30 September, 2010

Tiga Puluh Hari Lagi..

Salam dan hai

Gambar hiasan, cilok daripada google. Dah lama simpan gambar ni, sebelum abang saya kahwin lagi!


Hari ni tak mahu tulis pasal persiapan. Tapi nak buat pengumuman.

1. Saya nak minta maaf kepada kawan-kawan setaman saya. Saya tahu kebanyakkan mereka baca blog saya, walau hanya sebagai pembaca belakang tabir. Memang ramai yang saya sudah jarang-jarang hubungi. Jumpa pun masa raya dan kenduri kahwin. Tapi saya amat berterima kasih pada mereka yang masih lagi menghubungi saya, bertanyakan persiapan dan sebagainya. Maaf sangat, tak ter'update' semuanya.

Kawan-kawan saya majoritinya telah berkahwin, jadi saya percaya mereka lebih mudah untuk fahami 'kehilangan' saya. Mereka pun pernah berada dalam situasi saya, jadi memang setiap masa ada sahaja aktiviti nak dibuat.

2. Saya masih sibuk dengan aktiviti mengepos kad. Semalam sudah berjaya hantar beberapa kad lagi ke rumah kawan-kawan. Sempat juga beraya di rumah kawan sekolah-- tapi tertekan pasal tak ikut tema. Ada ke patut, datang raya pakai jeans dan tshirt! Semalam main bantai datang rumah orang untuk hantar kad, diajak terus sekali beraya. Kemudian meroyan dalam kereta minta D hantar balik rumah nak salin baju kurung. Tup-tup, tuan rumah telefon bagitau, rumah yang kami nampak ramai-ramai pakai baju kurung tu, tu bukan rumah dia. Rumah dia sebelah tu, yang gelap tiada orang. Jadi, patah semula ke rumah tu. Haha. Memang kerja buang masa. Nasib D tak marah. Haha.

3. Oh ya sebut pasal jemputan. Tetamu yang sudah saya hantar kad jemputan [rujuk post ini], boleh maklumkan pada saya ya kalau kad belum diterima. Saya rasa macam saya ada terlalai sikit dalam hal ini (Hana Yorie dan Nurul Nazreena, sila check emel masing-masing) Hari ni saya akan mulakan operasi mengepos kad kepada:

Bushra, KL
Mieza, Putrajaya
Nur Hidayah Jamaludin, Putrajaya
Jaja Butterfly, Selangor

Kiranya dengan empat nama diatas, selesai sudah operasi mengepos kad jemputan kepada kenalan siber. Minta sangat kalau ada yang masih belum dapat kad dalam minggu depan, tolong maklumkan pada saya. Kadang-kadang emel yang saya bertindih-tindih dengan emel yang request untuk tentatif dan belanjawan. Takut terlepas pandang.

4. Pada mereka yang request untuk tentatif dan belanjawan, saya akan emelkan secara pukal ya. InsyaAllah, hari ini saya akan emel kan semua-- Kalau gmail saya dah boleh dibuka semula.

5. Saya tak pernah buat 'countdown' dalam facebook pasal saya ada medium yang lebih sesuai-- blog. Walaupun kawan-kawan dah ramai yang dok usik saya di Facebook, tapi saya tetap rasa tak perlu untuk kecohkan di Facebook. Tapi tak bermaksud saya tak teruja untuk hari besar kami. Jadi, hari ni untuk merealisasikan impian kawan-kawan saya nak tengok saya update status pasal kahwin, buat kali pertama, saya tulis status facebook saya " 30 hari lagi, insyaAllah seseorang akan menjadi imam dan saya menjadi makmumnya " .. Makan dalam? Bagus. Lepas ni, jangan harap aku nak update apa-apa hal kahwin kat status Facebook.

Hujung minggu ini ada jemputan, kemudian bakal bergegas ke MidValley nak beli tambahan mekap MAC.. kemudian apa ya D? Jumpa katerer nak batalkan beberapa perkara.. Lagi nak fitting baju nikah.. lagi.. M.A.L.A.S

M= Malas
A= Adalah
L= Lumrah
A= Alam
S= Sayang...

