin sila berhenti sejenak, bagi memudahkan tetamu ambil gambar. Bila mereka dapat gambar yang mereka berpuas hati, mereka akan beredar dan seterusnya dapat bagi peluang orang lain pula nak ambil gambar.
Memang ada eloknya kami berhenti. Serius, puas hati bergambar. Hahah. Ok sebenarnya saya puas hati bila saya berhenti pasal saya dapat tengok muka tetamu yang hadir. Sorang-sorang saya cam.
3. KAIN TERSANGKUT PADA KASUT
Ini keji tau!! Saya memang tak mahu kain yang berjela-jela panjang untuk majlis sanding pasal saya tahu saya kena banyak bergerak. Jadi, saya buat ekor kain saya takat cecah tanah sahaja.
Tapi bila saya naik tangga, anak tangga pertama ok. Anak tangga kedua, sedikit sukar. Anak tangga ketiga, terus sangkut benang manik pada kasut.
Reaksi: Saya langsung tidak panik.
Kawan-kawan yang kenal saya, memang tahu saya amat panik dan kalut. Serius, teramat mudah kalut. Tapi entah mengapa, masa majlis tempoh hari, saat kain saya tersangkut, saya tak menggelitis. Mungkin saya tahu, saya ada pengapit paling peka kat dunia haha. Nity cepat sahaja perasan kain saya tersangkut, terus dia leraikan.
Masa ini pula, ramai orang amik gambar. Benci~
TIPS 3: Jangan panik. Apa-apa yang terjadi, senyum sahaja.
Masa kami tiba di pelamin, ikutkan saya mahu terus duduk. Serius, saya tak ingat satu pun apa yang dipesan masa rehearsal! Nasib saya mengunakan TIPS 1, jadi saya menggunakan sudut pandangan tepi, tengok tindakan D seterusnya. Bila dia terus berdiri, saya pun terus berdiri. D hanya duduk selepas selawat tamat.
Tahukah anda, TIPS 1 juga berguna kepada pengapit?
Dalam video, banyak tindakan Hafiz pengapit D, dibuat setelah melihat apa yang Nity buat. Bila Nity amik kipas, dia amik. Bila Nity keluarkan tempat letak kaki, Hafiz ikut buat. Memang tindakan yang amat bijak!
Saat paling melegakan kami, bila sudah duduk diatas pelamin.
Fiiuh!! Rasa 50% perjalanan majlis sudah lengkap. Masa bersanding (kami memang tiada tepung tawar) sambil diiringi pukulan kompang, saya gunakan masa ini sepenuhnya untuk perhatikan keadaan dewan.
Rumusan pemerhatian: Saya tahu sesuatu tak kena apabila saya nampak abang saya berlari ke sana sini. Tiada siapa boleh tipu saya akan apa yang tak kena.. Nanti saya ceritakan.
Sedikit bengang bunga orkid dimeja berdamai yang digubah dengan kasih sayang oleh kami, telah ditutup oleh bunga katerer. Sempat saya dan Nity bergosip atas pelamin. Haha. Sedikit marah di atas pentas, tapi senyum jangan tinggal. Kemudian perasan juga, kek cuma dua tingkat.. Sambung meradang, tapi senyum jangan lekang.
Ingat ye, senyum jangan tinggal. Marah macam mana sekali pun, jangan lupa senyum.
TIPS 4: Pengapit kena sentiasa ingatkan pengantin untuk senyum dan sentiasa bagi signal kedudukan OP di mana. - Saya selalu leka. Walau Nity dah ingatkan, kemudian saya lupa. Haha.
Kami duduk diatas pelamin (sambil saya jadi saiko perhatikan keadaan sekeliling dewan) sampai kompang habis dengan lagu-lagu mereka. Bila mereka bersurai, terus ke bacaan doa. Selepas bacaan doa, baru kami turun daripada pelamin.
Sangat suka masa ini pasal betul-betul molek kami turun daripada pelamin, gamelan pun berkumandang lagi, mengiringi kami. Dapat naikkan mood kami (Atau mungkin saya seorang?:p) semula.
Entri akan datang : Makan berdamai yang tidak berapa damai. Balasan pasal saya dan D dulu-dulu, suka kacau pengantin masa makan :P Kan Sayang? Haha. Padan muka kami! Nasib abang saya dah tapau lauk pengantin untuk kami. SUka!
Nota: Alhamdulillah. genap sebulan kami menjadi suami isteri. Syukur pada yang Maha Esa.
