Salam dan hai
Pernah tak korang baca blog-blog B2B (bride2be) yang lain, baca persiapan mereka, senarai vendors mereka, majlis-majlis sebelum akad nikah dan macam-macam lagi.. Kita, dihadapan skrin cuma ternganga mengalir air liur..
Dan secara tak sedar, terdetik dalam hati "Cantiknyaa..Kalau dapat cam ni kan bagus.."
Eh, korang tak pernah rasa cam tu ye? Tak pernah ye?? Erm.. mungkin saya aje la kot ada perasaan macam tu
haha.
Erm.. Masa waktu pejabat tadi, curi-curi juga emel dengan kawan opis a.k.a B2B yang InsyaAllah majlisnya akhir tahun depan juga. Ada satu bahagian dalam emel dia:-
"..S (bukan nama sebenar) kawen pun quite pricy la gak wedding die. Die mmg tahap high taste la. Wedding ring pun tempah kat Singapore, coz outlet kat mesia dah tutup. So definitely la bukan beli kat kedai diamond platinum ke, kedai emas Aik Cheong ke. Baju die tempah kat KAPAS Couture which is mmg la mahal! Siap buat reception hoke! adusss.."
Syaitan pun cepat aje jalankan tugas mereka kan?
Tiupkan anasir jahat dalam hati dan fikiran kita, lalu terhembur melalui kata-kata dan perbuatan kita
Tipu la kalau saya takde terasa, tak banyak cukup sedikit pun jadi la, rasa betapa bertuahnya dia dapat majlis yang cukup cantik. Mesti la kita suka tengok majlis kawan kita berjalan dengan cantik, tapi serba sedikit, kita pun berharap majlis kita secantik itu.
Emel dengan kawan opis tu disudahi dengan ayat yang acapkali juga, buat saya sedar, tapi malangnya mungkin bertahan dalam 2-3 hari saja. Dia menyambung:-
"Aku penah ckp kat en b, kenapa la kite takde duit. Tp die suh aku bersyukur dgn ape yg kite ada. Mungkin kurang kat sini, tp lebih di sana"
Ya Allah, saya tak mahu calitan tompok hitam dalam hati ni semakin membesar. Takut kebaikan dan kesempurnaan di depan mata, tak disedari.
Selalu begini.
Antara waktu yang dijangkakan berlakunya perasaaan negatif ini:-
1. Tengah berselisih pendapat dengan pasangan/ family/ bakal keluarga mentua tentang pemilihan atau rancangan perkahwinan kita.
2. Baca blog-blog B2B yang lain, terutama yang sudah atau bakal melangsungkan perkahwinan.
3. Masa proses mengumpul data vendors.
4. Menghadiri majlis perkahwinan yang lain.
Hai.. Selalu begini.
Walau dah banyak kali, ratus kali yakinkan diri kita, syukur dengan apa yang ada. Tapi bila tiupan tu sepintas lalu menyapa, mulalah anasir tu menjelma semula.
Mungkin saya belum cukup keikhlasan dalam kata.
Mungkin saya sendiri belum cukup tahu dan kenal diri saya.
Tahu dimana jiwa saya.
Kenal di mana bahagia saya.
Sekadar kata "Sederhana aje", tanpa ada keredhaan seikhlasnya.
Hentak kepala kat monitor computer*
Tapi kawan-kawan saya kata, dalam bulan terakhir, kita akan redha pasal kita dah tau disaat akhir, memang kena berserah sahaja. Jadi waktu sekarang, kena usaha giat-giat!
Kenapa la mentaliti masyarakat masih menilai majlis pada GAH.
Serius, kita sendiri pun asyik bercakap tentang pelamin, bunga hidup, kek potong (Tak main la dummy cake!), persalinan kena ada 3 jenis, makeup artis mesti yang dah established, pelamin pula boleh direject kalau kerusi tak memenuhi impian kita, baju nikah kena cari fashion paling latest dan kalau boleh, kena ada tempias artis-artis sikit..
Masa saya menulis ni, saya tetiba teringat sesuatu yang mungkin pernah saya dengar atau baca di suatu tempat.
'If you are talking about wedding dress, reception, flowers..you are talking about your wedding and not the marriage.'
.
.
