02 August, 2010

Pameran Kraftangan & Promosi Kerja Kahwin

Salam dan hai

Kali pertama dapat ke pameran kraftangan ni. Pergi dengan ibu ayah pasal D ada kenduri kahwin.

Tak tau macam mana nak ulas pameran ni dalam perkataan, jadi saya letakkan gambar sahaja ye?

Idea untuk pelamin




Arch yang tinggi




Idea untuk meja beradap.





Idea door gift










Idea bunga manggar





Dalam sibuk-sibuk saya ke sana, sempat juga singgah muzium kraftangan. Saya suka tengok bahan-bahan pameran macam ni. Leka sangat-sangat.


Saya sempat ke booth
Mrs.Carft Collection, milik bonda Hana. Tapi masa saya sampai, Hana tiada jadi bonda dia (rasanya kot) yang layan saya. Nak tengok buku guestbook tu, tapi rupanya dah diletakkan kat dalam ruang pameran. Tapi sempat la amik pamplet dan business card *senyum

Walau hampir 3 jam berlegar-legar kat sana, kami cuma beli 1 barang sahaja tapi barang itu memang saya nanti-nantikan sangat ---Bekas tembaga untuk meja beradap yang dicari-cari selama ini[post penuh]

Alhamdulillah *senyum lebar. Harga rasanya boleh dapat lagi murah kalau terus ke Kelantan atau Terengganu. Tapi tak apa, pasal ayah pun dah menawar, jadi suka juga! Kami beli 8 bekas tembaga sahaja, pasal ayah kata, untuk meja beradap ayah cadangkan cuma 8 orang sahaja yang duduk pasal kalau 10 orang, nak makan pun susah, berlaga-laga siku. Lega sangat bila famili D pun setuju dengan cadangan ni.



Gambar penuh tunggu majlis nanti ya? Sekarang ni, tengah google image kerap-kerap pasal nak cari idea untuk deko bekas tembaga ni. Nity, kita kena deko nanti ok, masukkan dalam task! *tambah lagi kerja kau. benci tak kat aku sekarang??? ;p

Walaupun cadangan asal nak isi coklat, tapi ayah secara halus memang nak kasi telur pindang. Pasal tu daripada awal, dia asyik cadangkan bekas tembaga yang muat untuk isi telur. Jadi tak apalah, ikut sahaja la kehendak ayah.

Yang penting, saya puas hati sangat dapat pilih sendiri bekas tembaga tu!

Kami balik dan terus ke Kamdar Prima Saujana. Kain di Kamdar murah dan puas hati membeli, nak nya pada waktu tengah jualan murah macam ni. Dapat kain harga semurah RM2/ meter. Reaksi= Suka!

Rembat kain untuk langsir bilik, projek DIY ni [
post penuh] dan deko bilik pengantin.


Fuuh.

Ok, tiba masa untuk kemas kini belanjawan saya!



2 Ogos 2010

11 comments:

  1. huhu..tak sempat jmp xora..xora dtg betul2 lepas hana dah odw ke kenduri huda kan? hehe..tak de rezeki nak jmp xora..=(

    ReplyDelete
  2. Hana.. tu la, takde rezeki. ikutkan saya sampai sana dalam 10am tau, tapi round punya round cari booth hana, tak jumpa2. last2 tanya kaunter pertanyaan, alahai dekat betul, saya dok round tak perasan2.. tapi jmp mama Hana, dia cam terkejut bila saya sebut nama Hana ;p

    ReplyDelete
  3. pink + purple perfect combination!!!...;)

    ReplyDelete
  4. mak datok..cantiknye pelamin tu..Ya Allah,ruginye x pergi pameran tu..time kasih sudi bkongsi info..

    ReplyDelete
  5. semua yg ada kat pameran tu cantik2 belaka!!! terutama bila ianya berkonsepkan purple pink

    ReplyDelete
  6. sy pon pergi juga! ((:
    mmg sgt suke ngan idea pelamin, meja b'adab also arch tnggi itu
    tp memandangkn bajet sy yg ciput
    t'pkse lupekan jerr hee

    ReplyDelete
  7. sy pon pergi juga! ((:
    mmg sgt suke ngan idea pelamin, meja b'adab also arch tnggi itu
    tp memandangkn bajet sy yg ciput
    t'pkse lupekan jerr hee

    ReplyDelete
  8. Dear all, reply secara pukal ya. Haah, tema memang pink-purple, dan sedkit putih. Memang gah pelamin dan archnya :D Nad, sila jangan ingatkan saya Hihi *panik

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)