Salam dan hai
Mengalu-alukan kehadiran pembaca tegar secara pukal:- Nadia ; Afifah Lee ; Lynn Hamzah ; Ainabdknakal; Nilzaf Melati; Ms. Liana; Noor Diana; E*ein; Adda Sharif; Didieadila; Noranis
Menggenapkan kepada 230 pembaca tegar. Terima kasih ye. Tapi ada yang takde link blog mereka dalam profile. Jadi yang link, saya cuma link kan mereka yang ada link dalam profile blogger mereka.
Kali ni saya nak bercerita tentang majlis makan-makan. Nak kata parti bujang, tidak la juga pasal cuma makan malam yang tenang tanpa unsur-unsur liar.
Semalam, saya dan Reen buat makan-makan sikit untuk cik Wan Laling yang akan berkahwin lagi 3 minggu ni.Takde upacara nakal-nakal pun. Cuma nak borak-borak sahaja tentang hal-hal kahwin ni.
Tepat 5.30, bergerak dari office ke IOI mall. Kereta Reen ada CJ7 yang begitu banyak! CJ7 belaan Reen.
Destinasi kami TGIF.
Cik Wan sungguh serius memikirkan menu.
Pilihan kami.
.. Sebab tu tak suka kurang berat badan. Bila saya kurang berat badan, saya akan gembira. Bila gembira, nafsu makan bertambah-tambah.
OK, esok ke gym!
Sebenarnya, kemuncak makan-makan semalam tu, adalah nak bagi hadiah kinky sikit kat Cik Wan. Dia beria kata nak. Walaupun saya dan Reen tau dia saje-saje, tapi apa salahnya merealisasikan impian dia seorang bakal pengantin yang inginkan .. erm.. sesuatu yang bersesuaian dengan semangat seorang pengantin baru nanti :P
Dah seminggu beli hadiah ni. Susah juga saya nak simpan rahsia daripada Wan, tapi kena gak simpan. Baru la kejutan. Sneak sikit...
Reaksi Wan?
Sedikit histeria+malu+gembira+terkejut+teruja.
Video ni dah upload semalam dan OK aje. tapi pagi ni missing katanya. Nanti saya upload kembali ye?
Kami bercakap tanpa henti sepanjang makan-makan tu. Tak tau ngapa tak penat. Siap refill lagi ice lemon tea. Rasanya staff TGIF sampai kena bagi kami bil, petanda "sila la balik ke rumah cik oi, esok tak kerja ke?".
Majlis makan-makan sangat simple tapi kami suka pasal sangat produktif, terutama hal tentang persiapan majlis. Bincang pasal vendor, pasal perjalanan majlis, kengerian masa majlis berlangsung, dan macam-macam lagi. Seronok bila semua pun menuju ke arah itu.
Seronok saya dan Reen pasal kami yang bagi hadiah kawin pertama untuk Wan. Suka-suka! Pasal kami rapat, jadi tak terasa segan sangat bagi hadiah kinky cam ni. Tapi kalau tak rapat, agak janggal la pulak.
Tengah hari ni bakal bersambung lagi ekpedisi menuju ke gerbang perkahwinan ini insyaAllah. Mahu terjah satu butik baru ni, temankan Reen.
Butik siapa? Nanti saya update kemudian ya?
Oh ya, apa ye hadiah kahwin paling kinky korang pernah bagi kat kawan?
21 Mei 2010
owh ko updet sgt cepat! semalam best! suka yg appetizer tu :p
ReplyDeletexora: adakah itu lingerie set? hahaha..hana ingat hana penah bg lingerie set kat bff hana..siap hubby dia kata pakai yg hana bagi jgn pakai yg lain..sebab amat sexy..wakakaka..
ReplyDeletelingerie set or nighties memang jadi salah satu pilihan saya kalo nak bagi hadiah kawen kat member..kalau tak la senza, triumph pon okayy..! seronok bila dengar cita member yang hasilnya enchek suaminya sukaaaa!! :D
ReplyDeleteehem ehem...ixora dan reen, mekashih hokkeh...kerna aku pn x sempat nk g tgk 'baju sexy' itu... terkial2 jugak ler aku mlm td...nk gelak pon ade...thx korang...muahxxx
ReplyDeletelingerie yg berkaler seksi! :) tp penah skali tuh, my frens & i pakat2 kasik hadiah handcuff set kt bff i time wedding die. lawak gile.
ReplyDeleteMee maggi hahah =p
ReplyDeletei bagi kondom for my friend yang kawen. a guy. =D
ReplyDeletehee. tak pernah lagi bagi hadiah kinky cam gitu kat kawan.
ReplyDeletetapi, rasa cam nak beli sendiri untuk diri sendiri. ahahaha ;p
dear all, cis ingatkan kami dah habis kinky! tapi rupanya ada yg lebih kinky ye? kondom pun jadi? haha. camne ye upacara bukak hadiah tu. oh handcuff tu Wan dah kata dia akan balas dendam pada saya dan Reen :P Asna, mee manggi takde saing dengan kopi tongkat ali? :P
ReplyDeleteadoiiii xora..sedapnya...terliur nii
ReplyDeleteibu sgt sgt comel sbb saya dapat hadiah lingerie set dari beliau..
ReplyDeletetersipu2 malu i, ibu sendiri sporting bagi lingerie..
haha..
kawan2 pun tak berani bg lingerie..
Xora,
ReplyDeleteThanx sb xlupe kite..hi²....
wow..its very kinky! love it..he²...
cis, lapar..lapar..
ReplyDeletexde yg kinky..seme skema jer..hehe..
ReplyDeletei bagi condom+lube+ emergency contraceptive pills (yang terdapat dgn murahnye di mana2 pharmacy di india)
ReplyDeleteterdiam minah.hehehe
another one lak my senior...i burn DVD kamasutra,secret garden and permata yg hilang skali ngn ebook dier sume. wat jadi guidance for him..and his wifey.
yg tu i tak sempat tgk reaction dier
ada yg lagi extreme dari kite!
ReplyDeletesy n BFF sy pn penah wat pakatan masa study dulu.. sape2 kawen akan bg hadiah cmtu hehehe.. tapi mmg funny gak la... sbb masa wedding dia kitorg tanya dh pakai ke blom... :P
ReplyDelete