.
tapi tanpa 'wedding', tetap tak sempurna permulaan "marriage" tu kan?
kan?
kan?
p/s: patut la D asyik kata saya ni degil :D
14 Disember 2009

kadang2 duit tu memang penting..tapi duit juga bukan segalanya...kalau ko buat simple but nice semoorang akan ingat majlis ko....
ReplyDeletedont worry..
emm bg sy xora, yg penting majlis tu berjalan lancar and tetamu semua hepi dgn apa yg kita sediakan, tu pun dah cukup. mmg kadang2 sebagai manusia kita nak mcm2 yg diluar kemampuan kita, tp Allah dah bagi rezeki utk setiap seorang tu sesuai dgn dirinya. mungkin kalau kita dapat lebih, kita boros. btul tak? syukur lah dgn apa yg ada. yg penting semuanya selamat.
ReplyDeletesama mcm saya..b2b jgk..konon sederhana..tp dlm ati nk yg meletop jgk..huhuhu..tp yg pntign folow budget msg2la..kalau mampu teroskan..kalau x..wat ape yg mampu..biasala u..setan sentiasa menghasut kite supaya bazir melebih dr perlunya..=)
ReplyDeletekita pon sama~ mmg semua perempuan mcm ni kot?? heee~ dun worry, benda tu semua orang rasa~ tambah2 bila tgk wedding2 yang sgt la cantik n bila tgk ada rasa teruja n bila rasa teruja muncul, mulalah rasa nak memiliki jugak~ hohoho... yang saya tahu n motivasi diri sendiri, biarlah tgk diri sendiri balik, ikut kemampuan yang ada~ lots of love~!!
ReplyDeleteShima: 1. apsal tak update blog ko? 2. aku tgh melaraskan simple aku pada tahap Dz. huhuh
ReplyDeleteNiss:Wag bakal pengantin baru sempat lagi menyinggah! :) betul, saya rasa semua ni kena belajar dari pengalaman kan?
Anony: nak menuju ke perkahwinan, setan makin menjadi2 kan?
Yuny: time2 macam ni boleh beringat tau. tapi bila kena rasuk nak itu dan ini, mula la dah tak pikir apa dah! kan? kan? haiish
btol2.nk dkt2 ni..mken byk setan kot..menggoda kittw agak berlebih2..tp apekan daya iman ku blm ckp mantap nk melawan..ape2 pon arap my dream wedding nt berjaya..huhuh..utk u..i doakan sume terbaik oke..tkcre!
ReplyDeleteada benda yang cantik tapi murah, ada benda yang sama cantik juga tapi mahal, benda yang sama org mark-up harga beza2..
ReplyDeletesementara ni ada masa berusaha cari vendor yang boleh provide dengan budget kita, serious mmg ada, i dah mengalaminya.. kalau tgk presentation mcm sangat mahal, tapi turn out affordable, insya Allah dengan vendor pun nak kene ada jodoh, just my 2 cents.. :)
mmg bertuah yang punya wedding serba cantik kan? tapi tu rezeki masing2..
and i lah kan i wont spend like crazy, cos i wanted a good honeymoon as well, hehe and post wedding expenses juga sangat menakutkan.. so better pk panjang..
saya selalu pegang ayat ini.."yang cantik tidak semestinya mahal..dan yang mahal itu jugak tidak semestinya cantik". Ada jugak org kata.."More is less". =)
ReplyDeletesy pun rs aoe yg u rs..
ReplyDeletekdg2 stress gak sbb t'lalu nk kan benda yg over budget..
mjlis pun dh tak lama,so,t'paksa rela utk redha..huhuhu..
salam,
ReplyDeleteIf there is one thing we need to avoid ourself from doing, is to avoid the sin of pride.
Sbb pride adalah punca kemahuan materi yang menggila yg akhirnya akan bercambah kpd pembaziran, pergaduhan dan menyebabkan timbul rasa iri hati. Dalam sebuah hadis kalau x silap ada ckp, apap-apapun perancangan kita baik dlm bisnes, majlis perkahwinan atau apa saja, eloklah kita rahsiakan supaya tak menimbulkan bebenda dan perasaan yg x baik dlm diri sendiri dan saudara-saudara yg lain. These days, bakyak wedding blogs yg saya baca semuanya lebih kepada mau show off, instead of berkongsi pendapat.
Rasanya sbb ni la kot tak pernah ada majlis grand atau berbalas hantaran yg dianjurkan dlm agama kita. Tapi ya, semua org mahukan wedding yg meriah, cantik dan sempurna. Cuma perlu tanya diri sendiri, dari mana datangnya urges utk ada majlis sebegini.