Wah.. terasa diri hebat, berjaya buat cam tu!


30 September 2010

22 comments:

  1. wahhh!! excited!! lagi 30 hari ok!



    p dot s : zaa da dapat kad xora yang cute itu!! :D insyaAllah, nanti kita jumpa..tapi zaa malu sebab ramai blogger yang famous dtg wedding kamu nanti. (-_-")

    ReplyDelete
  2. Zaa: sile ngeri.. sila ngerrri!!
    jawapan pdots:ish jgn kata cam tu. kita semua bloggers sama aje. tiada siapa yg lebih famous daripada siapa. Berbesar hati sangat kalau Zaa dapat datang. Jemput ya.

    ReplyDelete
  3. xora, fara dah terima kad kamu semalam!! tq!!!

    ReplyDelete
  4. 30 hari lagi! mmg x lama dah tue.. sekejap je jadi seminggu nnti.. hehe. good luck xora. insya allah dengan perancangan yang super rapi mcm ni, semua berjalan dengan lancar...

    ReplyDelete
  5. kad sudah sampai! terima kasih! comel..insyaAllah kalau tiada halangan sampai lah..akan diusahakan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  6. tik tok..tiki tiki tok..wow..30 hari lg xora..nervous tntu memuncak..ye x?hihi

    ReplyDelete
  7. mesti bertmbh dupdap2 jantung..hehe

    pe2 pun semoga majlis berjalan dgn lancar & diberkati ;)

    ReplyDelete
  8. ades kalo By maybe tak dapat nak tido!! ni pun dah dup dap dup dap..padahal bertunang je!=P

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..lagi 30 hari..xlama da tu..sy dlu persiapan dalam masa 2 minggu je..kawen kat mesir dan kawan2 lah yang jadi parents...smoga bahagia..barakallahulakuma..

    ReplyDelete
  10. xora, hana belom dapat email mahupun kadnye..huhu..takpe2..nnt hana emailkan alamatnye ke email xora yea..

    =D selamat menyiapkan preparation terakhir..

    ReplyDelete
  11. xora! kad da sampai!yeayy..insyaALLAH, klu tak de apa-apa aral melintang sy dtg yek.sila devar sekarang menghitung hari!haha=p

    ReplyDelete
  12. xora.. already received ur wedding card yesterday.. tengs dear.. :)

    ReplyDelete
  13. kak xora .. aii x dapat kad lagi .. mcm ne mao pegi ?? heeee~~

    ReplyDelete
  14. Elle: dah emel kat akak alamat rumah tak?

    ReplyDelete
  15. kad cik xora sy dh terima.. terima kasih atas kad comel tu.. insya Allah jika xde aral, sampai la sy nnt..

    ReplyDelete
  16. i dah dapat kad juga!!!
    semangat nak datang.i.Allah takde apa2 hal, i sampai k... =)

    ReplyDelete
  17. xora..
    sy dh dpt kad dah. mase mula2 bukak terus terpk "sape pulak nih?" nasib baik xora tulis name glamer. hihihih...

    ReplyDelete
  18. xora..elya nk tnye.elya ade dapat invitation kad. tapi tak sure tu xora ke tak..takde nama glemer 'xora' disitu.Tapi tarikh ,31 oct. betol x?

    ReplyDelete
  19. Dear all: mana kad yg saya terlepas nak tulis dalam kurungan Xora tu, kalau ada GPS tu silap ada liquid, tu saya la tu :P

    Elya: ada nama Dzulq kat situ kan? kalau ye, haah kad kami. Riben kuning kat atas kad.

    ReplyDelete
  20. hurmm....fb tempat kawan bkumpul...kawan2 yg kenal kita di alam nyata...saya pun x suka kepoh bab kawen di fb....pic tunang pun sy xletak di fb...tp skang, ada kawan2 blogger dah mula ada di fb saya...dah bcampur aduk dah...rs cam mcm nak buka akaun fb baru je...tp mcm mnyusahkan....

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)