14 December, 2009

Kad Kahwin Sempoi Bergaya!

Salam dan hai

Saya pernah tulis tentang kad kahwin
DIY Shima dulu.

Kali ni, saya dapat kad yang bukanlah dalam kategori DIY tapi saya sukakan idea kad ni.Saya tak pernah dapat kad macam ni, jadi saya suka keunikan kad ni.

Kad kahwin Yati dan Syarif.


Kad di dalamnya sekeping sahaja, satu bahagian depan kad. Satu lagi jemputan dari kedua ibu bapa pengantin.




Tapi yang paling saya suka, size peta pada kertas A4 biasa yang cukup best! Saya suka pasal besar, terang dan jelas! InsyaAllah, pemandu dari pelbagai generasi, takkan tersesat.

Amat menyenangkan kad jemputan Yati :) Tak perlu emboss berbagai. Kalau kad cantik macam mana pun, kalau tetamu sampai sesat-sesat, tak guna juga.

Lagi kurang dari 2 minggu aje majlis Yati. Semoga semuanya selamat ye Yati :)

14 Disember 2009

3 comments:

  1. ruangan yg besar tuk map...sgt mbantu org yg nak dtg la...xyah tpusing2 samapi sesat...

    ReplyDelete
  2. emm kad yati ni best la..sy try zoom kat nama pembekal dia, tp xnmpk..awk leh bgtau x die wat kad ni kat mana? tq..emel me at misshzabiri@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Hani, designer dia Jentayu design. boleh google nama company :D

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)