Jangan nnt majlis sikit punya glam, but marriage jadi klam (kelam).
Sekadar berkongsi :) Happy planning.
huda: saya masih belum ke pencarian vendors lagi. tapi apa2 pun, nasihat kamu saya amat hargai. teirma kasih ya! :)
ReplyDeleteFadzlina: haah, kadang2 DIY tu pun lebih cantik kan?
Ayu: saya masih mencari keredhaan dalam ati ni :) terima kasih ye ayu untuk kata-kata semangat :)
Neenah: sin of pride memang bahaya tanpa disedari. tapi kan,saya rasa kalau kita tak kongsi rancangan kita, takut pulak rancangan kita tu bertentangan dgn kehendak keluarga. Lagipun saya rasa, dgn kongsi maklumat ni juga, kita dapat set berapa budget kita dan berapa kos potential vendors dgn B2B yang lain. tapi mungkin ada cara penceritaan B2B seolah menunjuk2, tapi saya rasa mungkin cara penyampaian yang tak menyampaikan maksud untuk berkongsi. Oh sekadar pendapat juga :) tapi apa2 pun Neenah, terima kasih sudi salam singgah!
hahaha... kebanyakan perempuan mmg pentingkan kesempurnaan dan ke'gah'an majlis perkahwinan masing2... mule2 nak simple tapi bile tgk bajet, lebih dr simple :p tak yah nak kata org la... aku ni pon lagi seminggu lebih je nak kawen pon kalau boleh nak tambah itu ini... nasib syarif tu seorang yang simple dan boleh kontrol hawa nafsu aku yang nak membazir ni... kalau die ikutkan kehendak aku, memang kopak la dua2...
ReplyDeletexora (tetibe plak nak panggil ko ngan nama ni), percaya lah kurang kat situ lebih di sini... asal diberkati dan dirahmati pernikahan itu pon sudah memadai bagi sebuah perkahwinan...
hi, saya nie lama lagi nak kawen, tapi memang amat suke tgk blog b2b, mungkin kerana masih blum nak kahwin, jadi, boleh berangan semahu mahunyer tanpa memikirkan bajet, saya nie anak org biase saja, jadi, kenelah guna duit sendiri,
ReplyDeletekadang2 memang cemburu tgk org yang bertuah, tapi saya amat berterima kasih kepada semua b2b yang sudi berkongsi cerita, saya suke bace blog2 anda kerana nak menambahkan ilmu, jadi, bile tiba masanya untuk buat pilihan, sekurang kurangnya dah ada idea, sekurang kurangnya saya tahu ape yang saya mahu dan tidak mahu, dan saya harap bile tiba masanya, i will be wise enuf to decide mengikut kemampuan...tidak salah berkongsi kerana semua org mahukan yang terbaik
wow xora, so true! sometimes (most of the time kot) haha i focus too much on the wedding and not the marriage..thank God ladies got their better halves who keep them grounded...just nk btau, i feel u babe! ^^
ReplyDeleteYatt, Sya, PAT: sama2 la kita beringat dan selamat beramal kan?! :)
ReplyDeletein conclusion yg kami peratikan, jgn ikut hati nanti mati, jangan ikut nafsu nanti lesu, jgn ikut kata nanti binasa, jgn ikut degil nanti ??? (sambungla sendiri yuk! :) )
ReplyDeletepepun patut dipikirkan sara hidup atau duit simpanan untuk hari2/minggu2/beberapa bulan selepas majlis kawen nanti ada ke tidak kalau semua uang diabiskan pada majlis.
good luck utk kamu xora!
Anony, ye mekacih.. saya akan buat yang terbaik. begitu juga dgn encik D saya :) InsyaAllah kalau dipermudahkan, semuanya ada :)
ReplyDeletebukan u sorang la xora..i pun rs cam 2..plus mmber2 rapat dah kenal i sbgai minah yg kaki shoping n ada lady stuff yg walaaa!!..tp ye la kan,ms tu single mingle lg..dpt gaji je lebur duit kat bnda2 kurang perlu...tp sejak2 nak kawen ni kene la bjimat..walaupun mcm mn bjimat skali pun i rs still xmampu ada wedding yg gah gilang gemilang terbilang..makanya, mula la rs org tu btuah, org ni beruntung..plus high perception people onto me..last2 sendiri rs down..bl dah mula bab2 psiapan ni,br i terasa bahangnya kepentingan duit..tp itu la, kita kurang kat sini InsyaAllah ada la lebih di mn2...Ms outing dgn my bff hr tu pun dia sebut, nape seme wedding dlm blog org mcm kaya?...i, gelak je...
