20 May, 2010

Walimatul Urus Cuti Sekolah


Salam dan hai

Cuti sekolah mesti akan ada banyak kenduri kahwin. Mestinya.

Kadang-kadang , bila ada jemputan bertimpa-timpa, satu keburukkannya, saya mungkin terlupa atau terkeliru jemputan yang mana dulu, di mana dan bila.

Jadi memandangkan saya tak reti nak letak social calendar kat blog, saya tulis sahaja la macam ni. Buat ingatan diri sendiri.

5hb June ni saya ada tiga jemputan.

Asha kawan UiTM Segamat saya. Mereka ni bercinta daripada zaman UiTM lagi. Kekal alhamdulillah.


InsyaAllah, berkesempatan nak pergi ke majlis Asna kemudiannya.


Ada satu lagi jemputan daripada Aliff. Saya apat jemputan dari belah perempuan, Along Fridaus. Yang belah lelaki ni, jemputan utk D pulak. Jadi insyaAllah, pun pergi. Tapi rasanya destinasi akhir sekali pergi. Kad takde pasal dah bagi D, lupa nak snap. Kad dia pun pakai kartun-kartun juga.


Dua lagi jemputan untuk 6 Jun ni.

Satu di Dewan Banquet UPM, satu lagi di Serdang. Aliana dan Yazid, dua-dua ni kawan daripada sekolah rendah lagi. Nasib majlis dua-dua dekat-dekat sahaja, jadi sempat nak lari ke sana sini.




Bila saya tengok printer kad ni nama CJ Print, teringat masa treasure hunt hari tu. CJ Print ni antara salah satu jawapan untuk soalan kami. Yang ni dapat jawapan betul! hihih. Pasal tu boleh ingat lagi.


11 dan 12 Jun pula, majlis Laling di Kedah. Harus turun dengan ibuayah. Dulu masa wedding abang saya, Laling banyak tolong. Lagipun, dah alang-alang ke Kedah, panjangkan langkah ke negeri-negeri berdekatan nak shopping barang kahwin, kalau ada yang berbaloi! Suka kad Laling, pasal even hitam putih, tapi kemas dan besar.


Bila tengok senarai event di FB, InsyaAllah satu hari nanti, saya punye event pun ada :D



Nota: buat B2B yang sedang mencari rawatan spa dan sebagainya, harap boleh luangkan masa sikit baca post berkenaan Facial Gold yang semakin popular ni di blog SK.



20 May 2010

11 comments:

  1. lynn pun terima banyak undangan perkahwinan jun nie...aduhai...pening kepala nak memikirkan nak pergi yg mana satu...

    ReplyDelete
  2. Haah Lynn. nasib kalau baik, majlis dekat-dekat cam kes saya kali ni, lega la gak pasal leh lari2.. tapi yg sempadan negeri tu yg kena fikir mana nak gi dulu..

    ReplyDelete
  3. iyealah..hana sampai kena terbang dr KB ke KL pastu ke Seremban utk kenduri bulan Jun..huhu..itupun ada lg kenduri member yg terpaksa dikorbankan..huhu.

    ReplyDelete
  4. oh xora.. i pun tgh nak listed jemputan2 utk bulan 5 and 6 neh.. huhu

    ReplyDelete
  5. wahh..dah upload gambar kad kawan2 yer...
    saye nak buat, tapi takde mase nak snap pict kad diorg la pulak..
    dah berderet kenduri nie..
    kenyang nasi minyak je la cuti nie :)

    ReplyDelete
  6. Beb..kalau pegi ke arah kedah.jangan lupa ke perlis..ada padang besar..kat situ bole shopping or top up barang kahwin..murah pun murah..then hari sabtu, ahad ada pasar di wang kelian..pasar tu panjang sampai sempadan thai..banyak benda2 menarik bole di beli..

    ReplyDelete
  7. tue la byk org kawin 5-6 jun ni..kdg2x x tau nk penuhi yg mana 1..semua nampak ptg...

    ReplyDelete
  8. Cik Xora,
    saya pun tgh ada pesta kad kawen.. tiap2 mgu dapat kad kawen kawan2jauh dan dekat hehehe :) sampai kena perli ngan staf2 suma.. kad org dh dapat, kad sendiri bila pulak huhuhuhu~~

    ReplyDelete
  9. kita pun ada 3 wedding invitation 5 hb. 6hb ada satu. tiap2 minggu bulan 6 ni penuh dengan wedding invitation. InsyaAllah akan cuba memenuhi mana yang termampu. :)

    ReplyDelete
  10. wahhhh xora...sama ngan fara la..full!!

    ReplyDelete
  11. banyak kan undangan kawen....
    musim mengawan..:-)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)