Salam dan hai
Saya rasa, mesti ramai antara kita, risau-risau, macam manalah penerimaan pasangan kita terhadap kehidupan kita.
Boleh kah dia terima keluarga kita seadanya?
Boleh kah dia beralah dengan tuntutan kerja kita?
Boleh kah dia melayan kawan-kawan kita semoleknya?
Alhamdulillah. Buat masa ini, kami masih boleh bertoleransi dalam hal ni.
Terutamanya hal berkenaan kawan. Bertuah juga untuk saya, kerana saya bersama dengan orang yang sama-sama bersekolah, membesar di taman yang sama. Walaupun dulu, kami tak pernah berbual, apatah lagi bergelar kawan, tapi jodoh membawa kami di mana kami pada hari ini.. Dia tak pernah berkira kalau saya mahu luangkan masa lebih bersama kawan-kawan saya. Dia tak kisah kalau kami pergi berasingan ke majlis kahwin. Kerana kawan saya adalah kawan dia. Tak perlu risau nak biarkan aje dia di majlis mana-mana dengan kawan-kawan sekolah pasal mereka semua saling kenal mengenali.
Kawan dari kecik.
Kawan dari sekolah.
Tapi kadang-kadang, payah juga kalau ada mutual friends ni. Macam baru-baru ni, dua orang sahabat baik, tumpang satu kereta dengan saya dan dia. Akhirnya, ini yang terjadi.
"Dzulq, ko nak tau tak dulu kan girlfriend ko ni pernah bawa kete, naik divider"
"Dzulq, ko nak tau tak, dulu girlfriend ko ni pernah simbah air teh kat Fieza"
"Dzulq, ko nak tau tak, dulu girlfriend ko ni pernah cakar aku pasal tak dapat tangkap bola jaring"
"Dzulq, ko nak tau tak, dulu girlfriend ko ni suka ramai abang-abang senior kat sekolah"
Kenal berbelas tahun, sudah pasti segala mak nenek cerita tentang hal silam saya kawan-kawan saya tau.
Reaksi dia? dia cuma gelak aje. Seronok kot tengok saya dipermainkan kawan-kawan.
Malam tu, dia tanya "Kenapa B tak pernah cite semua tu kat D?"
Saya jawab "Pasal B nak D rasa B sempurna.. heheheheh"
15 Oktober 2009
hahaha. very true my dear, it fun having mutual friends, it's also very dangerous n tricky, all the skeletons in the closets will come out via ur besties mouth.yeay!!
ReplyDelete