Salam dan hai
Kebelakangan ni, D dan saya suka buat perancangan saat-saat akhir. Macam rancangan nak pergi Floristika.
Baru-baru ni, kami main redah aje pergi tempah kad. Walau tujuan utama jumpa pasal saya nak pulangkan kamera dia dan tengok kedai printing dulu di Bangi, D ajak gi tengok kad kawin kat Pudu.
Pergi terus ke sana. Sesat sekejap. Eh, bukan sesat, tapi kami menggunakan jalan baru :P
Kami tiba di LH Creative di Pudu. Kawan D dua orang dah buat kat situ, jadi kami jadikan pengalaman mereka sebagai tanda aras.
Layanan staff dia OK. Walaupun ada pelanggan lain, dia tetap alukan kami. Tapi contoh kad terlalu banyak!! pening mak!!.. Harap kami tak terkena 'kes terpencil' pasal hal kes macam ni, memang diluar kawalan kita.
Saya, antara malu dan mahu, pun keluarkan la kad yang kami rancang. Segan gak la, pasal kad kami memang amat simple. Takde kerawang, takde emboss, takde wangi-wangi. Sampaikan pekerja tu kena telefon bos dia nak dapatkan harga dan dia kata "Tak ada orang buat kad simple macam ni lagi, jadi harga pun saya kena tanya bos"..
Ye tau...Kad kami memang simple. Sangat simple. Rasa cam bukan kad kahwin pun, ada gak la :P
Inspirasi daripada kad kawin kawan UiTM saya. Masa dapat kad dia, punya la saya teruja dengan idea dia, jadi minta kebenaran nak gunakan idea kad dia. Kad-kad kahwin lain dah tak nampak dah..!
Pada mulanya, saya dan D cuma nak minta jenis material kad sahaja. Strategi yang diajar oleh kawan saya, Nizam. Dia buat kad kahwin sendiri jadi dia bagi tips; pergi ke kedai kad untuk dapatkan gram kad dan jenis material kad. Dah dapat maklumat, selamba keluar daripada kedai dan lepas tu hantar ke kilang kertas untuk print kad sendiri.
Berangan nak buat kad sendiri kononnya. Tapi lepas dengar harga orang kedai tu bagi memang murah, saya rasa, daripada saya pening kepala fikir nak buat, saya lepaskan DIY kad kahwin ni dan serahkan bulat-bulat pada orang kedai.
Tapi kami belum mahu nak lock tarikh.
Jadi saya dan D keluar tanpa buat apa-apa keputusan.
Dah separuh jalan keluar daripada Jalan Pudu, saya kata "jom la tempah". Lepas tu baru la D bagitau pendapat dia. Dia dah memang nak letak deposit tadi tapi bila tengok reaksi saya tak teruja, jadi dia pun ambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Saya pula masa tu bukan tak teruja, tapi sedang berkira-kira, nak buat sendiri atau hantar kedai buatkan.
Terus patah balik ke kedai tu!
Dipendekkan cerita, terus tempah kad kat situ. Satu sahaja sebabnya: Harga berpatutan. Tujuan kami tempah awal-awal, pasal minyak akan naik dalam akhir 2010 ni, jadi kami nak dapatkan harga untuk hari ini.
Jadi akhir bulan 6 nanti, baru kami datang semula ke kedai ni dan bagi maklumat yang diperlukan. Nak siapkan terus, jadi bulan 7 kalau dah siap, baru boleh mulakan operasi ikat riben. Ayah dah pesan, nak edarkan kad masa raya, masa jumpa saudara mara. Walaupun kurang setuju pasal terlalu awal, tapi dah ayah nak, biarkan aja.
D kata: Ok, bulan 7-8 nanti B ikat riben ye?
B kata: B?? D pun ikut sekali ikat riben!!
hihi
Akhirnya, dapat la quotation harga kad yang amat-amat ekonomi buat kami :D Hitam putih, kecik sahaja kadnya. Kad kat bawah tu, tu la kad inspirasi kami. Tapi bezanya, kami tak letak gambar.
Macam saya kata, simple sahaja.
Walaupun awal perancangan kad kami, nak buat pakai kertas yang jarang tu didepannya, tapi lepas dapat harganya, terus batalkan niat. Lepas tengok contoh-contoh yang lain, kami pilih yang lebih praktikal dan ekonomi.
Tips terpenting: sentiasa fleksibel untuk apa-apa pilihan.
Ikutkan hati memang la mahu buat sendiri kad, hantar ke kedai printing, lakukan semuanya sendiri daripada sifar. Tapi dibumi nyata, saya tiada pengetahuan gunakan Adobe Illustrator, jauh sekali ada kreativiti untuk mereka kad. Masa pula amat mencemburui saya dan tak rasa berbaloi untuk drama yang bakal berlaku. Jadi, baik undur diri dan biar mereka yang mahir, membantu kami merealisasikan kad kami.
