Salam dan hai
1. Kad jemputan
30% sudah dihantar, lagi 70% belum lagi. Tetamu jemputan nikah, asingkan dengan letakkan wax seal tu. Kelakar bila ada kawan-kawan yang takut nak buka pasal takut terkoyakkan wax seal tu. Ada orang tu kata (baru aku tauuuu, ko baca senyap-senyap ye blog haaaku! ;p ) "aku takut nak buka ni pasal aku tau banyak effort ko buat untuk benda ni". Reaksi lain "Huuish, apa ni?", "Ni nak buka kad macam mana?", "Aku bukak kat tepi sampul la", "Aku takmo buka. Takpa pasal dah tau tempat". Sukati korang~
Masa berhari raya minggu lepas, dapat kad jemputan daripada kawan sekolah. Tertera ini
Saya kata kat D, "Dia silap tulis ke?". Ooh rupanya dia kahwin selepas majlis kami. Hehe. Kali pertama dapat kad macam ini. Melangkaui waktu. InsyaAllah, harap semuanya selamat.
Iklan: Kentang sesuai dimakan dengan apa sahaja, termasuk nasi ayam.
2. Lagu tema potong kek
Sebenarnya, tiada rancangan nak buat lagu khas mengiringi masa potong kek. Tapi semalam abang saya SMS, suruh saya dengar satu lagu ni, sesuai untuk majlis kahwin saya. Bila saya dengar betul-betul liriknya, tiba-tiba rasa nak nangis depan komputer. Tak tahu kerana terharu atau pasal saya demam semalam. Motif tidak diketahui. Jadi, terus rasa nak jadikan lagu tu mengiringi upacara tersebut. Thanks Am! Lagu apa, tunggu hari majlis ya?
3. Gula-gula si cilik
Menggunakan idea dalam majlis abang saya yang dulu. Pakai sahaja bungkusan macam ini. Jimat sangat! Dapat kurang kos pada pembungkus, lebihkan sikit pada bahagian dalamnya.
Semalam MC tapi sempat singgah Balakong beli pembungkus ni. RM7.00/ sepeket yang ada 100 pembungkus. Saya beli dalam 3 peket. Mudah dan murah. Saya pilih warna keemasan. Gula-gula ayah dah beli minggu lepas. Pasal tu nak sudahkan cepat-cepat. Boleh teruskan dengan perkara lain.
Dah siap lebih kurang 170+ buah tangan. Bakinya boleh sambung hari ini, buat bersama K.Rina dan Icik.
Kami cuma sediakan 300 buah tangan tangan untuk tetamu cilik ni. Rasanya petang ni atau esok insyaAllah dah siap. Bungkus dan letak ubat semut mengelilingi kotak. Siap.
Itu sahaja kot kemas kini persiapan.
Mood: Semakin hari semakin malas.
29 September 2010
hai Xora..
ReplyDeleteSame la ai pon MC gak semalam,
Jangan malas~tensen.
Go Xora Go!!
hihi.. kak xora, dun b soo nervous smpai dmam2.. :)
ReplyDeletecandy packet tu mmg smple n murah.. bdak2 mmg sukaa~
ades. bila tengok xora punya dah siap. by rasa kagum. sebab, by belom siap!! benda tu la by rasa remeh. tp pembungkue tu memang penyelamat. senang kan?
ReplyDeleteTimmy: nama rasa macam nak ngunyah biskut aje! haah mc demam kena hujan.
ReplyDeleteEyra: tak nebes.. cuma ni kes main hujan :P
Bai: senang dan murah--kombinasi serasi!
haa kad ko bg aku ko tulis Nuriah & Suami. Bapak aku = bile plak along menikah neh? lantas aku menjawab = kawan along neh kawen lepas along, kire time tu along dah berlaki.oohohoh~
ReplyDeletehaha.. aku kasi Roslan kawan sek aku pun, roslan & isteri. tersengih2 bakal isteri dia baca masa aku pass kad kawin aku kat diorang. haha. majlis diorang minggu ni.
ReplyDeleteXora, hari2 mesti baca blog ni..mengitung hari lah ni..
ReplyDeleteDyah: jom, ikut menghitung hari nak!?
ReplyDeletexora.. sambil masuk dlm plastik tu.. ngap lar sikit2.. hehehe.. ;p
ReplyDeleteSalam Xora, saya ada email awak. Please check ye. tq :)
ReplyDeletehi xora ..tq for the card..nice quality dgn ketebalannya...i like...wah, 10 hari lg tue...
ReplyDeleteassalamualaikum cik xora. bagusnye blog cik xora ni. very informative. boleh ke tumpang tanya. macamane nak anggarkan bilangan tetamu cilik tu..cik xora jemputan berapa ratus?
ReplyDeleteCik Siti, kami anggarkan 300 sahaja. utk jumlah tetamu 2,000
ReplyDelete