Salam dan hai.
Korang selalu tak kena jadi posmen untuk kad kawin-kawin kawan korang?
Baru-baru ni, disebabkan majlis kahwin berderet2 antara kawan-kawan, saya pun jadi posmen juga. Saya seronok sebab boleh jumpa kawan-kawan. Kadang-kadang saja acah diorang, kononnya kad tu saya yang punya :)
Jadi masa jalankan operasi hantar kad kawin, tetiba dia cakap
"b, nanti time kita, kita cuba jangan minta kawan-kawan hantarkan kad. Kita cuba hantar sendiri ye seberapa yang boleh? Sebab D rasa cam istimewa sikit bila bakal pengantin sendiri yang hantar kad kahwin"
Saya cuma angguk aje. Tapi dalam otak saya fikir, kalau nak buat sendiri untuk semua senarai tetamu, mesti tak sempat. dah la last minit nak dihantar, dengan segala urusan kawin yang mungkin belum selesai. Macam mana nak pergi dari pintu ke pintu kan?
Tapi serius, bab2 hantar kad kawin pada kawan-kawan, memang tiada hal bagi saya. Saya seronok buat. Ada sesetengah, saya cuma tinggalkan kad dan lari laju-laju ke dalam kereta. Ada yang memang saya jumpa elok-elok dan bagi by hand. Ada juga yang saya pass kat kawannya dan dia akan pass pada yang dituju.. pssstt--ada gak yang saya tak dapat nak cari, last-last tak dapat la serahkan :(
tapi kalau korang, apa yang korang akan gunakan? hantar sendiri atau akan pakai orang tengah?
16 Oktober 2009
slm
ReplyDeletesy dh start jumpe kwn2 lame time blk cuti raye ari tu n sempat jugak hulurkan kad jemputan by hand + face to face.
biarlah.. org ckp lmbt lagi.. tp sy xcukup mase klo nk bg 2-3 minggu sblm majlis ;(
kalau sy
ReplyDeleteyg dekat2 and senang nak jumpe bg by hand lah
yg mana tak leh nak jumpe tu
sy gune org tgh la...
encik posmen.. hehe