17 October, 2009

Briefing OP

Salam dan hai

Saya pergi jumpa dengan Official Photographer (OP) untuk majlis abang saya ni (nama akan diberitahu selepas majlis untuk bagi rating :P). Ada sesetengah orang, cukup sudah booking, semua urusan lain akan dilakukan pada hari majlis. Tak salah cara tu, cuma untuk saya, saya rasa cam tak best lak terus jumpa pada hari majlis. Kalau boleh, nak gak kenal muka dulu, borak-borak dulu, jadi kawan dan baru boleh kerjasama. Baru la senang nak kritik atau bagi pendapat. Kami jumpa di White Coffee di Bangi.

Seperkara saya perasan, OP amat menepati masa. Sekurangnya bagi kes saya la. Dua OP yang saya jumpa sebelum ini pun, datang awal dari saya. Mereka mesti sampai awal 15 minit biasanya. Bagus bagus :)

Yus adalah OP pada hari majlis nanti. Orangnya amat la ramah. Sentiasa bercakap. Saya suka. Saya harap pada hari majlis pun, dia dapat bagi direction pada pengantin dan orang sekeliling. OP yang penting juga selain skills dan gadget, adalah PR yang bagus (pada pendapat saya la)

Jadi saya pun bagi la dia kad kawin abang saya, beserta dengan kertas kerja saya (kononnye la!), yang ada lukis visual, aturcara majlis dan sebagainya. Mungkin untuk memudahkan urusan dia pada hari majlis memandangkan dia tak pernah lagi ada job di dewan tu. Jadi kalau sekadar bagi tau lisan, mana mungkin dia akan ingat. Jadi saya bagi salinan untuk dia bagi memudahkan kerja dia.

Banyak yang saya belajar dari dia. Perkara kecil aje, tak jadi kudis pun kalau tak buat. Cuma bila dia kongsi pengalaman dia, saya rasa kena kongsi juga dengan pembaca blog ni.


1. Mak Andam Tambahan
Anugerah tinggi ni diberi oleh golongan yang kehadirannya boleh bikin acara kucar kacir. Biasanya terdiri daripada makcik-makcik atau sedara-mara, tak ketinggalan juga kawan-kawan yang tak tau apa-apa pasal majlis, tapi tiba dengan 1001 cadangan membabi buta tapi amik tau apa yang telah dirancang. golongan ini perlu dikawal atau mungkin perlu alihkan perhatian mereka.

2. Flower ladies
Kami takde flower girls jadi gunakan gadis-gadis untuk beratur melemparkan bunga kepada pengantin di tepi red carpet (trend dimulakan oleh Fieza -- seingat saya la). Pesanan Yus (Chief Flower Ladies- Nuriah sila take note!), ingatkan flower ladies untuk senyum dan gelak masa melemparkan bunga. Dan pengantin sila jangan pandang kelopak bunga mahupun flower ladies (Pesanan untuk abang saya!! memandangkan flower ladies tu kebanyakkannya abang saya kenal, jangan ko nak borak-borak lak dengan diorang!). Jalan berpimpin tangan sambil pandang satu sama lain dengan senyuman adalah antara contoh pose yang Yus cadangkan.

3. Pengantin
Sila jalan di red carpet serileks yang boleh. jangan terkocoh nak cepat sangat. Ni bukan pertandingan lumba jalan kaki

Dan ada lagi beberapa tips dan cadangan yang diberi yang tak terlarat di tulis di sini.

Saya kira, briefing macam ni bagus juga sebab kita boleh bertukar pendapat dengan mereka. Mereka pun boleh kongsi pengalaman mereka, yang saya kira amat bagus, apatah lagi kalau kita tak mampu nye nak upah wedding planner. sekurangnya, pendapat yang percuma boleh juga diaplikasikan.

Yus ok dengan susun atur perarakan yang mana, penghulunya adalah pembawa bunga manggar yang berjalan di tepi atau luar red carpet bagi mengelakkan pengantin terlindung. Begitu juga dengan pengapit yang berjalan di belakang pengantin yang kena berjalan di tepi red carpet. Usah bimbang, kalau gambar di amik dari depan, pengapit pun dapat masuk muka. Penuh lagi. Takde la macam perbarisan kan? Ni adalah cadangan
Acai yang amat bagus!

Oh ya, sekadar berkongsi--untuk bakal pengantin lain, cadangan untuk mereka yang buat majlis di dewan dengan saudara mara yang ramai. Elakkan memilih pelamin yang ada kubah dan tiang menyokong kubah di tepi kerusi pengantin bagi mengelakkan flash terlindung dan menyebabkan pencahayaan tak serata dan susun atur yang tidak cantik. Apatah lagi dengan keluarga yang besar kan?

Saya rasa semua bakal pengantin harus ada briefing bersama OP. Jadikan OP kawan kita dulu. Borak-borak, baru selesa nak bagi pendapat. Banyak perkara yang bagi mata kita cantik, tapi tak cantik dalam gambar. Contoh terdekat adalah warna coklat. Sudah 3 OP bagitau saya, warna coklat 'tak makan' gambar outdoor (tiada niat singgung perasaan siapa-siapa. Isu ni amat subjektif bukan?). Yus pun pada mulanya nak kata benda yang sama, cuma dia cakap cukup berlapik. Terus aje saya bagitau baju abang saya berwarna ungu emas :P

Seperkara yang saya rasa kita perlu tau, walaupun dalam janji OP bekerja dalam 4-5 jam sahaja, tapi saya percaya semua OP pun ada fleksibiliti yang tinggi. Mereka bukan hanya amik gambar semata, tapi mereka ada semangat sukakan seni gambar yang tinggi. Yus sempat minta kebenaran saya, kalau nampak dia baring-baring amik gambar, abaikan aje OP tersebut :P hehehe. Jadi, jangan lupa, jumpa la OP dan terangkan keinginan kita untuk majlis kita. Tapi biarkan mereka berkarya dengan bebas sebab setiap orang ada cara dan teknik mereka sendiri. Kalau tempat tu baru bagi mereka, amik gambar dan bagi pada mereka. Sekurangnya, panjang juga la akal nak bekerja macam mana. Oh, saya pun harus emailkan pada Yus gambar dewan untuk rujukan dia, memandangkan dia sendiri pun ada bertanya keadaan dewan tu macam mana.

Pada hari majlis nanti, InsyaAllah Yus akan bawa seorang atau dua orang kawan untuk amik jadi OP tak rasmi juga. Mereka akan bertanggungjawab amik gambar yang kecil-kecil. Yus kata, camera man tu saya boleh request amik gambar itu dan ini. Yus kita biarkan berkarya dengan camera dia. Erm.. kalau benar la ada yang tagged bersama Yus ni, harus saya pastikan mereka amik gambar saya dan kawan-kawan dengan banyaknya!!!! :P

Sekarang saya redha aje la dengan apa yang akan berlaku pada hari majlis. Usaha mendapatkan yang terbaik telah dilakukan, tapi semuanya adalah ketentuan dariNya.

Kun fa ya kun :)
Doakan yang terbaik untuk majlis ni. Mana nya tak takut, kita rancang camni, tapi ada aje mulut jatuhkan semangat kita. .. hai manusia.. kesian korang ni. Patut mereka mendoakan semuanya selamat, bukan mendoakan kegagalan orang..



17 Oktober 2009

No comments:

Post a Comment

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)