24 August, 2010

67 Hari Lagi


Salam dan hai

67 Hari lagi menjelang majlis kami InsyaAllah.

Status saya (tiada idea nak karang panjang-panjang, cuma letak gambar sahaja)

1. Corsage atau Rozek atau Boutonniere (atau apa sahaja nama ia)

Siap buat 20 set. Tinggal lagi 4 set belum bersentuh, ni khas untuk ibu ayah pengantin. Masih belum ada idea jadi tunggu dahulu. Buat masa sekarang, teruskan dulu operasi nak lilit dengan riben dan gamkan pin dibelakang rozek ni (pin belum beli. Macam mana boleh terlupa!)

Pandai kan D pilihkan bunga :D

2. Kad kahwin
Kad untuk belah D yang siap lengkap, sudah 60%. Lagi 40% harap dapat diselesaikan minggu ini juga pasal cuma tinggal nak gamkan dan bakar hujung riben sahaja lagi. Kad belah saya, 50 keping yang urgent untuk diberi masa balik kampung beraya, sudah siap. Baki boleh disiapkan dengan tenang.



3. Misi Sulit RS (Raja Sehari) VI
Siap! Hasil gagal =10 keping. Hasil lulus=10 keping.
Cemerlang (iye la tu)



4. Buah tangan meja beradap
Bekas tembaga dah beli dulu. Idea pun memang dah ada, cuma nak jalankan operasi sahaja. Saya dah potong siap-siap ukuran kain organza dan panjang riben yang diperlukan. Jadi insyaAllah, sehari sebelum majlis sanding, kakak ipar saya cuma teruskan lagi 50% kerja.


Telur tu telur hidup. Haha. Pegang dengan penuh berhati-hati saya! Hari majlis nanti InsyaAllah akan pakai telur pindang *jeling ayah.

5. Hantaran
Barang-barang hantaran semua sudah selesai alhamdulillah.. kecuali manisan dan sirih junjung. Ok. Lega. (tapi tak ingat simpan kat mana.. mana ye barang-barang tu saya letak~)

Misi jangka panjang: Mahu siapkan projek DIY sebelum raya. Agar raya saya akan lebih menyeronokkan tanpa perlu fikir hal persiapan kahwin langsung! Kena bekerja dengan tekun untuk tempoh dua minggu ni!


Nota:Buat yang bertanya, Misi Sulit saya hanya cukup sampai 10 misi sahaja. 6 sudah dicoretkan, lagi 4 misi. Tak banyak mana pun :D


Selamat berpuasa ya!



24 Ogos 2010



11 comments:

  1. xora, tertarik la ngan penyepit baju tu..yg love tu..kamu buat ek? ke beli then tinggal tampal je ek?

    ReplyDelete
  2. Farah, ish! mana mampu buat sendiri. saya beli ke atau dapat pun tak igt, tapi 3 tahun lepas ni. kat Memory Lane, RM1.50 je :P memang dah siap2 tampal cam tu. skrang tak tau la ada lagi ke tak.

    ReplyDelete
  3. moga selamat semua urusannya... +0 hantaran tak banyak tak de masalah... yang penting lepas yang wajib tu... all the best!

    ReplyDelete
  4. hi babe.. x sangka tinggal 67 hari je lagi kan.. banyak gel yg u dah buat.. mine mcm pending2 belaka... anyhow.. good luck ya on the preparation =)

    ReplyDelete
  5. wah rajinnya xora DIY...tabik aa mia

    ReplyDelete
  6. kad tu nampak menarik. nak tgk full nak tgk full! :D

    ReplyDelete
  7. xorz boleh lah beraya ngan tenang..huhu..hana tak dapat nak beraya ngan tenang tahun ni..hukhukhuk..

    ReplyDelete
  8. harap-harap urusan xora berjalan lancar ye..
    nanti bleh beraya sepuasnya dengan tenang sebab ni rasa last as a single lady! ahaks!

    ReplyDelete
  9. wah banyak dah siap!! congrats!! tepuk tangan utk diri sendiri. baru puas hati kan?

    ReplyDelete
  10. waa.. sudah banyak progress.. jatuh cinta ngan bunga manggar xora.. tapi kalo nak wat tak tau sempat tak.. dah siap ek yg tu.. btwn.. all the best

    ReplyDelete
  11. hi bakal pengantin,
    bestnyer buat preparation kawen nih..enjoy all the moments ya!
    all the best!

    saya ada sewakan bekas hantaran, sesapa yang berminat,
    http://gossip-fir.blogspot.com/2010/09/bekas-hantaran-kahwin-for-rent-wedding.html

    fira hamzah

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)