14 September, 2009

Curang-- Tak Perlukan Alasan

15 September 2009

Salam dan hai

Rasa, mana-mana perhubungan pun, steady couple, tunang ke, suami isteri ke, antara isu yang sensitif dan mampu menggoncangkan kerukunan rumah tangga (.. selain mungkin isu balik kampung sapa dulu masa raya) adalah isu curang.

Isu curang ni adalah isu yang paling D saya risau. Dia banyak kali cakap "B dah jadi isteri D nanti, jangan curang-curang tau.. " Pasal dia dikelilingi dengan kawan-kawan yang curang. samada dicurangi atau mencurangi.. Samaada lelaki mahupun perempuan..

Rasanya kita semua pun dikelilingi dengan isu ini.

Case study 1

D ada seorang kawan lelaki di opis, kita bagi nama A, yang menceritakan bagaimana isteri kepada sahabat dia, yang sudah dianggap bagai adik, langsung tak menunjukkan ciri mencurangi suaminya. Apatah lagi, si isteri tu ustazah sekolah agama, yang mana kita kira, patutnya ilmunya lebih daripada kita yang biasa-biasa ini, yang sekadar sekolah KAFA sampai darjah 6. Rupanya, tudung labuh tu tak dapat menepis godaan dan dugaan dari seseorang yang bukan sah untuk dia.

Maka, terjadi la insiden mata-mata gelap mengambil gambar cerekarama sebagai bukti pada suami. Niat kawan-kawan si suami, tidak mahu kawan terus menyimpan seseorang yang tidak lagi sudi menjaga maruah suami tu. pendekkan cerita, bagai cerita hindustan+ melayu, berlaku la adengan ugut, adengan serang dan culik di rumah lelaki tu, adengan tumbuk menumbuk sekaki dua...

Pada permulaan D menceritakan pada saya, tanggapan saya pada A, "Oh, dia lelaki yang menolak unsur curang dalam rumah tangga"

Case Study 2

Di hari lain, D menceritakan bagaimana A keluar dengan seorang gadis bujang, yang sudah pastilah dibelakang pengetahuan isterinya. Mula la si A 'kompang' kan pengalaman dating dengan awek bujang. Mula la menunjukkan skill2 yang hanya biasanya suami orang tau (contoh: cara layanan, cara percakapan, cara berbual). Si awek tu sudah pasti la teruja dilayan sebegitu.

Saya terpana, lalu saya tanya pada D, bukan kah A ini orang yang menolong si suami tu menangkap kecurangan isterinya? D jawab ya. Jadi saya mula berfikir, apa contoh yang dia nak tunjukkan sebenarnya? Bukan kah dia pada mulanya, ber'kompang' pada D, mengatakan jangan percayakan wanita sekadar pada luaran, di dalamnya, bukan ada love bite yang bukan milik lelaki yang berhak?

Jadi saya terus berpinar dengan soalan-soalan sebegini

1. Lelaki boleh curang, tapi perempuan tak boleh?

2. Lelaki boleh curang, dengan syarat isteri tak tau?

3. Keluar minum tanpa pengetahuan isteri, tak dikira curang, walaupun dengan niat sebenarnya nak tackle?

4. Lelaki boleh curang, asal jangan dengan isteri kawan?

5. Lelaki boleh curang, dengan syarat bukan dengan seseorang yang dikenali oleh mana-mana pihak?

D ada tanya A, "dia tau tak ko dah kawin?" A jawab"mesti la tak tau!! Aku kata aku bujang"

Case Study 3

Kes diserang isteri orang yang tak tau suaminya bagai kasanova di luar sana. Isteri terlalu mempercayai suami dan mendewakan suami, tanpa sedar memijak maruah sendiri ke lantai. "Husband i seorang pemalu tau.." Melolong menyergah orang lain. Maki orang membabi buta. Menganjingkan orang, tanpa sedar kau kelihatan amat betina depan orang lain.

Tanpa sedikit pun guna akal yang 1 tu, berfikir sejenak logikal insiden yang berlaku. Kesian isteri sebegini. Suami di luar, menagih janji pada orang lain, merayu-rayu orang temankannya makan. Maka si suami menjaja kisah isteri yang konon curang pada suami. Wallahualam, sejauh mana benar cerita tu, saya pun tak tau.

Saya pernah bertanya pada si suami itu " You keluar dengan XX ni, wife you tau tak?"

Suami jawab dengan yakin "mesti la tak tau.. Nak mati kalau dia tau!"

Curang bermula dengan penipuan.

Kita menipu sebab kita rasa, pasangan kita tak dapat terima hal sebenar. Atau kita sengaja menyembunyikan kebenaran sebab kita tau apa yang kita buat tu salah.

Dan kita sendiri sedar, pasangan kita tak dapat terima hal sebenar sebab dia takut apa akan terjadi seterusnya... dan dia tau apa yang dia risaukan tu memang munasabah

Ketakutan pasangan kita berasas dan ini menambahkan sebab mengapa kita tak mahu bagitau hal sebenar dari mula.. sebab kita takmo nampak bersalah.

Sebab tu saya rasa, curang tak perlukan alasan.

Bukan alasan prestasi di kamar tidur. Jauh sekali isu kurang komunikasi. Alasan tiada anak, tidak sehaluan, layanan tak seperti dahulu, kurang perhatian--bukan lah pemangkin sebenar.

Curang hanya perlukan dorongan. Sedikit dorongan dari pihak luar, sudah cukup menginjakkan pedal kecurangan. Geselan mungkin? Perhatian mungkin? Lebih muda mungkin?

Maka bermula la sesi banding-membandingkan, supaya nampak yang baru lebih elok dari yang lama. Baru lebih moleh dari yang lama. Baru lebih mantap dari yang lama.

Kita membandingkan, supaya kita rasa tindakan kita betul.

Kita membandingkan, supaya kita dapat yakinkan orang sekeliling kita, pilihan kita betul.

Kita kufurkan kebaikan pasangan kita, sebab kita fikir, kita layak dapat lebih baik daripada yang sudah ada.

Sebab manusia, takkan dapat lari dari sifat tamak.
"Kenapa nak pilih 1 aje kalau boleh dapat 2?"

Saya bukan baik sangat. Serius, hidup saya penuh drama. Sahabat yang cukup rapat dengan saya, tau apa yang berlaku dalam hidup saya.

Tapi saya belajar sedikit demi sedikit. Apa yang saya kongsi di sini adalah sedikit daripada pengalaman hidup saya. Mungkin tidak relevant bagi sesetengah orang. Mungkin dibakulsampahkan pendapat saya.

Tak apa.

Sebab apa hidup telah ajar saya, lebih tepat ditala ke muka saya.

Yang pasti, curang boleh menyebabkan kita kehilangan semuanya.

Sebab tak semua orang sudi memberi kita peluang ke dua.



2 comments:

  1. haku mcm kenal je case study 3.ohohohoho!~btw sayang, aku br nk up psl kes curang kt blog aku. nnt2 aku up bile bos xdek kt opis.ohohohoho!~

    ReplyDelete
  2. title ni antara byk2 title yg mencuri minat aku nk bace..n aku quite agree ngn pendapat ko..huhu..bila pk2 balik, sgt byk yg related dgn kehidupan aku..family aku..malah, diri aku sendiri..dan semua ini membuatkn aku rs kesal..n mnangis dlm hati.. :(

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)