21 July, 2011

Rutin Memasak: Edisi Pertama


Salam dan hai

AMARAN: Post ini amat panjang. hehe

Saya percaya, berpindah ke rumah baru, duduk berdua, memang dinanti-nantikan oleh semua pasangan pengantin baru. Segala-galanya bebas, tiada had antara suami isteri. Kita bebas nak bangun lewat, bebas nak tengok tv sampai lewat malam, bebas nak main kejar-kejar (oopss!) bebas nak mandi sama (double oops!)--- sesuatu yang mungkin terbatas untuk kita buat di rumah ibu ayah.

Namun dalam nak seronok untuk tinggal berdua, kadang-kadang kita terlupa perubahan frasa yang kita akan hadapi. Perubahan frasa daripada "semua telah disediakan" kepada "semua kita kena sediakan". Tambah membingungkan jika kita tak tahu daripada mana nak mula.Frasa hidup yang memang mencabar dan menuntut kesabaran dan minat untuk belajar.

Saya percaya, pasti ada mantan pengantin yang mengalami simptom 'kejutan budaya' masa awal-awal tempoh perkahwinan mereka, terutama mereka yang menumpang dahulu di rumah ibu ayah. Selama ini, tinggal di rumah ibu ayah, sedar atau tidak -- tak semua perkara kita akan buat. Kebanyakkan kita pasti ada ibu yang menolong dalam senyap. Kita basuh baju, terlupa nak sidai--ibu selesaikan. Kita nak masak, ibu dah tolong siap basuhkan ayam bersih-bersih.

Tapi apabila berpindah tinggal berdua, ibu hanya boleh tolong kita daripada corong telefon-- berikan kita resepi menu sekian-sekian. Ibu dah tak boleh tolong kita timba kuah lemak sementara kita basuh sayur. Ibu dah tak boleh nak tolong tengokkan ikan, sementara kita basuh pinggan. Semuanya kita-- diri sendiri kena uruskan. Dan kita bukan uruskan diri sendiri, tapi kena uruskan encik abang, si suami yang suka melayan TV ketika kita sedang sibuk di dapur *Hint untuk Yayang. Tapi nasib baik dia amat rajin basuh pinggan. Cuma temankan saya di dapur, dia mudah bosan :P

Tapi saya percaya, apa sekali pun tugas rumah, kalau kita telah ada teknik yang betul dan bersesuaian dengan cara kita, insyaAllah, tak akan jadi masalah dan kita lebih mudah menguruskan hal rumah tangga.

Terdahulu, saya telah kongsikan kisah rutin membasuh dobi dalam post ini {
Post} dan teknik menyusun baju {Post} dengan pembaca blog ini dan sekarang saya nak berkongsi pula tentang rutin memasak.

Tapi, sebelum saya menulis dengan lebih panjang lebar, jom kita cuci mata dengan gambar-gambar dibawah yang menjadi inspirasi saya.















Satu persamaan gambar-gambar diatas: Teknik pengurusan stok yang kemas dan berkesan

..dan itulah topik untuk edisi pertama Perkongsian Hidup: Rutin Memasak. Saya rasa ada eloknya saya menyentuh dahulu tentang pengstoran barang-barang dapur, baik basah mahupun kering sebelum menulis tentang rutin memasak. Bagi saya pengstoran barang/ bahan memasak adalah sama penting dengan memasak. Teknik pengstoran yang betul dapat menjimatkan masa kita untuk mencari/ memeriksa/ merancang dan mengelakkan kita membeli barang yang sudah ada di dalam stok atau terlupa tentang barang tersebut sehingga ianya melepasi tarikh luput.

Nak sediakan makanan, kena sediakan menu dulu.
Nak sediakan menu, kena beli bahan dulu.
Nak beli bahan, kena sediakan belanjawan dulu.

Pendek kata, semuanya berkait.

Dalam isu pengstoran bahan dan barang, kaedah pengstoran bahan-bahan yang saya akan kongsikan disini, dibahagikan kepada dua bahagian; di dalam kabinet dan di dalam peti sejuk.