Semalam, masa chat dengan seorang kawan, dia kata "aku tau ko berusaha keras dalam menjayakan wedding ko so i want to see how much effort you poured into designing your card".
Erm. Effort yang terlalu sikit la kawan. Ko kecewa tak?? :P
Persoalan: Kenapa semua orang jangkakan wedding aku akan jadi hebat & dasyat??????
Masa balik, tiba-tiba terkeluar perbualan ni
D: B perasan tak, wedding kita ni semakin lama semakin jadi simple?
B: Haah! d pun perasan ye??!
D: Haah, masa mula-mula rancang, b banyak sangat idea yg dasyat2. Tapi dah makin dekat dengan tarikh, pilihan B kembali pada yang simple aje.
B: Haah, mungkin D banyak doa kot supaya B amik yang simple2 aje.
D: Hehe. tapi sekurangnya, majlis kita jadi simple la, macam yang D nak.
Kreativiti memang tak terjangkau tinggi melangit, tapi dibumi nyata, segalanya masih indah kan?
1 June 2010
Masa balik, tiba-tiba terkeluar perbualan ni
D: B perasan tak, wedding kita ni semakin lama semakin jadi simple?
B: Haah! d pun perasan ye??!
D: Haah, masa mula-mula rancang, b banyak sangat idea yg dasyat2. Tapi dah makin dekat dengan tarikh, pilihan B kembali pada yang simple aje.
B: Haah, mungkin D banyak doa kot supaya B amik yang simple2 aje.
D: Hehe. tapi sekurangnya, majlis kita jadi simple la, macam yang D nak.
Kreativiti memang tak terjangkau tinggi melangit, tapi dibumi nyata, segalanya masih indah kan?
1 June 2010
xpe, simple pn ok pe...jnji kawin...he3
ReplyDeleteyea..selalunye impian menggunung tinggi..tp kite perlu pijak ke bumi nyata..hehe..yg penting simple tapi nampak indah pada hari bersejarah tu..biar dpt dikenang sampai bila2..
ReplyDeleteecewaahh..ayat tak tahan..hahaha..tp im sure, ur wedding will turn out great..InsyaAllah..
xora, boleh bagitau tak LH creative ni exactly dekat mana?
ReplyDeletei'll be designing my own card (ok bukan diri sendiri tapi cousin). jadi sekarang tengah mencari2 printing company. cousin i advice carik material, size and price dulu and boleh je print dekat mana2 kilang kertas (macam kawan you cakap tu) tapi kilang kertas pun aku taktau celah bedah mana.
Mrs. E: BETUL!!!
ReplyDeleteHana: tu la, last2 kena ukur kain dibadan sendiri.
Moose: kawan saya Nizam kata, ada kilang kertas banyak kat Bandar Sri Damansara, kat situ ada byk kilang. tapi kat Pudu tu sendiri pun ada rasanya. Haah, cousin u cakap tu betul, sama cam kawan saya Nizam cakap. pergi kat kedai kad, tunjuk kat yg kita nak, tanya material semua, dah dapat spesifikasi, sila keluar daripada kedai tanpa rasa bersalah. LH ni kira ok pasal staff dia sgt membantu. masa kami tunjukkan kad contoh, dia dah tau material apa, then dia tunjukkan contoh2 kertas lain yg boleh digunakan juga. LH ni dekat jalan Pudu, saya tak pandai bagi direction pasal saya dan D pun kan tersesat :P tapi once dah jumpa jalan pudu, kamu akan perasan ada kedai mamak (tak igt nama, sorry) dia berdepan/ dekat dgn kedai mamak tu. kedai kat tepi tau.
xpe la xora.. mmg selalu cmtue.. back to the basic kan? sama lah kita.. idea mcm2, tp bila nak laksanakannye, terus balik kepada yg simple. ;)
ReplyDeletesalam, sis.
ReplyDeletetahu tak kat mane kad kahwin yang menyediakan tulisan calligraphy. dah try cari tapi tak jumpe. adeh! ):
dear....we have the rite to dream..bcoz it beautiful...but when it come to real life, wat we have is much more beautiful...bcoz dat ours...in dream, it juz dream...
ReplyDeleteAifa: back to basic--cam tajuk album christina aguilera! :D haah, kadang2 sesuatu yg simple tu lagi selamat.
