19 May, 2010

Flash-Mob-- Bukan Flasher!

Salam dan hai

Siapa pernah tengok Flash Mob secara life? Sila angkat tangan?

Siapa yang terlibat dalam Flash Mob? Sila angkat dua tangan?

Siapa tak tau apa itu Flash Mob?

Dari segi definasi, Flash Mob: A large group of people who assemble suddenly in a public place, perform an unusual action for a brief time, then quickly disperse [Wikipedia]

Saya pun tak tau mengapa saya nak tulis tentang Flash Mob kali ni. Mungkin saya tertarik dengan konsepnya, yang rata-rata kalau berlakunya Flash Mob, mesti orang sekeliling yang tak biasa dengan konsep ni akan bagi "WTH-look" kat penari-penari ni.

Keliru*

Teruja*

Kurang pasti perasaan*

Melarikan diri*

Walau apa pun reaksi daripada orang sekeliling, yang pasti Flash-Mob ni memang akan buat semua orang bagi perhatian!

Saya tak pernah terfikir yang Flash Mob ni boleh dipraktikkan dalam majlis kita. Tapi bila saya tengok video Flash Mob Maxis iPhone, pada waktu 3:30. Ketika semua penari menari lagu Siti Nurhaliza tu, tiba-tiba saya terfikir
"Kenapa tidak?"

Sila perhatikan makcik berbaju pink tu menari pda 3:14. Pergerakan agak teragak-agak. Tapi bila masuk lagu Siti, terus sahaja makcik tu 'menurun'! Go makcik!!





Majlis kita tetap perlu kekalkan kemelayuannya. Saya tidak mahu sampai ke satu tahap, kita mengalu-alukan budaya luar lebih daripada budaya kita sendiri. Kesopanan dan kesusilaan tetap kena jaga. Kita ada budaya kita sendiri, tak perlu penjadi pengikut.

Ingat, kita kan ada joget lambak?

Kekalkan lagu dan tarian tradisional kita. Cuma mungkin kita boleh mengambil sedikit idea Flash Mob ni daripada segi kejutan kepada penonton.

Bermula daripada 5 orang menari, kemudian bertambah lagi 5 orang, kemudian sebelum kita sedar, berpuluh-puluh orang menari. Bagaikan berjangkit kan? Baru la betul Flash Mob! Bukan terus beratur ramai-ramai, kemudian menari. Tu dah dikira 'Mop' terus!

Mungkin kah makcik semeja dengan antara penari yang menari Zapin?? Atau budak depan kita tengah amik lauk, tetiba bukak silat.

Element kejutan macam ni rasanya masih jarang berlaku. Tak perlu hiasan mewah bagai. Dapat kumpulkan beberapa kawan rapat yang sanggup menari zapin, bersilat ke, tentu meninggalkan kenangan serba baharu buat kita dan tetamu kan?

Pergerakan yang serentak tak penting. Kadang-kadang, ketidaksempurnaan itu yang menjadikannya sempurna.

Sekadar idea daripada saya. Mungkin ada B2B yang boleh realisasikan idea ni, siapa tahu kan?

Nota: Apa kes ni saya dengar dari kawan2 B2B yang ngadu, ada banyak problem dengan butik Dzull sejak K.Ina dah tak kerja situ? Dengan baju M.I.A, kasut sebelah aje jumpa (hapa,ingat ni kes Cindarella?) sampai la baju yang belum-belum siap. Jadi saya rasa, pada B2B yang masih mencari nak hantar ke mana, mungkin boleh fikir dua kali sebelum hantar ke Dzull, atau sehingga pengurusan mereka dah OK kembali. Bagi yang telah menghantar, jangan panik. InsyaAllah OK. Cuma mungkin bakal ada sedikit la drama-rama yang tak dapat dielakkan.


19 Mei 2010

10 comments:

  1. lynn x pernah tengok flash mob nie secara real tp melalui video yang ada dlm entry nie rasa mcm teruja pun ada...ala2 joget lambak gitu...

    ReplyDelete
  2. sabtu nie baru nak g amik baju kat dzull. jgn la ada drama yang berlaku sebab aku yg beria ajak en b tempah baju kat situ :(

    ReplyDelete
  3. dh tgk hunnymadu punye reception??diorg menari lagu beyonce and wonder girl..sgt kewl!

    ReplyDelete
  4. hehe..x penah dgr pasal flash mob nih..

    cuma..nak share masa hadiri majlis kawen adik en.fika ( kelly ) ngan wifenya ( wati ) di tawau, sabah..ada perhatikan budaya melayu chocos yg sgt unik..

    dan ada tarian poco2 semasa mahkis sanding..sgt meriah!

    ReplyDelete
  5. ohhhh xora! besh nya flash mob nie. kalo saya ada di tempat kejadian, mesti dh join skali.. suke sangattttt!

    ReplyDelete
  6. Lynn: versi joget lambak :P

    Reen: sila sms dlu k.ina ok psl dia still entertain customer lama.

    M.Butterflu: dah tgk, tapi tak prefer sgt pasal terlalu moden.

    Ryna: Ryna, ada video tak? nak tgk......

    Aifa: saya pun teringin nak join! biar la step ke laut sekali pun :P

    ReplyDelete
  7. sy dah ambil mgu lps.itu pun ambil masa yg lama jg nak cari kain lagi 1.nasib baik baju dah siap.lega sgt.cuma ada sedikit xkemasla..dan ramai customer tunggu baju diorg.ada sorg customer tggu lg awal dr sy pon masih xjumpa baju dia lg..

    p/s: yg lain doa byk2 yg baju tu semua ok & siap.
    -adah-

    ReplyDelete
  8. sy x pernah tgk flash bob nie... tp rasa nyer, penah terbuat masa dinner party, kes nyer.. sowang student menari, pastu di ikut oleh sume student, pastu sume guru pown menari....(ikut gaya masing2)

    ReplyDelete
  9. dear, sib baik xhantar kat Dzull..nyaris gak nak antar hehe

    ReplyDelete
  10. xora!! i reallly wish my family so sporting to do something like this..
    berangan aa..huhuhu..

    diaorg ikut lagu i've got feeling masa anniversary 100th Oprah show..mmg cool gila..diorg buat satu town..suprisedkan oprah. try search kt youtube..

    errk..baru bercadang2 nk ke dzull..mau meraung kt situ..

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)