Apa yang saya coretkan disini, hanyalah sekadar perkongsian yang saya harap dapat dimanfaatkan oleh pembaca dan mungkin ada pendapat pembaca yang saya sendiri dapat manfaat daripadanya.

Kita sama-sama belajar, ok?

Pengstoran bahan-bahan di dalam kabinet

1. Menetapkan apa untuk apa.

Tiada peraturan tetap menetapkan kedudukan mana yang lebih baik kerana semuanya terpulang kepada gaya hidup, keselesaan dan rutin puan punya dapur. Saya percaya, setiap isteri mempunyai teknik sendiri tentang cara menyusun barang-barang mereka dan hanya kerana teknik kita mungkin berbeza dengan orang lain, tidak bermakna kita tidak cekap dan tersusun.

Tapi tetap, kunci utama kepada sistem penstoran yang berkesan adalah dengan menentukan setiap ruang untuk kategori barang yang dikhaskan.

Dibawah adalah gambar kabinet dapur saya yang saya tandakan setiap ruang kabinet dengan huruf-huruf tersebut untuk memudahkan penceritaan.



Perkara pertama saya rasa perlu dilakukan apabila siap sahaja kabinet dapur--merancang apa yang perlu diletak dimana. Tapi ingat, semua ini adalah proses pembelajaran. Pasti ada pemilihan kita yang kita rasa kurang tepat dikemudian hari. Saya sendiri pun sudah beberapa kali merombak kedudukan barang di dalam kabinet dapur ni.

Untuk saya, ini la pemilihan saya (buat masa sekarang. Mungkin kemudian hari saya akan ubah)
Ruang A: Pengisar dan Lapik pemotong
Ruang B: Gelas, cawan, teko dan jag
Ruang C: Bahagian stok minuman dan bekas kaca hidangan
Ruang D: Pinggan mangkuk
Ruang E: Stok tisu dan lilin
Ruang F: Tempat gas
Ruang G: Mini Pantri dan perkakasan memasak
Ruang H: Sudu dan garfu
Ruang I: Mugs dan pinggan makan kami berdua
Ruang J: Tupperware dan bekas plastik kosong
Ruang K: Stok pencuci, bahan pencuci, besen dan plastik sampah

Bahagian kabinet yang jarang atau sukar dicapai seperti kabinet di atas peti ais, seeloknya letak barang yang kita jarang-jarang guna seperti mixer atau tray membakar (kecuali kamu memang rajin membakar kek)

Bagi barang-barang kegunaan harian seperti pinggan makan, cawan dan sudu, pilih bahagian kabinet yang paling mudah untuk kita capai dengan cepat.

Pastikan juga ruang kabinet yang dipilih mempunyai kapasiti yang sebetulnya untuk menyimpan barang/bahan.

Elakkan menyimpan barang yang sedikit di ruang kabinet yang luas.

Elakkan menjadikan kabinet tinggi untuk menyimpan makanan (kecuali kamu masih boleh capai)

Kalau kamu ada ketuhar memasak, tapi tiada ruang di dalam kabinet untuk menyimpan tray, bekas silikon untuk agar-agar dan sebagainya, gunakan sahaja ruang di dalam ketuhar itu untuk menyimpan barang-barang tersebut. Bila kamu nak pakai ketuhar, baru keluarkan barang-barang tu daripada ketuhar dan apabila sudah selesai, masukkan semula ke tempatnya.

2. Lambakan set hadiah

Standard pengantin baru, pasti ada lambakan hadiah set gelas, cawan, pinggan, pisau mangkuk dan macam-macam lagi. Nak pilih guna set A, set B pun tak kurang cantiknya.

Jadi macam mana?

Asasnya: Memilih mana yang nak diguna, mana yang nak disimpan.

Bukan kewajipan untuk keluarkan semua koleksi cawan atau gelas yang ada dan sumbat ke kabinet (kecuali la diri kita memang seorang yang suka tengok koleksi cawan dan gelas penuh-penuh kat dalam kabinet atau memang kita ada budget untuk buat kabinet khas untuk display koleksi kita semua).