30 November 2010
Nasib seorang abang tak pakai songkok berbaju pink gegas berjalan ke arah arch.
ReplyDeleteaku vote am!!~ kalo betol dpt saploh hengget x? ohohoh!~
kak xora! u punya pengapit memang terbaik! dalam video tuh jelas gila yang dia betul2 jaga pengantin.
ReplyDeletenak tanya, time bersanding tuh, kalau x tepung tawar, buat apa? dengar selawat je eh? berapa minit? sebab my family pun tak bagi tepung tawar =.="
great review. xora pandai cerita. sampai terasa macam lala datang awal. hehe
ReplyDeletesy suka sume di entry ini..
ReplyDeletesedikit masalah tidak mencacatkan majlis besh nie..sume nampak ok..
kekdang apa yg kita impikan x dpt 100%..dpt 90% pun ok la kan..eheh
( ayat cam skema laks )
nity pengapit yg cantik,comel,Bijak & Berkeyakinan!!! dlm entri ni sy juge mau ucapkan tahniah pd nity atas tugas cemerlang nya sbg seorang pengapit!...
ReplyDeleteXora....dah sebulan dah??... mmg seronok kan jadi suami isteri...anggap sahaja sgela dugaan dan cabaran dalam perkahwinan sbgi cara untuk merapatkan lg hubungan suami isteri... chaiyok chaiyok..
ReplyDeletegud review xora!...i x ketinggalan satu pun entry u...tp xsempat nak komen..hehe
ReplyDeletehehe..bgs2..sy pun amalkan benda yg sama.apa2 yg tak best jadi, jgn berhenti utk senyum..:)
ReplyDeletehehe, comellah yang kain tersangkut tau, gambar itu candid dan cantik.nak buat2 kain tersngkut bole?hehe. btw memg sangat tenang lah! eh.. salam to ex b2b .hehe
ReplyDeleteforget the comotness, just memorize the perfect one! :D
ReplyDeleteCayalah ixa, sy yang tak pergi majlis ni pun boleh tahu semua detail tentang majlis tersebut,hehe
ReplyDeletewalaupun baru dua kali jumpa xora..suka tgk awk senyum..sweet..
ReplyDeleteixa, takde majlis merenjis yee?? bunga pahar letak di atas pentas x?
ReplyDeletePn t: 10 slap aku kasi kau!!
ReplyDeleteK~Un: itu la.. alhamdulillah, pengapit saya memang paling best! utk majlis kami, masa bersanding tu, takat tunggu budak kompang habis main lagu(ada 2 lagu kot smp saya tak tau nak buat apa haha) pasal masa tu biasanya tetamu nak amik gambar pengantin. lepas tu terus bacaan doa. Lepas doa tu baru turun ke meja berdamai. tapi memandangkan kami takde slot tepung tawar, saya gantikan dgn ucapan daripada wakil keluarga dan pengantin sendiri.
Lala: Lala, saya ada video kamu tau!!!!! nanti saya upload :P
Za: betul! dah selamat pun kira syukur sgt2
O Ena O: Ye Nity mmg byk berkorban utk majlis saya! bukan sekadar pengapit, jadi decorator dan tukang maki org utk mewakili saya hahahah
Harz: takpe harz tak komen,baca aje pun saya dah cukup berbesar hati
MsButterfly: sila ingt, senyum aje lebar2.. jadi cam Dr.Harlina
Ms. Puteri: tenang2 air jgn sangka takde buaya (tak kena peribahasa ni tapi nak tulis gak :P) dalam hati, tuhan aje tau betapa saya nak melompat kibas kain hahah
Zaa: betul. hanya yg indah diingat, yg tak kena, jadikan pengajaran
A.Acai: harus bang pengantin igt benda details.. hehhehe.. jumpa abg ahad ni!
My S&h: terima kasih :P kadang2 rupa senyum cam menyeringai gak :P
Elya: Bawa, pasal masa sesi bergambar, kami bagi bunga pahar pada kawan2 yg naik ke pentas.
wah..besar jasa nity..xora n en.d harus belanja makan besar utk nity..huhu..
ReplyDeletetahniah..majlis selamat..so selepas bulan..kawen menarik kan? huhu..
ixa...kite x sempat nak bergambar dgn awak ms kat pelamin atau masa awak makan sbb gegas ke majlis lain.
ReplyDeletetp kite dpt ambik gambar dgn awak ms kat arch aje :)
Ryna: haah tak terbalas jasa nity!
ReplyDeleteK.Wani: kita ada gambar akak tgh bergambar dgn kita kat arch! :P