17 May, 2010

Penggunaan Teknologi Dalam Majlis Perkahwinan

Salam dan hai

Saya nak kongsi gambar ni.

Tadi saya buka profile salah seorang pembaca tegar yang baharu.
E*ein

Saya selak-selak, tengok gambar tunang dia, tup2, berkenan gila dengan
1 gambar dia ni.

Sumber: Luniecookie

Sangat comel!! Nampak tak laptop tu? Kalau zoom lagi, boleh nampak pantulan imej OP tengah amik gambar.

Kawan-kawan di oversea atau yang tak dapat datang disebabkan jarak, boleh tengok majlis secara langsung kan melalui teknologi. (Iye Yati, aku maksudkan ko. Nanti
Fidot kawin, ko Skype ye sepanjang majlis :D)

Teknologi sepatutnya mendekatkan kita, bukan menjarakkan.

Cerita sampingan: HIV Test

D kata, nanti sebelum puasa, dia nak kami buat HIV test. Ikutkan daripada maklumat kawan-kawan yang dah buat HIV test, kami boleh buat di Poliklinik Seri Kembangan, tapi cuma pada Hari Selasa dan Rabu, 2-4 petang sahaja. Nampaknya, kena amik time off, tak pun half day terus. Boleh uruskan hal-hal vendor yang lain juga.

Jadi, untuk warm-up sebelum buat HIV test, saya buat yang kat bawah ini dulu.

Kempen Derma Darah di pejabat saya minggu lepas.



Dah kena amik 450ml, kalau setakat secucuk dua untuk HIV test, InsyaAllah boleh!!




17 Mei 2010

9 comments:

  1. hoho mmg hebat la.. yup teknologi mmg mendekatkan kita semua.. hem sue xpernah terfikir pun cara itu.. hehhe ape pun,mmg sgt2 bgs idea tue.

    ReplyDelete
  2. sweet la kawan pengantin hold laptop untuk kawannya di oversea turut serta dalam gambar! ;p

    ReplyDelete
  3. ada kwn sy after derma darah badan dia terus naik..tp xtau la klu org lain..hope maintain je la

    ReplyDelete
  4. Sue n Thal: best kan idea tu? jarak bukan lagi alasan :D

    Sara: saya pun ada dengar org kata cam tu. tapi so far alhamdulillah, masih OK (oh masih terlalu awal nak cakap kot :P, tapi mg selera makan naik pada hari derma tu. hihi)

    ReplyDelete
  5. OMG!!!! gambar i!!!!
    hahahah..
    kang kawin pon mungkin kne buat lagi cmni.. tp kali ni 3 laptop pula

    ReplyDelete
  6. hmm..tahniah sbb derma darah sbb ryna x berani..nak test hiv yg cucuk macam semut pun separuh pengsan..kalaua mbik darah..pitam kot..huhu..

    teknologi mmg berguna bila saat2 kejauhan..x yah di majlis perkahwinan..teknologi sgt pntg pada ryna n en.fika..

    kalau xde teknologi..kisah cinta kami pakai burung la..hehe..

    ReplyDelete
  7. dear..jgn pengantin pun duk dlm laptop dah...

    ReplyDelete
  8. huhuhu bagus2 derma darah..ehh xora, cyberjya treasure hunt ari tu menang x? i heard from my housemate, soalan susah giler huhu

    ReplyDelete
  9. Ein: gambar best harus ku pinjam! :P

    Ryna: haah, cabaran ye bila suami isteri berjauhan. yg penting, teknologi mendekatkan dua jasad yg berjauhan :D

    Harz: Oh, ngeri!! harapnya tidak! :D

    Farah: mesti la tak menang :P giler susah nak pengsan soalan T.Hunt tu. ada ke satu soalan tu tanya, pasal penyampai radio sinar FM dan lagu negeri sembilan. Ada satu restoran tu, restoran mak engku. ramai la jawab yg itu. tup2 rupanya, jawapannya restoran lengkuas! pasalnya, 'Engku' dalam lengkuas tu, krianya mak engku @raja azura. then L dan S tu mewakili Lagu negeri Sembilan. A tu penambahan. ada ke patut??!!!! ciss!!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)