Seeloknya, pilih mana yang perlu sahaja dan berpotensi untuk digunakan. Mungkin boleh ambil kira 3 cara dibawah dalam membuat pemilihan:

i. Melalui bilangan cawan/gelas - Letakkan set cawan yang mempunyai jumlah 4 cawan dan 6 cawan (kalau ada 8, lagi bagus). Sekurangnya, kalau tetamu ada 5 orang, boleh pakai set 6 cawan.

ii. Melalui bentuk - pilih gelas yang mempunyai bentuk berbeza antara satu sama lain untuk sesuaikan dengan keadaan (dan elakkan bosan juga)

iii. Praktikaliti - Ada masa bila tetamu datang makan malam dirumah, sudah tentu kita mahukan kelainan, jadi gelas berkaki dapat menaikkan suasana makan malam. Jadi, pilih rekaan berbeza untuk upacara yang berbeza.

Masalah orang kita: Mudah rasa bosan dengan set cawan yang sama
Penyelesaian: Kalau nak tukar 4 set cawan dengan 4 set cawan yang baru, simpan 4 set cawan yang pernah dipakai dan letakkan dengan koleksi yang baru. Tak perlu nak penuh-penuhkan kabinet dengan set cawan daripada bilangan yang sama.

Masalah orang kita: Set cawan tak cukup, tetamu ada 10 orang.
Penyelesaian: pilih set cawan yang paling hampir antara satu sama lain. Kalau set 4 cawan tu dasarnya warna putih, pilih set 6 cawan lain yang dasarnya juga bewarna putih.



Masalah orang kita: Dapat hadiah jag, tapi gelas takde dalam set
Penyelesaian: pilih set gelas yang kosong/ tiada motif pada badan gelas. Lebih senang untuk dipadankan dengan mana-mana jag.

Kita pasti akan hadapi situasi dimana kita dapat lebih daripada satu pengisar, pembakar roti, kuali, dan periuk nasi. Pilih yang mana lebih sesuai digunakan untuk waktu tersebut. Contohnya, periuk nasi kecil lebih sesuai digunakan sebelum kita sudah ada anak-anak. Periuk yang besar simpankan dulu di dalam stor.

Kemas kini: Saya terima soalan bertanyakan, apa nak dibuat dengan set-set cawan dan pinggan mangkuk yang tidak diguna; nak kasi pada orang kah. Apa yang saya buat, saya letak semua cet cawan dalam satu kotak besar dan saya labelkan "Hadiah Cawan" *jangan keluarkan cawan daripada kotak asalnya*. Jadi, di masa akan datang kalau saya nak tukar set cawan saya, saya dah tahu nak cari dimana. Begitu juga dengan set gelas dan set pinggan mangkuk. Bagi alatan elektrik, saya masukkan dalam kotak besar tetapi diluarnya saya senaraikan apa barang-barang di dalam kotak tu

3. Jarak diantara barang

Kita perlu sediakan sedikit ruang diantara perkakas/ barang kaca dan ruang tu kalau boleh biar elok-elok muat jari/ tangan kita untuk mengambil barang-barang tersebut tanpa mengganggu kedudukan barang-barang berhampiran dengannya.

Sangat suka gambar dibawah -- indah tersusun~~


Tips 1: boleh gunakan pinggan kertas untuk asingkan pinggan agar tidak berlaga, macam gambar kat bawah ni.



Tips 2: Para-para seperti dibawah ini berguna untuk meletak periuk belanga (walau saya rasa, kita tak perlukan sampai 5-6 saiz dalam satu masa)



4. Penyusunan barang

Menyusun stok bahan makanan kering memang mencabar bagi saya walau D memang bagi kebebasan sepenuhnya. Maka, saya google dan mencari idea mana yang praktikal untuk ruang yang terhad.

Asas menyusun barang-barang pantri saya adalah ilhamkan daripada gambar-gambar dibawah.

















Persamaan gambar-gambar diatas: menggunakan tray/ bekas untuk menyimpan barang.

Bagusnya bekas-bekas seperti ini, kita boleh tarik semuanya dan amik apa yang kita perlukan, kemudian simpan semula bekas ini ditempatnya, tanpa mengalihkan mana-mana bahagian di dalam bekas ini. Bakul ini juga dapat menyorokkan keadaan lintang pukang di dalam bekas. Hehe.

