12 August, 2010

Persiapan Majlis Dalam Bulan Ramadhan


Salam dan hai

Macam mana ibadat berpuasa kawan-kawan?

Semalam, juadah berbuka puasa pertama saya sekelurga-- Mee Jawa


Orang separuh Jawa masak Mee Jawa-- terlalu pedas ;p Cuma bulan Ramadhan ni aje la boleh cuba pelbagai resepi. Semangat entah daripada mana datang!

OK, berbalik pada persiapan majlis kami. Walau dalam Bulan Ramadhan, tapi persiapan tetap berjalan, walau lebih lambat daripada siput.

Rasanya, aktiviti saya dipenuhi dengan aktiviti mengikat riben kad jemputan. Saya suka buat dalam keadaan bebas tekanan. Saya tau, mengikat riben ni makan banyak masa saya, sedangkan saya boleh buat perkara lain dalam waktu yang sama, tapi tak apa. Bukan hari-hari kerja mengikat riben (saya takut nak minta tolong orang pasal takut nanti saya tak puas hati. Saya tak cerewet, cuma saya ada pendapat sendiri -- bila seseorang mengatakan diri dia tak cerewet, sememangnya dia seorang yang cerewet)

Ibu saya pulak, sibuk menjahit
bantal pouf saya. Ibu kata "jangan amik gambar! nak letak dalam blog la tu!"



Kerja ibu yang masih berlangsung
1. Langsir bilik saya. Jahit simple sahaja jadi minggu ini pun boleh siap.
2. Bantal nikah. Ibu takut nak jahit (patut tak payah bagitau ibu harga kain tu)

Kerja ibu yang sudah siap-- kain untuk deko bilik saya.

Tugas saya yang belum siap -- tak ingat pasal banyak sangat ;p

Nity, ko diam. aku geget ko kang! Ha la, nanti aku buat tentatif tu.


Esok hari Jumaat. Boleh sambung ikat riben di pejabat! Kena cari tempat yang orang tak ramai. Segan.


Nota: IKEA ada buat sale raya! Klik disini


12 Ogos 2010



7 comments:

  1. memang lawa bantal tu. alangkah bestnya kalau mak saya larat seperti dulu :(.

    ReplyDelete
  2. xora, tentatif tuk bridesmaid ke? kalau ya, wat la...nak wt guide

    ReplyDelete
  3. erm sy pn kene buat preparation time puasa ni, sebab kan ada byk cuti umum. so sy amik peluang balik kmpung tolong mak prepare my wedding.. ngee

    ReplyDelete
  4. Bai, sayu lak saya baca

    Farah: tak, tentatif majlis. pengapit saya merangkap WP saya, jadi dia nak tau apa yg saya dah siap apa yg belum ;p bridesmaid? saya takde bridesmaid Farah

    ReplyDelete
  5. sume tempat pown nak buat sale. stress! (sebab dah kering. haha)

    ReplyDelete
  6. uiii..nampak sedap mee jawa itu!.. =)

    ReplyDelete
  7. bestnye mak xora pandai jahit bantal pouf tu..bole la roy tempah dgn mak xora je..xpon sewa je kt xora..hehheheh..

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)