11 September, 2009

Dana Kahwin?

11 September 2009

Baca artikel ni (klik untuk artikel), hal sepasang bakal pengantin, yang buat permintaan secara terang-terangan, mereka mahukan duit tunai sebagai ganti kepada hadiah, daripada tetamu-tetamu mereka.

Alasan mereka, mereka dalam bajet yang ketat untuk majlis perkahwinan ini. Pada mulanya, mereka hanya mahu mendaftar perkahwinan, tapi atas desakan dan permintaan kawan-kawan, mereka amik keputusan untuk melakukan majlis resepsi yang dihadiri kira 75 orang tetamu (ngapa majlis melayu, kalau tak cecah 1000, majlis cam tak lengkap. Orang putih rilek aje tetamu 75 orang)

Ada beberapa perkara yang saya nak kongsi disini. Walaupun berlainan bangsa dan agama, ada beberapa kriteria dalam artikel ni, yang saya rasakan tetap ada persamaan dengan perkahwinan orang Melayu

1. Duit sebagai hadiah

Serius bagi saya, langsung tiada masalah menerima duit cash sebagai ganti hadiah vakum, blender, toaster atau alas katil. Dalam budaya melayu kita pun, "salam berisi" (ni bukan definasi rasuah ye), memang amat normal. Biasanya, diberi pada mak ayah pengantin sebelum kita beransur dari majlis. RM10 ke, RM20 ke, RM50 --semua bukan isu. Terpulang pada kemampuan tetamu.

Ayah saya juga lebih senang "salam berisi" dari bagi hadiah. Motifnya mudah, sebab setiap kepala yang datang, sudah dikira paling tidak RM8. Jadi sekurangnya, duit yang dihulur paling tidak, dapat diguna oleh keluarga pengantin untuk pusing semula duit tunai mereka selepas kenduri.

Tapi tak dinafikan, amat best bila kawan-kawan atau sedara mara bermurah ati offer diri untuk sponsor itu dan ini. Hai rasa dunia ni ana yang punye! Memang banyak dapat dijimatkan. Kawan bagi pinjam kereta untuk konvoi pengantin, kawan tolong makeup kan, makcik tolong buatkan pelamin, pakcik tolong jadi DJ, anak sedara buatkan kek. Sebab mereka tau, belanja kawin ni tinggi. Kalau tak, takkan sampai ada yang sanggup minta pinjaman kat bank.

Cuma keadaan akan kekok bila pengantin yg meminta-minta, disponsor itu ini. Mendesak-desak. Orang tu tak offer pun diri untuk meng'sponsor'. Yang diminta, sudah pasti kekok untuk menolak. Takut bermasam muka pulak. Maka terjadilah "terpaksa rela". Buat separa ikhlas. Tangan buat, mulut mengumpat.

2. Baget

Keratan kenyataan pasangan US tu

"We still need a baker for the cake or cupcakes, outfits for the ring bearer and a limo service to take us there and back," said Caldwell. "We haven't even considered a honeymoon because we can't be away from our business for that long, but we were thinking about staying somewhere in Atlanta, so maybe we'll get something from a hotel."

Ni isu melibatkan kos yang tak perlu dalam perkahwinan, seperti sewaan kereta mewah, kek, pakaian pengapit/ flower girls, bulan madu--tu semua yang tak perlu. Memang impian mahukan perkahwinan cam tu, tapi dalam keadaan diri dan poket yang tak mampu, kenapa nak paksa diri? Belanja ikut budget. Keperluan dan keinginan adalah dua perkara yang berbeza. Jangan jadi resam katak, nak lompat, masa tu juga nak kencing. Semua benda nak dibuat, last-last serba cacar merba.

3. Siapa yang kahwin?

Desakan dan permintaan dari keluarga memang isu paling rumit dan mana-mana pengantin pun mesti akan alami, secara langsung dari famili sendiri atau bakal famili yang sana. Ni bagai peribahasa, menarik rambut dari tepung. Kadang-kadang, kita sudah fikirkan budget kita sampai di sini, tapi permintaan famili sampai ke hujung sana.

Isu ni saya penah sentuh di sini

Macam kes pasangan US tu pun, mereka cuma mahu mendaftarkan perkahwinan, tapi kaum keluarga yang mahukan majlis resepsi. Bila jadi hal camni, mana tak pening kepala pengantin. Maka meraban la mencari sumber untuk penuhi kos.

3 perkara diatas kadang-kadang, memang tak dapat dieelak langsung.

hai.. saya pun selalu cam tu.. dalam keadaan tenang, saya mungkin boleh berfikir, "Oh, tempah baju sanding yang hanya paling tidak dipakai 6 jam pada harga baru 3-4k, memang takde dalam bajet kita" Tapi semua pendapat tu terbalik 200% bila nafsu menguasai diri. Maka mula la bergaduh kecil dengan si dia, hanya kerana hal perihal baju.

Ingat bakal-bakal pengantin, jangan ikut pe'el camni. Kita jangan terlalu meminta-minta, nanti tak kan belajar cara nak hidup dalam keadaan susah.

Kalau belum cukup, usaha dengan cara yang betul. Jangan semua nak dibuat serentak.

