Salam dan hai
Hampir setiap minggu dalam bulan lima ni, saya ada jemputan perkahwinan. Bertindih-tindih hari yang sama.
Kalau tiada jemputan pun, ada aktiviti gembira macam Treasure Hunt ni.
Seronok sebenarnya bila setiap minggu ada keramaian. Sekurangnya, dapat la larikan diri daripada fikir hal kahwin ni.
Walaupun ramai B2B yang anggap saya amat tersusun dan terperinci dalam perihal persediaan majlis saya berdasarkan apa yang saya tulis, tapi realitinya, tidak. Perjalanan persiapan saya, seperti juga macam saya memandu kereta ke tempat kerja. Ada aje bonggol di tengah-tengah perjalanan. Ada masa, saya kena juga tukar gear, kadang-kadang bila ada tupai melintas, kena terus break. Bila perlu, saya kena isi minyak.
Sememangnya bukan perjalanan yang lancar dan sempurna, macam sesetengah orang berpendapat.
Saya dan masa, saling kejar mengejar dah sekarang ni. Ni bukan lagi kerja berpasukan, tapi lebih kepada persaingan.
Bulan enam ni pun, sudah hampir penuh aktiviti saya.
InsyaAllah mahu turun ke Kedah jika tiada aral,demi majlis Lalingku ini!
Sehari lepas balik dari Kedah, terus out station untuk urusan kerja juga InsyaAllah.
Seminggu hilang begitu sahaja daripada diari bulan enam.
Mungkin pada tahap sekarang, dengan masa hampir berbaki 5 bulan sahaja, saya perlu menyelam sambil minum air.
Tapi saya syukur, sekurangnya saya rasa betul dengan tindakan saya siapkan baju nikah dan barang-barang hantaran awal tahun ni. Sama juga dengan semua vendor kami. Cuma perkara yang merunsingkan kini, tentang kad kahwin. Macam mana sekalipun, kena cuma siapkan draft kad bulan ini atau awal bulan depan.
Pengajaran yang saya dapat masa abang saya kahwin; kad kahwin kena diedarkan pada hari raya masa pergi melawat rumah saudara mara.
Itu permintaan ayah ibu dari awal lagi. Ada sesetengah warga emas ni, lebih rasa dihargai kalau kita datang sendiri ke rumah mereka hantar kad. Sudah alang-alang ke rumah saudara, terus sahaja diberi kad. Oh tapi ni bukan urusan saya, ni urusan ibuayah.
Saya cuma uruskan kad untuk kawan-kawan kami. Seperti mana-mana majlis perkahwinan lain, molek diedarkan sebulan sebelum majlis.
Rasanya nak minta CD gambar pre wedding kami daripada A.Rashdi. Mungkin saya boleh siapkan video save the date kami dengan lebih cepat. Siap, terus simpan. Dah dekat tarikh, terus upload.
Tentatif senarai semak sudah bertonggeng-tonggeng dah!
Nah, siapa kata saya ni teratur orangnya. Saya masih B2B biasa. Banyak kurang dari lebih. Kita belajar atur sama-sama ya?
14 Mei 2010
hi...5 month to go ye..tp byk benda awak da setel..ok la tu..jgn stres ok...standard la nk setelkan hl kwen ni..even da byk setel pon stil jak setel selagi mjlis tk selesai...sme cm sy..da selesai je mjlis..allah je yg tahu..lega btol....do enjoy ur engagement period okeh
ReplyDeletexora, biasalah tu...ada pasang surutnya dlm presemua tu.fara pun tgh slow skg ni..mood gedik nak kawen hilang tiba2 hahahaha
ReplyDeletebiasalah tuh.. saya dulu doorgift, bunga pahar, bunga dulang hantaran, corsage, hiasan bilik pengantin, baju flower girls,semua pun DIY. tidur pun tak cukup.. berat badan automatik turun.. takde masa update blog selalu..
ReplyDeletebila selesai je majlis, LEGA!
xora..berbalik apda kita hanya mampu merancang dan Allah jua yang menentukan akn..
ReplyDeletecuma..perancangan yg diatur adalah pntg supaya kita dapat lihat dgn jelas mana halatuju ( wah, dah macam jabatan bulak..) dan misi majlis kita kan..
semoga masa22 yg ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya..perancangan adalah garis panduan..tapi final nya adalah realiti kehidupan..
gud luck dear!
hi there!rase cm nk khatam kn blog u mlm ni jgk..=)
ReplyDeletei juz found ur blog and sgt suke.happy preparing k dear..=)
btw, i linked u!