Salam dan hai
Alhamdulillah.
Dengan ini saya isytiharkan, status prosedur pernikahan kami sudah 100% selesai.
Pagi tadi, saya ke Shah Alam untuk selesaikan prosedur untuk belah perempuan pula.
Parking memang tak berapa heaven (atau mungkin pasal kami sampai sudah 9.30pagi), tapi asal jadi aje la letak kereta kat tepi. Prosedurnya begini.
1. Ada 2 bangunan kat situ, masuk kat pintu lobi utama, belok kanan. Terus ke kaunter pertanyaan tu. Bagitau nak ke Pendaftaran Nikah. Nanti sistem barter akan berlaku: kamu dapat pas pelawat. Dia dapat lesen memandu kamu
2. Naik lif. Lif sedikit gelap dan horror. Sampai nombor pun tak nampak. Pejabat di tingkat 6
3. Kamu kena guna pas pelawat untuk masuk. Kena TETET, cam kat opis tu. Tempat TETET ada kat belah kiri pintu masuk.
4. Masuk, jumpa orang pertama. Bagitau tujuan dan dia akan minta borang kamu. Dia selak, kemudian dia suruh kamu belok kiri, masuk bilik situ.
5. Masuk, terus ke kaunter depan. Staff kesibukan bincang persiapan raya. Tapi masih ada masa nak layan kamu dengan senyuman. Dia akan amik borang dan minta kamu duduk.
6. Duduk. Dalam kurang 15 minit dia akan panggil kamu (atau tertakhluk kepada berapa orang yang perlu dilayan sebelum kamu).
7. Pergi ke akak yang panggil kamu. Dia akan bagi kamu borang 4A Rekod Catatan Akad Nikah. Ada beberapa perkara yang dia sudah tick, yang itu sahaja kamu isi. Yang tiada, jangan gatal nak isi. Dia akan bagi sedikit penerangan. Dengar!
8. Kemudian dia akan tunjukkan Surat Kebenaran Nikah kamu (perempuan). Dia akan minta kamu periksa nama dan IC pasangan betul-betul. Boleh terjadi kesilapan manusia. Macam borang saya, tersilap eja nama D. Tapi cuma perasan masa nak keluar daripada bangunan. Dah satu kerja kena patah naik semula. Nasib D tak marah.
9. Jangan lupa bayar RM10 untuk borang tu. Sila sediakan duit kecik. Pagi-pagi, tau la baru keluar duit daripada Mesin ATM tapi tak perlu sangat pakai not RM50 ok.
10. Ucap terima kasih dan sila pulang ke rumah/ pejabat/ urusan lain.
Peringatan:
1. Sila bagi salam dengan semua orang yang kamu berurusan.
2. Sila pakai pakaian menutup aurat. Terpampang Zon menutup aurat OK. Semanisnya, pakai baju kurung.
D kata: Dah boleh kahwin dah ni B!
Yeah alhamdulillah. Lagi 68 hari InsyaAllah.
Lepas selesai urusan kami, terus ke PKNS Shah Alam. Nak terus cari songkok dan butang baju melayu untuk hantaran dan baju nikah. Nak ke KL, malas dan payah.
Dapat dan rembat. Tak perlu nak cerewet (walaupun butang melayu empat segi saya tak jumpa-jumpa *mad)
Ingatkan nak balik pasal D nak masuk kerja. Tapi tiba-tiba (dan-dan ni tiba-tiba) teringat kena beli kerusi untuk meja solek. Ayah nak beli kerusi kayu tapi saya tak mahu pasal saya tak mahu kerusi yang rendah. Saya nak kerusi tinggi macam masa saya buat trial mekap dulu. Sedap duduk, kaki tak cecah lantai.
Jadi terus ke IKEA.
Jumpa kerusi ni. Amik paling murah, RM39.
Masa nak balik, jam sudah pukul 2 petang. Hihi. D kena amik cuti terus yeay!
Ok, sekian sahaja kemas kini hari ini.
..erm.. pst.. rasanya macam boleh deko sikit kat kerusi tu. erm..... GOOGLE IMAGES!!
23 Ogos 2010
tak dapat bayangkan kerusi itu. pls pls. nak buat mcm mana tu? :D. hahahaha.
ReplyDeletecongrats both of u.. move 1 step!
urusan ini yang paling melegakan, bila dah selesai. kalau benda lain dah siap, benda ni tak siap, tak guna juga kan?
ReplyDeleteyg penting, xora dah boleh kahwen!
TAHNIAH!
seronoknya dah settle.. sye risau lagi ni... wekeend ni memang nak settlekan borang.. mintak2 la sume berjalan dengan lancar.. takut..
ReplyDeletewahh lega kan bila urusan pej agama dah selesai? kira awal gak la kamu g selesai kan..bagus2..jgn last minit...
ReplyDeletewahh.. sudah 100%.. tahniah2..
ReplyDeletetp musykil lah.. knp yer en.tunang sy p jmp ppn kt tmpt dia n ppn tu kte tggu lg sebulan aka 30 HARI dr tarikh bru blh start semua prosedur2 nikah nih..sbb drg kte surat kebenaran kahwin pihak lelaki tu valid for 1 MONTH sje.!!!
sy sggh tensen la sbln tu mst klamkabut nnt time tuh.. knp yer.. cuma sy ke yg kne cmtuh..
wahh..bestnye xora dh siapprosedur nika!! hurm..2bln b4 dah siapkn..ok..kena take note utk buat sesegera mgkin juge..huhu
ReplyDeletehahahaha...sangat cumel la xora ni. detail betul. tetet yg tak tahan tu.
ReplyDeletetujuan g ikea? sbb nak suh D cuti... :p
ReplyDeletexora, awak lagi 68 hari..tapi dah setel.. i lagi 57 hari tapi mr.fiance belum pegi pejabat agama..
ReplyDeletehukk3.he's super bz.hope sempat lah nak booking date.kan?
Bai, kerusi macam kat kedai gunting rambut mamak! :p
ReplyDeleteMazni: betul Mazni. dah selesai, lega sangat.
Dieb: InsyaAllah, kamu fokus sekejap aje pun jadi.
Farah: itu la, asal siap cepat. takut2 last minit ada hal lain kan. nnt muka masam ;p
Aiyu: Wallahualam! tak tau la kes macam tu. tapi S.Alam alhamdulillah, buat masa ini takde masalah.
Hana: ha mmg target nak siapkan DIY n prosedur sebelum raya. jadi raya tak mo fikir hal kahwin ! :p
SKecil: hahah.. pasal tak tau nak tulis apa nama nye.. sensor? ke apa? jadi refer semula pada bunyinya// TETET ;P HAHAHA
Reen: itu tujuan murni ku. jgn ko tak tau :P kesian dia asyik kerja, jadi paksa dia cuti
Amelyn: InsyaAllah, saya harap kamu tiada masalah. Tapi urusan ni kalau semuanya ikut apa yg diorang minta, takde masalah InsyaAllah.
alhamdulillah selesai juga ya...semoga dipermudahkan persiapan lg
ReplyDeletewah xora...
ReplyDeletedah settle dah bleh kawen hehe...
camne la awk deko kerusi ikea tu nanti ye..
share ye..mesti tip top.. :p