Saya berjaya beli bekas plastik di pasar borong Equine. Lebih bagus, kerana saya dapat tindihkan bekas tu, maka hasilnya-- lebih banyak ruang kosong yang boleh diisi.

Ni la bekas tu. Beli kat pasar borong, jadi dapat tawar harga hehe *sambil usap perut :P



Rancangnya nak tambah lagi bekas ni, tapi stok kat kedai untuk saiz yang sama camni dah habis. Tengah tunggu diorang tambah semula, jadi mungkin kena beli lepas bersalin rasanya.

Ruang kabinet dapur saya agak dalam dan saya pula jenis tak suka kena ketepikan barang-barang di depan untuk lihat barang apa di belakangnya. Jadi saya beli bekas yang memanjang ke hadapan.

Kaedah yang sama juga saya gunakan untuk simpan bahan pencuci. Saiz bekas di atas ni sama sahaja dengan saiz bekas simpan bahan pencuci.



5. Melabel

Perkara yang saya titikberatkan dalam penyusunan pantri adalah pelabelan. Saya belajar melabel ini bila tengok gambar-gambar di Internet ni







..dan saya rasa praktikal untuk saya. Sesuatu yang saya belajar daripada ibu saya masa bujang dulu.

Situasi 1
Xora: Ibu, kat mana kunyit?
Ibu: Tu, ada kat dalam peti ais bekas oren
Xora: Banyak bekas oren, yang mana??
Ibu: Cari dan buka
Xora: Malas la. Tak jadi goreng ikan.
Ibu: Nak bawa ke mana malas tu!!! Sampai mati??!!

Situasi 2
Xora: Ibu, kat mana stok gula?
Ibu: Dalam almari kering, laci bawah
Xora: Tak jumpa (tak cari pun tapi malas nak cari, maka berdiri aje sebelah almari)
Ibu: Ko dengan ayah sama aje, cari barang pakai mata, bukan hidung, pasal tu tak pernah jumpa. (ibu datang dapur dan amikkan stok gula :P)

Kesimpulannya, saya takmo berlaku insiden D nak cari barang dan tak jumpa, jadi saya kena tolong dia. Dengan adanya label ni, D tiada alasan kata tak jumpa barang :P

D: Kat mana Milo?
X: Kabinet atas dapur, B tau b dah labelkan.

Maka terhasil la aktiviti melabel di dapur saya.

Saya suka tersusun tapi saya tak rajin untuk cetak label dengan cantiknya macam gambar-gambar dibawah.








Saya cuma gunakan pen marker, pita pelekat dan kertas biasa. Asal boleh dibaca, sudah memadai.

Hampir semua barang-barang di dalam kabinet saya labelkan. Gambar-gambarnya InsyaAllah saya akan cuba tambahkan kemudian



6. Memaksimumkan penggunaan ruang

Memaksimumkan penggunaan ruang bukan bermakna kita kena isi semua barang sesesak-sesaknya di dalam almari dan di atas kabinet. Kembali kepada peraturan asas: Guna apa yang perlu sahaja.

Meletak para-para, rak, cangkuk atau rod besi horizontol di dinding adalah salah satu idea untuk menghasilkan ruang lebihan dan pada masa yang sama, mencantikkan ruang dapur dan membebaskan dapur daripada kesesakan barang.



Tapi untuk saya, saya tak letak para-para walaupun berkenan dengan idea dapur daripada IKEA sebab D tak kasi tebuk dinding dapur

T.T *nangis

Jadi saya gunakan idea Lazy Susan diletakkan di sudut sebelah tempat memasak saya, inspirasi daripada gambar dibawah ini.



Cuma bezanya, saya cuma letakkan garam halus, garam kasar dan gula sahaja. Rempah lain seperti kayu manis, buah pelaga, cengkih dan sebagainya, saya letak di dalam peti ais untuk tahan lebih lama dan elak daripada haba (lagipun, rempah ratus tu tak semua masakan kita gunakan, berbanding gula dan garam)



7. Troli dapur mudah alih

Troli mudah alih macam ni boleh dijadikan alternatif untuk beri kita lebih ruang kerja jika tempat simpan barang untuk dapur terhad. Macam gambar di bawah ni





Contoh terdekat adalah troli dapur Bekvam daripada Ikea



Gambar kenangan D tengah gigih pasang troli Bekvam.