ReplyDeleteAda: Hari tu saya penah baca kat blog siapa tah dia ada cite pasal calligraphy, tapi tak dapat nak recall siapa...!tapi yg saya dapat igt, ada blogger yg cari penulis calligraphy sampai ke Petaling Street.
hye dear,
ReplyDeleteme too im going to tempah kad kahwin kat LH creative..ari tu mase expo ape ntah kat midvalley, kitorng dah letak deposit rm50 utk dapat harga promotion..mmg kat situ manyak gileeeee pilihan and price sgt sgt reasonable
awal2 dulu pon ade verangan jugak nak kad yg special sket..harga sume tolak tepi..but once bile kite betul2 dlm track utk persiapan for our wedding..baru la rase kat mane kite kne spend more, kat mane kite kne spend less..where u have to put ur effort to the most etc..
i agree with u, we have to be flexible..otherwise, sure jadi super monster bridezilla nanti..hihihi =)
simple x semestinya tak meriah and x best kn... kita yg wat dia bukan dia wat kita... :) ringkas itu indah...
ReplyDeletekadang-kadang tu, less is more, dear..simple tak semestinya tak cantik & tak meriah..and grand pun tak semestinya meriah kan????
ReplyDelete:)
hehe. sama ah cam kita dear. impian tinggi menggunung. tapi, last minit buat seadanya sahaja. okay ape. biar simple janji terbaek! :)
ReplyDeleteharga minyak naek akhir 2009? bkn skrg 2010 ke?
ReplyDeleteAmalina: ye amat betul! kena dapat sense back, baru cam "em takpe let goooo"
ReplyDeleteC.Fiza & Zaa, saya suka apa yg korang tulis. pendek tapi padat.
Thal: realisasikan apa yg mampu dulu kan?
Anony: typo error alert! thanks :D
xora, jalan pudu ni yang area puduraya tu ke? ke area penjara pudu tu?
ReplyDeleteMus, D kata kat bas pudu.!
ReplyDeletei love simple n sweet..so u punya pun sure still sweet kan?
ReplyDeletelh creatice ni depan cket dpt times square tu pn ade kn.dkt ngn pnajra pudu tu..
ReplyDeletekt ctu puna de due. yg depan tu kre mcm showroom die la.. i ade ikut kwn i pg pilih kad dulu kt ctu.mmg byk gile kad. pastu die siap boleh bg kite bwk 5,6 kad yg berkenan bawak balik nk tanye bapak ke..mak ke.. nk pilih mane.
murah pun murah.
aritu kwn i beli yg 80 sen,dpt free bunting
Farah, simple tu ada, sweet tu tak pasti lagi :p
ReplyDeleteNona: haah! dia suruh bawa balik. saya lak takut nak bawa balik. lagi pening lak kang. :P
kak, saye nk bajet belanjawan kawen tu bley? emel :detolnadia@gmail.com. thanks!
ReplyDeletesetuju ngan cik xora..berpijak di bumi nyata lebih baik drpd menanggung masalah kemudian hari.. =)
ReplyDeleteape2 pun..simple selalunya lebih baik..
kadang2 majlis yg omputih buat.. nampak macam lagik ringkas daripada kita yg melayu nie buat kan..? ( mcm semak saja..rata sudut umah nak dihiasnya.. huhu )
ReplyDeleteoleh kerana adat.. bakal pengantin byk berhabis duit utk merealisasikan majlis kawen yg penuh adat iteww..
pada cik senah..bila pikiaq2 balik.. rasa malas nak buat pelamin bagai nak rak.. hias bilik sampai over2.. just nak buat hat mudah2 saja.. ( biaq ja apa org nak kata.. kita bkn mintak duit depa pun.. )
buat takat kita mampu... yg penting dahulukan AKAD NIKAH.. nak jamu tetamu makan tue.. buat patut padan sudah lahh ( buat lauk lebih pun satg.. membazir saja ).. janji kita jemput dan war-warkan yg kita nak kawen kat depa semua.. betoi dak..?
p/s : pendapat cik senah saja.. jgn ada yg nak kontroversikan pulak naa.. lain org.. lain impian perkahwinan dia.. kan..?
Xora, even makin lama majlis xora jadik simple, but still saya teruja utk sentiasa baca n amek segala tips..heheh..
ReplyDeleteso..utk kad kawen ni ..request by my other side utk kongsi je..but then, since we all ada 2 pasang pengantin n meaning 3 majlis.....idea tu mcm limited...plus..dah byk kepala masuk campur..sure2 la lagi serabut kan? :D
so..plan asal saya nk DIY sendiri terus mcm cancel...n mcm redha n setuju je la apa yg dipilih oleh pihak si dia n adek nya utk wat pilihan..huhuh..
Thank tuan punya tanah, Balkis...
ReplyDeleteAda juga nama saya terselit kat blog hebat ni. :D
>> jgn risau, on ur BIG day nnt, suma nya akan nmpak hebat..
ReplyDelete>> saya pon buat kad kat LH Creative..after survey byk tmpat, LH yg terbaik..service bagus, order cepat siap and harga berpatutan..saya mmg sokong buat kt LH..(pehh promote nih..hihi)