12 December, 2009

Saya Anak Selangor!

Salam dan hai

Kat Facebook sorang-sorang bagai berperang dengan status masing-masing yang lincah menulis tentang kenaikkan mas kahwin di Selangor dari RM80 kepada RM300.

D pun gelak. Dia dah kena gelak dengan parents dia malam tadi

Saya cakap kat dia "Ingat tak dulu kita pernah rancang nak mas kahwin RM300 kan sempena tarikh kita nikah. Kemudian kita decide tak perlu, Tup-tup nak taknak kena ikut RM300 juge"

Kali ni saya pula yang gelak :P


Tapi bila reaksi orang bujang yang mengatakan, mas kahwin yang baru ni membebankan, saya tak berani nak komen. Tapi saya amat setuju dengan statement dari JAIS, "mas kahwin ni tidak membebankan. Yang membebankan, wang hantaran yang beribu. Dengan barang-barang hantaran berbelas-belas,sambutan melampau-lampau, baju persalinan sampai 12 helai.."

Jauh dalam hati, saya setuju juga :p

Erm.. mungkin rasa cam nak turunkan wang hantaran kami (saya yang kena buat keputusan berapa wang hantaran pasal ayah ibu memang tak kisah langsung berapa wang hantaran yang D hantar. Ayah kata, kalau tak hantar pun tak apa-- bertuahkan D?? Tapi saya takkan bagi laluan semudah itu untuk dia :P), tapi rasanya takde kesan apa-apa pun. Lagipun wang hantaran nanti bukan la duit hangus kenduri belah saya, tapi ayah ibu akan bagi pada saya semuanya. (Beli beg LV lepas ni 3-4 beg.. nyumsss!! hihih), jadi saya dan D akan gunakan duit tu untuk kehidupan selepas kahwin.

Kan kehidupan selepas kahwin tu lagi penting :)

12 Disember 2009

1 comment:

  1. iyer xora, lisa setuju ttg kehidupan selepas bertukar status tu lebih penting..
    pd lisa tak la membebankan, takkan pihak lelaki boleh sediakan hantaran beribu duit mas kawin rm300 tak mampukan.. tu pendpt lisa la sbb mas kawin tu pun utk isteri shj, org lain tak boleh guna, lgpun isteri tukan dh jd tanggungjwb suami, pastu isteri kena lebihkan suami dr keluarga sendiri punkan.. jd berbaloi ler tu hehehe pendpt 10sen lisa jer nih

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)