30 December, 2011

Kalau Mati, Mana Kuburnya?

Salam dan hai



Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana dapurnya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Tidak.. Blog ini belum terkubur.. Pada yang sudi emel saya bertanyakan post terbaru, ye hari ini adalah harinya. Tiada istimewa kenapa tarikh ini dipilih. Mudahnya, adalah kerana baru pasang Unifi di rumah hehe. Maka tiada alasan untuk tidak mengemaskini blog dan InsyaAllah, mahu memulakan projek khas harapnya.

Perkembangan saya sebulan menyepi?

Sambut hari jadi D yang ke 27 -- D buat muka segaris sahaja dengan kejutan saya buat. Patut la anak pun ada kecenderungan memberi muka segaris sahaja.



Terjah clearance stok Pureen dan berkesudahan, membeli terlalu banyak baju. alahai.


Kena minyak panas dan kemudian doktor klinik tu soal macam polis nak tahu saya kena dera ke tak dengan D hihi



D jr plak sudah pandai meniarap tapi belum kehadapan atau berguling. Statik sambil jerit-jerit marah pasal ingat kitorang pegang kaki dia tak kasi dia ke depan.



Oh tu gambar lama. Gambar baru rambut lebat dah tiada.

Muka pasrah kena tadah kepala

Banyak yang saya ingin tuliskan disini, tetapi kebanyakkannya bukan lagi berligar dalam topik perkahwinan. Ye saya ada juga terfikir, macam tidak adil pulak kepada pembaca yang datang ke blog ini dengan tujuan untuk mencari idea-idea kahwin, tetapi tiada langsung pula artikel berkaitan.


Tapi logiknya, seperti mana-mana fasa kehidupan kita, setiap kita pasti akan menempuhnya dan kemudiannya berlalu untuk fasa seterusnya. Mana mungkin kita boleh berada di satu fasa yang sama selama-lamanya, berada di takuk yang sama. Begitu juga dengan blog perkahwinan. Setelah hampir 2 tahun menulis tentang idea-idea perkahwinan, tidak salah untuk saya berganjak ke topik selepas majlis perkahwinan itu sendiri. Sungguhnya, kehidupan sebenar tetap menanti kita

Cukup dahulu post untuk kali ini *anti klimaks punye penutup kan? hahah*. Post akan datang, saya berkongsi pengalaman menguruskan anak selepas berpantang. Yang boleh saya katakan disini, dalam kita terlalu sibuk membuat senarai semak keperluan bayi seperti berapa helai bajunya, katil dan tilamnya sudah dibeli atau belum, bagaimana dengan jenama lampin mana yang sesuai -- kita akan terlupa,keperluan paling utama adalah kekuatan mental dan emosi kita dalam menggalas amanah Allah tersebut.

.. mental dan emosi itu bukan boleh dibeli secara dozen di kedai keperluan bayi.

30 Disember 2012

14 comments:

  1. dari satu fasa ke fasa baru kan. mula2 pasal wedding pastu pasal anak hee. i pn baru2 kawen ni bolehla cite psl wedding lama2 takde dhla hihi :p

    ReplyDelete
  2. hmmmm yelah.lama sgt dh menyepi tu.

    ReplyDelete
  3. wan, kan dah kata excited minah nie. tak tido malam nie... hahaha ai peminat die hard fan yuh Xoraaaaaaaaaaa

    Xora is Back! Xora is Back! (sila ckp macam Sofi Jikan dlm cite KL Gangster) hahaha

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan. lama gak tunggu post terbaru. la nie da muncul balik. hehehe. i link u dear.
    http://nurulainlatif.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Betul tu Xora..dah ada anak ni baru sedar yang mental dan emosi harus kuat. Kalau tak kuat, sia-sia je beli anak baju puluh-puluh helai pun kalau sudahnya mama pakaikan lampin je buat baju..sebab dah stress layan karenah anak.

    Mengharap kita semua diberikan mental dan emosi yang strong and stable sepanjang menjadi ibu. Aminn..

    ReplyDelete
  6. Xora, mmg tarikh ayat penutup post 2012 kah?

    hihi

    welcome back!

    ReplyDelete
  7. smoga nanie belajar ape yg ade dlm blog xora. susunan ayat yg sgt menarik.

    salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  8. smoga nanie belajar ape yg ade dlm blog xora. susunan ayat yg sgt menarik.

    salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  9. Biasalah tu, bila dah dpt anak, fb..blog..henpon sume gambar dan tentang anak :)
    salam kenal, jemput ke blog akak http://hebatkan.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. mmg betul.. xora.. dr 1 fasa ke 1 fasa kehidupan... yg penting kena enjoy.. beside i miss ur blog, ada sahaja cerita yg menarik ...

    ReplyDelete
  11. hai xora,akhirnya xora is back,good..sejutalike bila xora dh wat comeback.sesungguhnya entry xora mmg amat dinantikan;)...sy terfikir kenapa masih belum tiba rezeki sy utk menimang chymata,dan mmg betul kata xora,utk menghadapi fasa yang baru bkn sng dan memerlukan satu kekuatan.

    ReplyDelete
  12. salam. hai xora. saya suka sangat baca blog awak nie. banyak info2 menarik tentang b2b. camne nak follow blog awak ek? budak baru belajar nie xtau nak buat camne exchange link ke ape ke..huhu. thanks in advanced.

    ReplyDelete
  13. xora, bila nak tulis new post ni..lama dah menyepi

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)