Salam dan hai
Ok, bermula la cabaran dan dugaan menjelang hari berbahagia--
Hari ni, dugaan datang dari kad jemputan pulak!
Panjang citenya, tapi dipendekkan, kiranya 500 kad tu terpaksa kami potong kira-kira 1milimeter setiap kad bagi memuatkan masuk ke dalam sampul kad.
Salah siapa?
200% juta adalah salah kedai kad tersebut.
Tiada kesalahan pada teks, pada spesifikasi, pada pilihan kami.
Walaupun pada mulanya, saya agak terperanjat dengan warna pilihan yang dibuat, warna ungu gelap macam coklat, (sedangkan, pemilik tu sudah telefon saya dan saya sudah bagitau warna ungu lembut), tapi abang saya boleh terima dan suka pasal warna kad tu hampir sama macam warna kereta dia. Jadi asal berkenaan kereta dia, dia akan senyum.
(gambarnya ni di bawah cahaya yang betul, ada dwi warna)
Mengingatkan saya, abang kedai tu memang betul-betul la buta warna ke. Hai, kisah ungu menjadi purple, ingat lagi?? :P
Semuanya bermula dari kisah mengambil kad kahwin. Saya hitung, dari tarikh saya sign-off, perlukan 10 hari untuk proses print out dan tampal-tampal. Jadi saya yakin 11 hb saya sudah boleh amik. Tapi bila saya double confirm tarikh dengan dia pada hari Jumaat minggu lepas, dia katakan hari Isnin, jadi saya setuju. Kemudian, hari Isnin, dia kata hari Selasa.
Saya sudah angin.
Kerja saya di pejabat memang selalu berhubung dengan agensi printer. Jadi seakan masak dengan peel mereka. Kalau tak digertak dan digerak, memang tak jalan.
Jadi hari Selasa tu, saya katakan, saya akan amik juga hari Selasa. Tak kira malam atau 1 pagi. Akhirnya, dia call semula malam tu dalam 8pm dan bagitau boleh amik pukul 10pm
Lepas terperanjat dengan warna kad, tapi lepas abang saya ok, jadi hati pun kembali berbunga la. Sampai rumah, beria tunjuk kat ibu ayah.
Dan disini la segala drama bermula
SAMPUL TAK MUAT!!
Yea, ni bukan cobaan. Ni betul-betul.. Tak pernah dibuat orang kan??
Jadi saya terus call dan sms dia, bagitau hal ni, walaupun sudah 11 pm (i don't care!)
Pagi-pagi esoknya, dia telefon semula. sok sek sok sek..
Dan kesimpulannya adalah : CUTTER salah set milimeter.
Dalam erti kata lain, memang bukan salah kami dan salah kedai kad tu (atau mungkin salah printer dia-- adakah tu masalah kami??) Tak pernah kita bayangkan , 2milimeter lebih pun, rupanya mainkan peranan yang amat banyak!
Maka, dia minta datang amik sampul yang baru. Jadi abang saya pun time off dan gi ke sana amik kad yang baru. Kemudian, pekerja tu dah tolong pilihkan, dan abang saya dah cuba-- turn out--balik rumah sampul tu tak muat.
Saya pun call boss dia, bagitau apa terjadi. Pada mulanya, dia boleh kata "Ye la, dah bagitau abang awak, yang sampul tu tak muat. Tapi dia amik juga"
Kalau ikutkan, saya boleh marah kan?
Saya memang nak marah sebab saya tau kalau saya marah, dia takleh buat apa selain tadah telinga sebab memang salah dia. Jadi saya cuma kata
"Abang saya tak pernah buat kerja cam tu, jadi dia takde pengalaman. Malam tadi masa borak2 dengan kamu, kamu kata dah dalam dalam business ni. Takkan tak boleh guide? Silap ni datang dari korang nye side. Dalam perjanjian kata, pihak korang takkan bertanggungjawab kalau ada kesilapan dari segi teks, tapi skrang kesalahan kat pihak korang. Salah size tu bukan masalah saya. Dah cukup baik saya tak campak kad tu kat depan muka awak atau masuk serang masa pelanggan ramai dalam kedai tu. Skrang, masalah ni camna nak settle? Kitorang takmo amik risiko, pergi ke sana lagi, dan tup2 tengok ada silap lagi"
Baru la dia cam sedar diri sikit yang saya ni pelanggan dan customers always right!!!