Walaupun pada mulanya troli ni bertujuan untuk digunakan bagi tujuan kerja dapur, tapi ruang yang sedia ada diantara ruang memasak dan sinki cukup untuk saya buat kerja rupanya. Maka troli ni saya letakkan berhampiran dengan kawasan sumber elektrik, dan saya letakkan microwave di atasnya memandangkan kami memang tak buat wiring tambahan di dapur dalam waktu terdekat dan ruang berhampiran tempat memasak tak cukup untuk letak microwave, jadi kena gunakan sumber yang sedia ada. Bekas bawang dan cili kering di tingkat bawah sekali



Tingkat atas saya letak jajan-jajan D, macam biskut, roti, planta. Tapi gambar tak dapat nak ambil pasal dah nak puasa, jadi memang dah berhenti beli jajan.

Pengstoran di dalam peti sejuk

Klik gambar di bawah ini untuk perkongsian ilmu.



Saya ada beberapa polisi dalam hal menyimpan barang di dalam peti ais ni

1. Bekas penyimpan makanan

Saya tak mampu nak beli bekas jenama Tupperware banyak-banyak, jadi alternatifnya, saya beli bekas plastik IKEA yang murah dan bermacam-macam saiz ini, untuk menyimpan barang-barang makanan kami di dalam peti ais.



Bekas plastik seragam macam ini, bukan sahaja cantik di mata, tapi praktikal di dalam peti ais. Kriteria yang saya pernah baca dalam internet berkenaan pemilihan bekas plastik:

1. Pilih empat segi berbanding bulat
Empat segi lebih jimat ruang berbanding bekas bulat.

2. Boleh ditindih.
Cari bekas plastik yang boleh ditindih-tindih untuk menghasilkan lebih banyak ruang kosong

3. Nampak dalam
Bekas plastik yang nampak isi didalamnya lebih memudahkan kita untuk mencari barang, berbanding bekas plastik yang tak lutsinar.

Saya memang sentiasa pastikan apa-apa yang saya simpan didalam peti ais ditutup supaya baunya kekal di dalam bekas. Kalau ada makanan yang berbaki, yang saya rasa boleh dimasak semula atau diubah suai, saya akan letakkan di para yang tidak tersorok dan pada paras mata saya supaya senang saya nampak bagi mengelakkan saya tak perasan kewujudannya.

2. Melabel.

Contoh gambar daripada Internet ini, turut melabelkan barang-barang basah





Mengambil pendekatan yang sama, barang-barang basah juga saya labelkan.



Masa mula-mula melabel sayur-sayur ni, saya rasa macam buang masa dan tak ada guna. Tapi bila masa nak memasak, memang amat mudah pasal saya tak perlu nak buka surat khabar untuk lihat apa kandungan dalamnya. Sangat-sangat jimat masa.

Santan pula saya simpan dalam bekas kecil-kecil macam ni pasal tinggal berdua, takde la banyak sangat nak guna pun. Lagipun, nak mencair bekukan lebih mudah dengan bekas kecil begini.



Label singkatan macam ni pun mudah. A untuk Ayam; U untuk Udang; S untuk Sotong



*Lain-lain gambar saya akan muat turun kemudian ya, memandang sudah nak puasa, jadi kalau nak beli barang banyak-banyak, takut busuk bila tak diguna



Tidak ada terlalu banyak perkara yang saya dapat kongsikan tentang pengstoran di dalam peti ais. Cuma antara perkara lain yang saya selalu buat

1. Setiap kali ke pasar, saya akan pastikan beli 1 biji lemon. Lemon ini saya akan perahkan jusnya dan bekukan *pasal tak tahu nak guna bila, jadi bekukan sahaja dulu* dan kulit lemon tu saya akan letakkan di satu sudut di dalam peti ais. Berkesan untuk mengurangkan bau peti ais. Tak pun, kulit lemon ni dengan sedikit jusnya, saya masukkan dalam microwave dan panaskan lebih kurang 3-4 minit untuk menghilangkan bau kurang sedap dalam microwave *saya memang pengguna tegar microwave

2. Jangan letak susu di bahagian tepi peti ais. Susu lebih mudah basi. Kena letak di ruang paling dekat dengan penyejuk. Sama juga dengan butter dan keju.