Orang kata, cakap lagi senang dari buat.. Mungkin ya, tapi tak mengapa. Yang penting ada kesedaran. Yang lain datang seiring dengan usaha. Kita sama2 saling ingat mengingati ye.. Mana tau, saya pun terlupa

Kita sama-sama usaha, jangan jadi resam katak, masa tu nak lompat, masa tu juga nak kencing.

Kan tak cantik rupanya..


8 comments:

  1. btol awak ckp tu...sy setuju...bg saye, life after marriage lg pnting dr kenduri kahwin sehari

    ReplyDelete
  2. Sometimes penglibatan ibu bapa dan saudara mara terdekat membuatkan kos menjadi meningkat naik..uhuhuuh

    ReplyDelete
  3. kite buat majlis ikut kemampuan masing² tp ada org sekeliling yang tak paham. Maka jadi la umpatan sana sini.

    Bagi saya,kehidupan selepas berkahwin adalah yang paling penting. :)

    ReplyDelete
  4. saye setuju dengan awak. saye pun suke gak part 'salam keruk' tu..tapi takdelah sampai meminta-mnta..kalau org ikhlas memberi, kita menerima, kan. Ada org paham, belanja kenduri bukan murah. Untuk org yg tak paham, mereka akan kata, kata nak menjamu orang, mengapa pula nak minta org memberi..hai susahla mcm tu kan.

    Cuba kalau kita betul2 buat bajet wedding with less guests. Kebetulan pulak tak jemput that person, mesti die mengata jugak..

    Apepun, setiap pengantin mesti ada their own 'rules n regulation'. Buat apa susah2 nak puaskan hati SEMUA orang, which is impossible to do?

    :)

    ReplyDelete
  5. hai xora..
    malunye klu pengantin tu smpai mntk kt tetamu secara terang2.mharap namenye tu.

    bg roy,bagus gak bg duit,atleast lps kahwen duit tu bole la bantu diorang kot2 masih ade htg yg perlu djelaskan.

    klu kwn rapat roy bg hadiah brg elektrik,klu x rapat bg duit je.klu sedare plak bg dui tp lebih la sbb sedare akn ingat bape kite bg dia n time kite,diorang akn pulang balik bape kite bg dulu.

    jd kt tmpt roy biasenye mak bapak pengantin kadang2 leh cecah sampai rm20ribu..pulangla balik modal buat kduri tu..bbaloi2 bukan..

    ReplyDelete
  6. Yanie: yup.. apa2 pun kehidupan lepas kawin.. takut ni..
    Myrule: ha, tu saya setuju. penah kawan saya cite, makcik tu komplain brng hantaran tak lawa, siap kata if aku buat lagi lawa. then kawan saya balas, kalau nk lawa bagi la duit, hulur2. terus makcik tu diam.

    haliza:ati manusia susah nak puas.. if dah elok pun, ttp nak cari yg cacatnya

    Nad: haah kawan saya pun dia kata,cara dia cut kos dia, melalui bilangan tetamu. dia cuma jemput yang betul2 rapat dgn dia. yang tak rapat tapi kenal,dia dah bgtau awal2 kat mereka yang dia rancang akan buat house warming, masa tu dia jemput kawan2 yg lain.. so kos hanya pada makanan, takde dah juru mekap ke, sewa baju ke, lagipun lebih santai tanpa protokol. boleh borak2 dengan kawan2..

    Roy: sama la kita! saya pun bagi barang utk kawan yg rapat. if barang nk bagi tu mahal, pakat ramai2 beli, jadi kos leh kongsi ramai. atleast dapat bagi dia hadiah lain dari yg lain. abang saya yg pertama masa kawin, ex.peers dia semua chinese, diorang kumpul ramai2 bagi duit, cecah beribu, siap ada yang terus bagi bentuk cek aje. orang cina bab2 kawin ni mereka amat pemurah.

    ReplyDelete
  7. Salam awk,

    Orang dulu2 kalau kawin, orang yang datang kekadang bawak bawang, beras, kayu api, daging, ayam dsb. Pastu gotong royong masak sesama. Sebab tu belanja dulu tak banyak sangat.

    Sekarang semua perlukan duit. Memang keluarga yang kurang berkemampuan agak sukar nak laksanakan majlis lelagi kalau tetamu jemputan ramai. Sebagai usaha nak tolong mereka eloklah kita ringankan beban mereka dengan beri sedikit sumbangan wang..:) sama je konsep ngan dulu2 cuma yang diterima berbeza..:)

    Adik perempuan sy kahwin dulu abah ngan mak dapat lebih RM30K tau,huhu. Sy kena create sistem dan database untuk catit nama orang2 yang bagi tu,hehe..Kalau nak pi kenduri sapa2 just masukkan nama nanti akan keluar berapa dia bagi duit kat majlis kita dulu. sebab orang jawe biasanya bagi duit byk2..tapi memang sakit skitlah kalau nak membalasnya,hehe :)

    ReplyDelete
  8. Acai..amat setuju.. abg saya yg bakal kawin ni pun, tadi kat kampung sedara mara banyak menghulur pasal mereka tak dapat nak menghantar ke terengganu.. masyuk gak la.

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)