Salam dan hai
Saya dah terima CD pre wedding kami daripada A.Rashdi of Peveyheck. Untuk albumnya, saya dan D ingat nak ambil lepas raya. Pasal tiada keperluan sangat pun untuk album kami siap awal. Yang penting, gambar-gambar asli dah dapat.
Pada kawan-kawan yang dah pernah tengok kompilasi gambar-gambar photoshoot daripada mana-mana OP sekalipun, mesti tau kan betapa peningnya dan banyak nak tengok gambar-gambar yang dah diambil kan?
Macam tu juga la dengan saya. Nak kena tengok satu-satu dulu baru dapat buat pilihan. Memang penat tapi seronok! Akhirnya, selepas dua hari melihat satu-satu gambar, saya buat pilihan dan edit pakai adobe untuk dapatkan size yang sesuai dan letak watermark.
Semalam saya sempat siapkan aturan gambar untuk video Save The Date saya, yang mungkin juga boleh dijadikan e-invitation sekali. Walau susunan gambar dah teratur, tapi idea untuk video ni, saya rasa masih belum ada unsur "umph!" yang saya cari. Masih banyak yang kurang daripada segi penyampaian idea untuk video saya ni. Kurang pasti apa elemen yang hilang itu. Tapi tak tau macam nak naikkan unsur tu. Mungkin kena tukar gambar, mungkin kena masukkan sedikit teks, atau mungkin masukkan unsur drama cinta sikit. Segalanya mungkin!
Ni sedikit kerja saya mengedit menggunakan Window Movie Maker. Pakai program asas sahaja, cukup la. Ini pun tak terbawa! Hihi. Lagipun, A.Rashdi ada kata, kalau nak dia buatkan slideshow untuk tayang kat dewan nanti pun boleh. Jadi kalau jadi untuk buat tayangan video, saya serah sahaja bulat-bulat pada yang arif. Yang saya buat ni untuk kepuasan sendiri. Boleh masukkan dalam Facebook atau e-kad. Lebih personal.
Bila ketandusan idea, maka harus la berhenti dulu. Idea tak boleh dipaksa. Nanti ia datang sendiri.
Kongsi sedikit gambar video Save The Date saya (atau pre wedding, e-kad, apa sahaja yang sesuai untuk dipanggil :P).
Selesai putaran zamannya: Sekolah, Universiti dan Kerja. Terima kasih A.Rashdi untuk idea bernas buat pre wedding 3 zaman! Terutama adengan lamaran tu!- walau itu tak berlaku tapi ingat motto "Berangan ittew indah!" Saya suka! Lepas ni InsyaAllah kalau sampai majlis kami, lengkap la perjalanan cinta kami :D
Sumber: Peveyheck
Bila saya tengok semua gambar-gambar ni, syukur juga bila saya cerewet dalam hal sekecil macam jam tangan, cincin dan gelang pun, saya nak tukar untuk zaman berbeza. Idea A.Rashdi untuk D cukur misai untuk shoot zaman sekolah, memang bawa perubahan usia. Dalam gambar, hal sekecil tu pun, dapat bawa perbezaan ya.
Harap-harap, idea dan mood ni jangan la datang lambat sangat :P Meraban aku karang nak mengedit!!!
Nota: Hari tu ada blogger yang tinggalkan komen kat salah satu post saya, minta exchange link. tapi saya sudah lost track post yang mana. Kepada empunya diri dan mana2 B2B yang nak exchange link, tolong emel pada saya. Lebih mudah untuk saya keep track. Maaf & terima kasih ye!
2 Jun 2010
ajar sy cmne nak exchange link blh x sis? im a new blogger..haish..malu2... new blogger yg pemalas sbnrnye =P
ReplyDeleteRazriha, saya tak tau kalau2 ada cara nak exchange link selain daripada sepakat nak tukar dengan blogger lain. Macam saya, saya jenis suka list blog saya suka kat tepi blog saya, jadi saya mudah nak keep track dan saya ingat siapa yang saya baca. ada blogger yg tak kisah exchange, ada yg kisah. Jadi kadang2 ikut kepada individu.
ReplyDeleteOh, lupa nk bgtau. saya sudah add blog kamu dalam "mereka merancang"
ReplyDeletexora,
ReplyDeletei just cant wait to see the outcome! mesti menarik!
dear, lets exchange link.i've linked u..=)
ReplyDeletewahhh..beshnye!tak sbr nak tgk u punye save the date tu..=)
ReplyDeleteeh, i linked u.u linked i tak?haha [perasan sungguh].
ya Allah, kreatif gila..
ReplyDeletejeles!
T.T
Mawar & Meeya: saya dah add korang kat link saya ye! thanks pasal bagitau.
ReplyDeleteAifa: ni penyakit malas dan otak tepu sudah merebak ni. Tak tau bila nak buat :P
Wani:oh, saya anggap tu pujian :P terima kasih! Terima kasih kat OP dan props yg banyak tolong saya dan D :)
xora,
ReplyDeleteexchange link jom! i ♥ 2read ya idea everyday...keep in touch ya!u r so creative...
B.Nakal: dah, tapi saya letak under nama Aina, url blog kamu. Boleh ye? senang nak address kamu.
ReplyDeletex sabar nak tgk..huhu..
ReplyDeletekagum pada cerewet xora..hehe..
xora, tak sabar nak tengok hasilnya.. tahniah xora! good job!
ReplyDeletebabe..kamu sgt rajin!!! good job!!
ReplyDeleteni u nk wat cm montage eh? mayb if u nak ade here and ther umph dier..u can make a short video..bkn photo at the end of it like a small ucapan or something.
ReplyDeletemy fren gune movie maker je jadik ni..we did it for our ethics klas
ni link dier..mayb u cud steal some ideas cara nk wat the short clip nnti
http://www.youtube.com/watch?v=5-y5J5WwAQk
and this one of him and his gf he did
http://www.youtube.com/watch?v=0isKzbNuEpQ
check it out
Ryna: jgn expect menggunung tau. saya nye skill amat amatur. huhu
ReplyDeleteBelle: ye saya pun tak sabar nak hasilkannya!! berusaha!!
Farah: terlebih rajin smp sudah tepu :( thanks farah!
Kay: hugs* thank u very very much!! nanti saya tengok ye (lepas opis hour pasal opis block Youtube! :O mad mad!!)
ahah! sumpah kamu sgt rajin buat video sndr. saya? nak jugak buat tapi kemalasan tahap gaban dah ni. i punye diy kad tu [un lagi 300pcs, tu pun rasa nak muntah sbb x siap-siap lagi.
ReplyDeletecan't wait to see the result! :D
Pening kan bila tengok gambar beratus-ratus? Hehe.. Takpe, slowly. I'm sure bila video tu dah siap nanti sure best! ;)
ReplyDelete