3. Saya suka beli susu kotak yang saiz kecil (250ml) pasal makanan barat macam lasagna dan spageti menggunakan susu. Kalau beli kotak besar, kena habiskan isinya dalam 3 hari selepas dibuka. Jadi baik pakai kotak kecil, sekali pakai terus buang, tak perlu simpan.

4. Di tepi peti ais, saya tulis senarai sayur dan bahan-bahan mentah yang ada dalam peti ais. Mana yang sudah habis, saya akan pangkahkan. Dengan cara ini, saya dapat jimatkan elektrik daripada membuka peti ais untuk lihat apa bahan yang ada; dan cara ini juga dapat monitor senarai barang apa yang ada, tak ada la membazir terbeli lebih.

5. Siang udang dan ikan siap-siap setiap kali lepas balik pasar. Bersihkan daging lembu dan ayam sebelum masukkan dalam bekas. Menjimatkan masa daripada nak buat itu semua sebelum memasak.

Saya rasa itu dulu perkongsian yang saya boleh tulis untuk post kali ini.

InsyaAllah, post akan datang saya akan berkongsi pula tentang susunan menu untuk memasak.



.. Dan jadual menu, inspirasi daripada gambar dibawah


Sumber: iheartorganizing

Suatu perkara yang saya rasa perlu untuk saya tulis disini, sungguhnya cara ini tidak pernah ibu praktikkan di rumah. Saya mencari cara saya sendiri. Jadi saya kira, aplikasi yang sama kepada pembaca blog ini, cari cara yang praktikal untuk diri kamu. Apa yang saya praktikan sekarang, sekadar memberi idea kasar kepada pembaca. Kesesuaian sesuatu itu kita kena cari dan kembangkan, dan serasikan dengan diri kita sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang, cara saya rumit *seperti D selalu fikir*, tapi yang penting saya selesa dengan cara sebegini. Namun, saya masih dalam proses pembelajaran. Saya masih google cara-cara pengstoran yang dapat mengekalkan kesegaran sayur dan sebagainya.

Pembelajaran seumur hidup. Hehe

Lagi satu, penyusunan sebegini memang memerlukan kerjasaman daripada pasangan kita. Mungkin pada mulanya dia rasa kurang selesa atau tidak tahu bagaimana nak sesuaikan diri. Tapi lama-lama dipraktikkan, pasti sudah menjadi cara hidup nanti.

Seperti yang saya selalu kata pada D "Suami ketua, isteri pengurus"


Terkini: Post Rutin Dobi {Post} dulu, saya teringin nak beli bekas baju kotor yang ada tiga ruang berasingan macam gambar dibawah



Sudah berjaya meyakinkan D! Hehe. Gambar bekas tu nanti saya ambil. Bekas biru besar yang lama, saya jadikan tempat letak baju bersih lepas angkat daripada ampaian, sebelum dilipat. Hehe *kena pandai cari alasan.



21 Julai 2011



37 comments:

  1. byk2 cite, suka yg ko masak, suami tgk TV :p

    ReplyDelete
  2. suke post ini!!!
    bile la nak ade umah senirik ni...:P

    ReplyDelete
  3. I'm amazed with ur effort to stay organized n u really know what u're doing.

    saya pun jenis suka planning n stay organized (walaupun seringkali gagal utk mengikut plan..hehe). rasa puas hati dan tenang dan boleh tersenyum bila tengok sume barang terletak, tersusun di tempat yang sepatutnya ;)

    thanx for sharing ur wonderful ideas n way of life n keep on sharing ya!

    *memang rumit, tapi puas hati!

    ReplyDelete
  4. inspiring! i love it! thanks xora!