ReplyDeleteHarz, saya suka part kamu tulis "ms outing dgn my bff hr tu pun dia sebut, nape seme wedding dlm blog org mcm kaya?".. kali pertama saya baca blog B2B lain, perasaan yg sama! Tapi lepas tu saya fikir, setiap orang ada rating dia kot? :P maksud saya, mungkin saya dalam kategori aiskrim McD RM1.05 tu, ada B2B jenis ais H-Daz, ada yang Baskin' Robbin.. Tapi semuanya tetap aiskrim. beza sedap tak sedp aje.. tapi lemak yang masuk, tetap sama :)
ReplyDeletesalam Xora..
ReplyDeletesaya setuju..bukan saja sebagai B2B, but as normal person, memang semua pun nak yang meletop-letop..
sekarang ni, jgn terkejut ada B2B nk buat majlis GAH & GRAND tapi dia limitedkan jemputan sebab budget dia pun limit..
masing-masing kan..bagi saya biarlah semua rakan-rakan & saudara mara baik dekat mahupun jauh dijemput sama..taknak limit2 sgt..
prinsip saya mudah..rezeki yang Allah beri, dikongsi bersama..sedikit sama sedikit..banyak sama banyak..
sy tengah browse pasal kad kawen d.i.y. Terjumpa yg cantik2 di blog ini. Thanx sebab postkan enrty ini. Yup.. sangat-sangat mengalami ape yg dirasa. Sangaaaat! Hihi... Tp tu la.. bersyukur dengan apa yg ada. Janji.. saya dan si dia dapat bersatu.
ReplyDeleteHadis ini memberi suatu kekuatan:
"Adakanlah walimah, walaupun dengan seekor kambing."(HR. Bukhari, Musli, At Tirmidzi, An Nasa'i, Abu dawud, Ibnu Majah, Ahmad, Malik, Ad Darimi)
:D Lega rasa nye dapat share apa yg sy rase dan pada masa yg sama, dapat tahu sy normal memikirkan perkara ini (wahaha!)
Lagi pun lepas kawen kite nak hidup jugek. Nak masuk rumah sewa, beli kelengkapan rumah dan.. si dia bersungguh-sungguh nak pergi honeymoon. Hihi..
Reda semua serba sederhana asalkan niat suci direalisasikan
Fatiha dan Princess: kadang2 kita sedar apa yg kita buat ni tak betul,tp masa nafsu kuasai, mmg tak fikir apa. lepas otak dah tenang, baru dapat buat keputusan kan? thanks for sharing your thought!
ReplyDeleteTajuk yg sgt menarik.Terima kasih kerana mengingatkan & berkongsi salah satu ujian plg besar dlm melaksanakan sebuah ibadah.
ReplyDeleteTeramat setuju dgn statement "tapi tanpa 'wedding', tetap tak sempurna permulaan "marriage" tu kan?"
Memang "wedding" atau walimah tu sunnah mcm dlm hadith:
"Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing."
Walimah/reception/kenduri utk menguar2kan perkahwinan/pernikahan.Tanpa walimah mungkin xsampai salah satu matlamat perkahwinan,membina masyarakat.Mcmn masyarakat nak tahu ada sebuah keluarga baru bakal terbina kalau pernikahan didiamkan je.
Tapi,cuma segelintir dari kita yg selalu consider pesanan atau guideline yg Allah ajar pd kita utk kehidupan seharian kita,terutama sekali perkara2 yg konon2nya sekali je seumur hidup.Konvo,perkahwinan, bersunat etc.
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Al-Israa' 17:27)"
Mari ingatkan diri,bersaudara dgn syaitan bukan perkara kecil.SAUDARA adalah satu pertalian yg amat rapat.Hinanya diri jika bersaudara dgn makhluk yg kufur lg dilaknat. Sering kita sekadar mempermainkan peringatan ini tanpa benar2 mengambil pengajaran utk hidup dalam syariat-Nya.
Bukan senang nak masuk syurga.:P