Salam dan hai
Kemas kini aktiviti kahwin lagi.
1. Semalam selesai hampir 80% kad jemputan. Sudah masuk dalam sampul molek-molek. Niat nak menjemput kawan rapat daripada sekolah rendah yang nun jauh di Kedah tapi mengajar di Johor ke majlis nikah, jadi saya pun pakai dua sampul berbeza. Sampul kad kahwin saya letakkan wax stamp ini, kemudian masukkan kad tu ke dalam sampul baki kad raya. Jadi selamat sikit.
2. Pergi semula ke kedai bunga hari tu. Nak beli span untuk hantaran. Sambil tu tambah tempahan bunga hidup sikit lagi. Malam semalam pergi ukur luas hantaran pakai surat khabar, siap potong bagai. Haha. Demi nak cari saiz span bersesuaian. Biasa la, amatur. Orang kedai bunga amat membantu, bagi saya tips tentang nak buat hantaran semua. Mood= teruja
3. Sangat suka dengan baki (maksudnya: talam/ dulang) tembaga abang saya beli di Terengganu. Rancang nak guna untuk sireh junjung, walaupun nanti gubahan langsung tak junjung meninggi. Renek sahaja. . Harga pun memadai sangat. mood= puas hati.
4. Praktis kedudukan hantaran. Lagi sekali: Amatur
5. Semalam petang sudah hantar buku tetamu ke kedai. Isnin minggu depan sudah boleh ambil.
18 September 2010
Selamat wat persiapan xora. Moga semuanya dipermudahkan. cargas2 !! =) Ameeen =)
ReplyDeleteXora comel gile ayat "prektis kedudukan hantaran: Lagi sekali, amatur"
ReplyDeletehehe!
bukan Xora je teruja.. By pun teruja. Xora bz buat hantaran kawin. By lak bertunang... huhuhu.
ReplyDeletewah..;agi berapa hari je kn majlis awak ni.. apa perasaan skrg?
ReplyDeletewah..lagi berapa hari je kn majlis awak ni.. apa perasaan skrg?
ReplyDeleteNora: terima kasih Nora.. ye harus CARGAS !! bertindak mengikut rancangan!
ReplyDeleteYanie : heheh.. betul apa. amatur giler kot! tapi impian tinggi..
Bai: Kita buat sama2 nanti kita kongsi kat blog kan?
Fariha: Perasaan? bercampur baur. sudah macam nasi campur ;)
semoga dipermudahkan persiapan xora...mkn dekat nmpk msk angka 42 nie..huhu
ReplyDeletesemoga dipermudahkan majlis..=)
ReplyDeletedebar nk kawen, skrg2nya tarikhnya mmg konfem...
debar nk bersalin lg la bsuper-berdebar2 sbb tarikhnya kuasa Allah..boleh jd tercepat- sebulan, seminggu, dua hari, on the exact date, or maybe overdue-sehari, dua hari or maybe seminggu lmbt
all the best!