    ReplyDelete
  5. huhu mmg panjang entry ni....best kan kalau dapat wat mcm tu...tersusun cantik je...xsabo nak pindah..haishhh bila la nak dapat tukar ni =(

    ReplyDelete
  6. whee... bess...

    da ade rumah sndri, sng nk uruskan semuanya ikut keselesaan sendiri...

    go laling! ko mmg sumber ilham ku ;p

    tp aku setuju, siang sume2 tu sblm simpan dlm peti ais... :)

    sile uplod gmbr2 rumah ko lg ye ;p

    ReplyDelete
  7. Reen: tu kisah epic ok. disebabkan hal tu, kan kita buat mogok masak seminggu hahahaha *excluding laling :P

    Roeza:InsyaAllah, nnt ada, terus tak menang tangan nak uruskan!

    llizam: amat setuju. mmg rumit, tapi puas hati sangat-sangat kan?

    adda: terima kasih sudi baca post panjang giler ni :P

    Farah: sabar, masanya akan tiba :D

    Laling: upload dgn datang rumah tgk sndiri berbeza hokey~~ dtg.. aku dah nak beranak ni!

    ReplyDelete
  8. saya sangat tertarik dengan entry ni..
    sangat mementingkan ketelitian susunan barang..
    memudahkan kite sngt..
    yeayy!!pasni boleh apply kan dalam hidup

    ReplyDelete
  9. bestnyer perkongsian ni.. lebih praktikal.. thanks dengan perkongsian ni.. tak pernah terfikir pun nak buat mcm tu...

    ReplyDelete
  10. kagum! akak xora ni memang orang yang tersusun dan sistematik kan.. sangat kagum :)

    ReplyDelete
  11. suka entry ni..

    maybe time cuti berpantang yg lama nnt saya akan rujuk semula post ni..hehe

    thanks ea ;)

    ReplyDelete
  12. thanks xora.. sgt inspiring.. bole praktik lps kawen nnt :)

    ReplyDelete
  13. memang sangat tesusun... sangat sempurna... :) [terase lame pulak tak memasak sejak2 asben asyik gi out stesen ni ;) ]

    ReplyDelete
  14. Xora sangat kagum sungguh sistematik. *tak terfikir pun balut sayur cmtu, sedikit tambahan saya ade log book yang saya letak di dapur untuk rekodkan stok-stok brgan basah, kering etc (setiap kali balik pasar akan update dengan price, tampal resit) so boleh monitor belanjawan dapur :)

    ReplyDelete
  15. wlwpun panjang tp penuh dgn info dan inspirasi,nti nk wat label la,sng skit nk cari brg.klu x tu,kena buka satu2 almari tgk.thanks utk info yg sgt berguna ne :)

    ReplyDelete
  16. *impressed!!

    saya bukan seorang yang organized,tapi rasanya habit yang baik boleh dimulakan jika bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  17. nanti kalau aku dah ade mood nak kemas dapur, dah ade rumah sendiri @ at least nak duduk lame kat rumah tue, aku refer ko punye entry nie.

    HEHE.

    gilo organize la kau nie. aku suke! ade geng. takdela laki aku ckp aku terlebih rajin. nanti aku tunjuk entry ni kat die biar dia nganga :)

    ReplyDelete
  18. pergh lengkap tips xora ni..mmg leh jd panduan...ha, dh ada rumah sendiri, br la kte tau camne ibu kte ssh pyh urus rumah suami anak2x...tp klu kte dpt hubby yg sama2x rajin tlg, benda jd mudah..yg ptg psgn jgn berkira wat pe keja..slg berbagi tgs even memasak di dapur

    ReplyDelete
  19. phewh, berjaya jugak abeskan baca. mungkin xora patut tulis novel - rasa nak baca n baca lagi. ;)

    i setuju dengan D.. memang rumit.. *garu kepala*

    TAPI..

    ape salahnya kasi extra effort untuk kesenangan sendiri, kan? ;)

    *selalunya i amek masa sediakan bahan dulu sebelum masak. tapi rasanya sediakan bahan sebelum menyimpan - pilihan lebih bijak. saya mesti pilih! thx ye xora!*

    ReplyDelete
  20. bab bab organize memang fati suka refer page xora n iheartorganize... sangat suka! thanks xora!!!

