20 September, 2010

40 Hari Lagi

Salam dan hai

40 Hari lagi.

1. Sudah siap cetak lakaran hantaran yang saya berkenan sebagai rujukan untuk gubahan. Memang kena redah sahaja pada masa nak gubah nanti. Tak boleh teragak-agak lagi. *amatur alert!*




2. Masih dalam proses nak siapkan perincian deko dewan sementara idea masih segar. Nanti boleh kasi kepada abang-abang saya dan isteri mereka untuk jadikan rujukan pasal saya harapkan mereka untuk deko (K.Ana, bersedia!). Nasib saya memang ada habit setiap kali buat sesuatu atau beli barang, mesti saya akan amik gambar. Jadi gambar tu yang saya letakkan sekali dalam slide tu, lagi mudah untuk mereka cam barang yang mana satu.



3. Senarai jemputan sudah selesai untuk kawan setaman dan kawan pejabat. Tunggu awal bulan 10 baru akan pos kan kad. Harga stem lebih mahal daripada kad. haha. Macam situasi upah jahit baju lagi mahal daripada harga kainnya. Nasib la memang teramat jarang gunakan khidmat Pos Malaysia, jadi tak terasa sangat harga naik.

4. Sudah bincang dengan ibu. Hantaran akan dibuat di bilik ibuayah. Bilik pengantin tak mahu ganggu. Barang-barang lain, sumbat kat bilik belakang.


Itu sahaja kemas kini buat masa ini. Lepas siap deko, baru nak buat senarai tugas penanggah dan jadual kami 2-3 hari sebelum majlis.

Maaf, akan jarang-jarang post berkenaan idea baru daripada Internet. Tengah fokus majlis sendiri.

40 hari lagi InsyaAllah.. 62% bayaran sudah dilakukan.


20 September 2010

10 comments:

  1. Caiyok2.. mari kite same - same usaha.. :) dh hujung - hujung ni makin banyak nak buat kan..

    ReplyDelete
  2. wah!!! sunggu terperinci. by pun ade buat.. tp ade gak yang tertinggal skit2. huhuhu

    ReplyDelete
  3. i suka cara u. sangat teratur n details. kalau la i buat macam ni, maunya berkurun ngadap pc tu jer! :D

    ReplyDelete
  4. hai xora lama tak singgah blog xora nie sebab cuti raya...
    waa dah 40 hari je tinggal kan :)
    insyallah selamat semua sebab very deatils person :)
    anyway ja tak dapat ke majlis xora :( sebab ada hal masa tuu :)
    insyallah ja hanya singgah di blog xora sahaja jangan lupa nanti update yea :)

    ReplyDelete
  5. hye dear,,i'm ur silent reader.
    siyesly sgt kagum dgn wedding prep u.sungguh details.i like! =)

    ReplyDelete
  6. selamat berjaya dengan persiapan saat2 suku akhir ni...

    sy doakan cik xora tenang dan semuanya berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  7. good luck babe...xsabo nak tunggu kad kawen kamu!!

    ReplyDelete
  8. wah..mest semput kan u dear..terkejar2 gk..lg 40 hari je..cpt sungguh masa berlalu..gud luck xora

    ReplyDelete
  9. should be ok.. inshaAllah.. semua dah teratur, inshaAllah semuanya berjalan lancar.. =))

    ReplyDelete
  10. selamat menggubah Xora! ^^ rajin betul and sungguh teratur semua mende yang Xora buat. kagum betul atun.

    Salut!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)