17 September, 2010

43 Hari Lagi


Salam dan hai

Semalam Hari Malaysia. Jadi curi-curi hari selesaikan urusan sikit, sambil pergi beraya.

1. Sudah tunjuk kat D bahagian dalam buku tetamu. D suka dan sudah luluskan.



Cuma dia rasa, buku tu terlalu tebal. Jadi saya pun kurangkan jumlah kertas. Rasanya, baki kertas yang siap ada border ni, nanti nak jadikan freebies la selepas kahwin. Sayang pula nak dibuang macam tu sahaja.



InsyaAllah, sudah boleh hantar kedai binding esok pagi.

2. Semalam, pergi tempah bunga hidup untuk kegunaan barang hantaran, bunga tangan dan deko untuk bilik pengantin, meja potong kek, meja buku tetamu, tempat bunga rampai dan meja beradap. Nampak macam banyak sangat, tapi sebenarnya deko bunga tu simple sahaja. D pun dah setuju dengan ideanya, jadi boleh teruskan.

3. Kad-kad jemputan yang perlu dipos sudah siap berstem. Tunggu akhir bulan ini, baru mulakan operasi pos. Kad jemputan yang kena bagi pakai tangan, tengah tunggu masa yang sesuai, seperti majlis kahwin kawan-kawan yang lain. Boleh bagi masa tu.

4. Semalam SMS dengan vendor baju sanding. Dia tengah tekun jahitkan manik. Nanti dia akan telefon untuk panggil fitting dalam waktu terdekat. Perasaan: PANIK! Perasaan D: Bosan, pasal saya buat pe'el sama macam masa amik baju nikah dulu ;p

5. Sudah emel pada MUA, bagitau nak bayar separuh dulu sebelum majlis dan baki selepas majlis. Pasal takut nak letak duit banyak-banyak pada hari majlis. Dia pun setuju, jadi akhir bulan ni boleh masukkan duit dalam akaun dia.

6. Lakaran hantaran pun telah saya lukis pakai Power Point. Haha. selitkan juga gambar hantaran yang berkenan jumpa kat Internet. Abang saya pun dah beli bekas tembaga untuk sireh junjung.. Erm.. tak boleh panggil sireh junjung pasal saya buat renek aje. Dah nama DIY, harus ukur kemampuan sendiri. Jadi buat renek sahaja, asal ada. Bekas nak letak span H20 tu, dah tanya pada orang bunga, dia dah tunjukkan span mana yang sesuai. Mungkin nak pergi beli span tu akhir bulan ni.


OK. Sekian sahaja post kali ini.


17 September 2010





11 comments:

  1. Tak lame lagi kan.. sy pon lebih kurang sebulan seminggu.. tringin nak tengok majlis xora.. tapi majlis bertandang saya pada hari yg same juga.. Takpe, smoga smuenya berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  2. Hana: kita sama2 doakan majlis kita berdua berjalan lancar dan selamat ya? Takpe, nnt saya upload gambar majlis insyaAllah. sama aje :D

    ReplyDelete
  3. semoga ok semuanya ya. xora punya panik akan lebih dari by. By tatau rasa macam mana. sekarang yang kecil ni pun sudah panik!

    ReplyDelete
  4. wah...pejam celik, pejam celik dah tak lama jer lagi. dulu kamu bz buat persiapan kawen abg. sekarang abg pun dah jadik ayah ;). turn kamu pulak. hehe...gud luck xora. jgn panic2 okey...:)

    ReplyDelete
  5. Ermm.. Cik Senah rasa.. tebai skit pun tak pa kot.. kalau2 ada balance kertas dalam guestbook tue.. buley arr pelekat kad2 kecik yg member2 selit/lekat pada hadiah yg depa bg kat both of u kan..? (walaupun hanya kad kecik.. sentimental value tue ada... - bg cik senah arrr.. )

    So, balance kertas dalam guestbook tue tak dak lah terbazir atau sia2 sajaaa.. [ ada gak kegunaannya..]

    p/s: sekadar pendapat Cik Senah.. coz..bg Cik Senah.. lebih takpa..jgn terkurang.. ( bila lebih..pandai2 arr kita adjust / aktifkan otak kanan kita.. ) hehehe :P

    ReplyDelete
  6. yup xora.. syaz setuju ngan cik senah.. tampal kad2 dr hadiah..

    kalau ada lebih lagi.. mintak cousin2, makcik2 n pakcik2 buat ucapan gaks.. :) time kenduri tu mesti diaorg x dpt nk pikir ayat bunga2 lagi syahdu.. so after wedding pun masih blh tulis2 lagi.. :)

    ReplyDelete
  7. nk binding jenis apa?
    good luck on your preparation ye dear..:)

    ReplyDelete
  8. Bai: panik2 kalau masih progress tak apa Bai. Bai cam tu, panik2 pun rancangan masih berjalan :)

    Azian: harus kekalkan ketenangan dalam diri.! Thanks Azian.

    Cik Senah. Haah, idea yg bagus juga kan. Letak kad hadiah

    Syaz: haah, bahagian depan mmang kosongkan pasal sebelum majlis nak minta adik beradik dan ibu ayah tulis dulu :D

    ReplyDelete
  9. Hi... Moga semua berjalan dgn lancar.... teringin sgt nak dtg ur majlis but time tue i yer majlis tandang pihak laki.. all the best dear.. nanti upload banyak2 pic kawen...

    ReplyDelete
  10. salam, xora.. you tempah bunga hidup kat kedai mana? adakah sama seperti huda? still survey2 lagi kedai bunga yg ok ni..

    dah le nk kna bawak balik n9 plak tu.. nk cari kedai bunga hidup kat n9 yg standard floristika or kdai kat depan maybank tu ssah ler.. haiii...

    ReplyDelete
  11. xora,
    boleh tak sue nak mintak xora chare kan border utk buku tetamu
    tak pndai buat..huhu
    klu xora tak keberatan
    emel sue
    suhasnida.ismail@gmail.cm

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)