01 October, 2010

Menggarap Idea DIY Meja Beradap

Salam dan hai

Meja beradap sudah diputuskan kena DIY, pasal poket tak cukup gebu untuk upah orang. Sudah merisik sana sini, harga rata-rata dalam RM350 ke atas untuk bunga hidup. Oleh itu, mari kita berpijak dibumi nyata. Saya tak idamkan gubahan yang meriah dan sarat. Tiada kemahiran dan pengalaman, maka tiada la gubahan bak profesional.

Bila tengok blog-blog B2B yang pernah ulas meja beradap DIY kat majlis sendiri dan majlis orang lain, saya rasa, perkara ni boleh direalisasikan. Tak perlu terlalu dasyat, cukup menyuntik seri pada kekosongan meja tu.

Memang payah, tapi tak mustahil.

Kali ni nak kongsi tentang garapan idea untuk DIY Meja beradap kami.

Saya dah tak ingat bila saya beli bekas putih ni. Tapi yang pasti, saya beli di SSF, akhir tahun lepas. Asalnya, ini untuk tempat letak abu rokok. Tengok di kiri kanan bekas ada lekuk, tu untuk letak batang rokok. Tapi saya rasa amat la tak praktikal. Abu rokok boleh terbang kalau permukaan macam ni. Saya memandang daripada sudut berbeza. Saya rasa sesuai ni dijadikan deko segera. Saya beli 6 bekas dan setiap satunya harga RM0.75 sen.



Iye, tak tipu. Memang 75 sen. Saya suka beli barang murah dan rezeki pula, mereka nak habiskan stok. Dah terfikir, selepas majlis, kalau nak dijadikan cenderamata pun boleh, macam kat bawah ni


Sumber: Google images

Rancangnya, bekas putih tu boleh la diletak bunga rampai, beserta sekuntum dua bunga ros.-- Ok tipu aje. Tak rancang nak buat macam mana. Tak apa, nanti idea pasti akan muncul.

Ini pulak, bekas baru beli di Jusco. Jualan untuk hari raya agaknya. Saya suka pasal materialnya kaca. Jadi beli, harga dalam RM7.00+, untuk empat bekas. Ni pun bakal diletak di meja beradap. Disusun elok-elok. Dekonya? Tak apa. Google images kan ada *senyum


Muka Mikail di latar belakang sebagai hiasan yang comel.

Idea asasnya macam ni

Sumber: Google images


Lepas majlis, bekas ni semua boleh diguna untuk jadikan tempat letak garam dan gula.

Yang ini, idea terakhir tapi paling penting. Bekas kaca diletak dihadapan kami. Saya tak pandai nak gubah bunga jadi, idea kami, buat deko yang mudah dan praktikal.



Dalam gambar ni, bekas tu berbalut pula. Bekas dibeli di Ikea. Berkenan pasal kacanya tebal.

Tak apa la. Tunggu hari majlis aje insyaAllah.

Tiada apa yang meletup. Semuanya biasa-biasa sahaja. Sepadan la, kami pun orang biasa-biasa sahaja.

Yang paling penting, semua barang-barang ini, kami boleh pakai semula dirumah kami nanti. Baru la betul-betul praktikal. Sekurangnya, bila tengok semula barang-barang ni, teringat saat indah dimeja beradap~~ ayat takmo kalah!

Kita tengok macam mana ye nanti. Dah maklumkan kat abang saya, dia yang kena deko semua ni. Dia cam kaget ;p hihi pasal tak dapat bayangkan saya nak macam mana. Jadi sekarang dalam proses nak lukiskan visual deko meja beradap untuk dia.



1 Oktober 2010

16 comments:

  1. bagusnye lah abg sudi buatkan..huhu..kalau hana nk arahkan adik hana buat pasti tarik muka seribu..kuikuikui..

    diy meja beradab sendiri lagi menyeronokkan kan? =)

    ReplyDelete
  2. slm xora

    tu yang bagus tu. barang2 kawen.. pkai smule pas kawen. langsung tak membazir. =)

    ReplyDelete
  3. xora, kamu sangat gigih buat DIY ni semua.. kagum!!!

    ReplyDelete
  4. waahhhhh .. best nye .. x saba nk tgok mcm ne jdik nye ... gudluck akak ! =)

    ReplyDelete
  5. Xora by pun teringin untuk letak kat meja. just macam hiasan.. tp tunang.. agak2 over tak? =D

    ReplyDelete
  6. wah best! saya suka idea praktikal dan murah-murah ni! hehe

    ReplyDelete
  7. hias sendiri meja beradap? Wow~ huhu~ selamat menghias.

    Kalo Atun bagi kat katering jela... nak wat cemana, nak hias sendiri tak kreatif.

    ReplyDelete
  8. i love that bekas2 kaca tu.. kalo jmpe kompom beli, tp x tahu untuk ape.. hehe. and the white ash tray tu super murah okay! 0.75 sen, waaaahhh untung dpt harga cmtu!

    ReplyDelete
  9. wah..rezeki nk kawen tu dpt murah..xsbr nk g mjlis ni..:)

    ReplyDelete
  10. :) bagus nye cik abg tolong~
    nk click button i likee~

    ReplyDelete
  11. sy pon br order bekas kaca berbentuk 4 segi. Nmpk cantik tp blm ade idea nk buat ape. Juz order je dulu mane tau idea dtg kemudian kan..

    ReplyDelete
  12. if nak cetak gambar / ape2 kat porcelain or bekas kaca..roger2 me k... :)

    ana - www.basketlab.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. betul..setuju dgn xora...beli brg, & pastikan lps kawen dpt guna semula. tp xora, awk mmg jenis yg suke DIY..sy bangga la..mia pun x mcm tue

    ReplyDelete
  14. suka lah xora nih. semuanya nk yg practical dan murah. lagi lah mas suka! huhu. gud gud. buat abg xora, selamat mendeco hehe :P

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)