18 May, 2010

Jangan Mulakan...!


Salam dan hai

Semalam kawan saya minta saya carikan idea untuk 'Save the Date' dia. Dia bakal buat pre wedding hujung minggu ni dan sudah ada idea kasar macam mana dia nak realisasikan, tapi dia cuma minta saya tambah apa-apa yang kurang.

Jadi saya pun mulakan sesi dating bersama abang google pada waktu bekerja :P

Satu-satu gambar saya emel pada dia.

Kesudahannya, dia sudah pening pasal terlalu banyak informasi dan idea.

Aku dah kata, jangan bagi aku mula..














Sumber: google images


Saya rasa, paling berbaloi kalau kita ada buat sesi pre wedding, kita buat kan sekali pose untuk "Save the Date". Ikutkan, tiada keperluan untuk buat "Save the Date" dalam konteks budaya kita. Tapi saya rasa, satu usaha yang bagus daripada pihak bakal pengantin kalau buat "Save the Date". Bak kata, pemanas pembukaan sebelum upacara yang sebenar berlangsung.

Kalau di luar negara, biasanya mereka akan pos poskad atau kad 'Save the Date' kepada kawan-kawan, tapi saya rasa untuk kita, mungkin cara tu tak berbaloi. Sebabnya bilangan jemputan kita biasanya berkali ganda daripada bilangan majlis di barat. Pos juga melibatkan kos yang boleh tahan mengaum. Jadi, kita gunakan teknologi sedia ada, macam post saya semalam , gunakan Internet!

Saya rasa, mungkin idea "Save the Date" ni sesuai kalau kita jadikannya untuk gambar dalam Event di Facebook atau Friendster. Kalau pun ada kawan-kawan yang tiada FB/FS, kita boleh emelkan gambar tu kepada mereka.

Ada ke orang takde emel? Walau emel pejabat sekalipun? Mesti ada kan?

Jadikan suatu jemputan itu lebih personal daripada bakal pengantin kepada tetamu. Tak perlukan usaha yang terlalu bersungguh-sungguh pun. Buat ikut citarasa masing-masing, mesti dapat menghasilkan kenangan yang indah, bukan sahaja pada pengantin, tetapi juga pada tetamu.

Idea tersekat? Sila dating dengan Abang Google!

18 Mei 2010

10 comments:

  1. save the date ssi utk kita2..bagi ingatan..

    dan suka idea2 si atas..kiut2 n suwiit..huhu..

    ReplyDelete
  2. tqqq..!! kerana bg cik senah idea utk "save the date " a.k.a outdoor photoshoot cik senah & encek tunang..

    p/s : jasamu dikenang.. ;p

    ReplyDelete
  3. save the date penting kot. even bukan budaya kite tapi kalo bagoooosss tak salah dipraktikkan.

    ReplyDelete
  4. untuk di jadikan kenang kenangan kan....
    depends pada individu la kan..:-)

    ReplyDelete
  5. xora: waa..sgt berbaloi bace entry ni...sy suka..lg2 pic no.6 tu cute miut sgt..hehe..tenkiu xora for sharing.. =)

    ReplyDelete
  6. dear..i suke idea video save the date yg u prnh post kat sini dulu....alaa, yg ur fren punya yg u amik dr fb tu...sgt comey n kreatif kan...
    ermm, byk bnda yg i usahakan tuk wedding i dulu...tp pas kawen i still blegar2 kat blog2 kawen ni...kompem bila adik2 i kawen pun i nak amik alih..haha..mmg giler kuasa kan..kuasa b2b x hbs2..hehe..

    ReplyDelete
  7. ko memang. sapa sini ada scrabble? hehehe

    ReplyDelete
  8. Ryna n Acik: haah bergantung pada individu dan kalau sbg tanda ingatan, apa salahnya usaha lebih sikit kan?

    Senah: hih. hamek hamek.. takpe saya pun dapat free :P

    Osh: betul tu, budaya baru tapi berfungsi juga kan?

    Niza: yes indeed! sharing is caring!

    Harz: oh video yg tambat hati semua tu kan! cantik pasal dia simple kan? saya nye nanti pun dalam bentuk video insyaAllah :D

    Reen: sapa suruh aku cari. kan aku dah takleh stop! :P hapa scrabble? pelempang nak? jgn tamak, sila fokus! if tak, aku geget ko

    ReplyDelete
  9. kak xora. saya sokong dengan pandangan kak xora

    ReplyDelete
  10. ok! idea menarik! boleh direalisasikan minggu ni. hihi

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)