Tapi saya boleh maafkan dia pasal dia akui salah dia dan minta maaf (baik sikit la banding kes butik dulu tu!) Jadi tu aje yang saya perlukan, sedar diri salah sendiri dan minta maaf
Jadi, bagi selesaikan hal ni, kitorang potong sendiri kad tu kat tepi. Ada la dalam 500 keping.
Nasib sikit aje tau..
Maka selesai.. Dalam 3 jam jugak la! :P
Sebelum saya hang up, saya sempat kata
"Jadikan ni pengajaran. Apa yang dah berlaku ni, jangan buat kat pelanggan lain. Tapi saya cuma nak bagitau, bagi pihak keluarga saya, kitorang memang sangat sangat kecewa dengan servis yang diberi. Jadi untuk bunting kitorang, jangan buat silap yang sama dan hantar art work secepat mungkin"
Serius, ikutkan hati saya memang nak maki aje masa semua tu berlaku. Tapi bila saya dengar dia marahkan staff dia pasal sampul kad tu, saya terpikir, kalau saya marah dia, dia akan lepaskan kat staff dia. Staff dia tension lalu marah anak kat rumah. Then anak kat rumah stress, gi gaduh dengan boyfriend dia. Boyfriend marah, terus bawa motor laju, then accident terus mati..
Waah jauh sungguh saya fikir kan?? :P
Tapi sesungguhnya, itu yang menghentikan saya dari marah dia.
Bukan pasal dia Melayu atau nak tolong orang melayu, cuma saya rasa, bila berhadapan dengan pelanggan yang saban hari marah-marah, kalau ada seorang dua yang tak marah dan tegur dengan tenang, mungkin teguran tu yang dapat membantu mereka dalam business mereka.
Sakit hati memang la, tapi benda dah jadi. Yang penting, kita selesaikan masalah, bukan cari siapa yang salah. Khidmat yang sama digunakan oleh kawan saya baru-baru ni, tidak la pulak timbul masalah semacam ni. Beriya kawan saya minta maaf, sedangkan memang bukan salah dia. Kita semua bertanggungjawab atas keputusan masing-masing. Tak perlu salahkan orang, semata-mata nak rasa kita selamat. Untuk sebab itu, saya klasifikasikan kes ini sebagai Kes Terpencil.
Oh, kedai yang saya maksudkan akan saya tulis selepas majlis selesai, bagi memudahkan saya bagi rating untuk semua perkhidmatan yang digunakan. Senang, sekali harung!
Esok, saya nak buat percubaan meminta bunting 2 keping bagi ganti rugi! :)
14 Oktober 2009
SALAM.....
ReplyDeletefuh mmg mencabar btl la dugaan awk....seramnye..kalo jd kat saye xtau la jd cmne...mmg sye curah cat merah kat kedai tuh....mayb kalo kena kat saye,saye pakse tokei tu tukar sampul lain..tp ok gak awk mtk extra 1 lg banner...
lyna: tu la.. saya dah tahap redha aje dan berserah. tapi kagum gak dgn diri sndiri pasal tak melenting :P Oh ya, berjaya sudah dapat 2 bunting percuma dari org kedai tu! :)
ReplyDeletewa...tahniah2!!!!berkat kesabaran la tuh..kalo awk maki2 dia ari tuh rase2nyer harus dia x kasi...
ReplyDeleterasanya kan Lyna, kalau saya maki dia hari tu, dia tetap bagi tapi separuh hati aje dan diselangi dengan maki dalam ati :P dugaan aje ni. ni baru sikit ni.. huaaa
ReplyDelete