    ReplyDelete
  21. labeling mmg memerlukan effort. tapi once dah buat, mmg memudahkan keje.

    saya dah apply labeling kat ofis. mmg memudahkan kerja! so skang tgh gigih apply kat rumah pulak.

    suke post nii.. :D

    ReplyDelete
  22. keep writing, sis! very inspiring :)

    ReplyDelete
  23. suke entri ni... bila nk ade rumah sendiri ni..

    ReplyDelete
  24. xora, nice entry lah!suka...!hehe.
    alhamdulillah, i pun da start sikit2 organized my dapur..cuma xrajin nak buat post mcm xora.haha.

    tips lain yg boleh ditambah:
    lepas siang ikan bahagikan ikan tu kepada berapa kali makan.cth, kalau ada 8 ekor ikan.sekali masak cuma 4 ekor jek.then, bahagi 2, so masukkan dlm plastik berlainan.nnti bila nak msk keluarkan dlm fridge capai jek plastik itu xperlu keluarkan semua sekali!alamak, ada ke yg fhm ape i ckp ni?T__________T

    ReplyDelete
  25. very informative...good job xora..well done..kamu mmg terbaikk

    ReplyDelete
  26. kagum dengan xora. !! tak sabr juga nak tgk baby xora ehhehe :)

    ReplyDelete
  27. Dear all: terima kasih utk semua komen yg diberi. tak terbalas saya dibuatnye! terima kasih pada yg berkongsi tips masing2 juga ya

    p.s meeya@, saya faham maksud kamu pasal saya pun buat perkara yang sama :D

    ReplyDelete
  28. baru malam terjupe blogger mat salleh nie pandai juge organize dia pnye rumah alih2 u buat ala2 m'sia...minggu nie harus mulakan projek baru...huhuhu good jon girlszz

    ReplyDelete
  29. Hi lah xora, teringin nak dtg rumah kamu..hehehe..boleh mcm tu..kehkehkeh

    ReplyDelete
  30. kagum dgn entri ni..alamak!! dapur su masih kelam kabut..sekarang still xsuka masuk dpur..pembawakan kot..bau sabun pun tak suka nak basuh baju..tggu dah hilang alah baru nak susun rumah ni elok2..Alhamdulillah sekarang suami yg uruskan dapur dulu.

    tak dapat nak pi tgok baby kak fidos along tuu..xlarat lagi nak keluar rumah

    ReplyDelete
  31. Xora dari zaman anak dara sehingga kini tak pernah berubah, sentiasa terperinci dlm segala perkara.....sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgtt! ops maaf, ter-over sudah..hehe

    ReplyDelete
  32. kte sama la xora.. sgt suka organise barang2.. hehe..

    nnt da kawen bleh praktik organise dapur n tmpat laundry sndiri.. suka..!!
    nak kongsi style mak sy.. dia akan asing kan ikan2 or udang yg da siap siang di dlm plastik putih.. so nmpk la isi kat dlm tuh.. tp dia simpan dlm 1 bekas besar je..so dlm freezer ada 1 bekas besar.. bila nak masak just keluar kan plastik (ikan or udang) yg nak dimasak..
    sama jgk dgn sayur, buah, etc.. sume da siap basuh.. masukkan dlm plasktik putih n letak shj dlm fridge..
    cuma sy rasa agak mencemar alam di situ.. hehe.. sbb pakai byk plastik..

    ReplyDelete
  33. Suka sangat baca. Dari A-Z tak miss pun. Aini pun teringinnak buat macam ni lepas kawin sebab dapur kat rumah ibu pun macma tak terurus je. Hopefully dapat buat and maintainkan. Aini paling suka idea list tu. Tak pernah terpikir. Thanx!

    ReplyDelete
  34. sgt banyak dpt knowledge fr0m here... l0ve uuuu... :)

    ReplyDelete
  35. salam xora,
    am one of ur silent reader..

    boleh ke xora berkongsi info mengenai kictchen cabinet u tuh,which vendor yer and the cost?myself pun duduk kat area2 serdang/kajang

    pls msg me at nur_liyana@tm.com.my bile ade kelapangan...

    have a good confinement ya.thanks.

    ReplyDelete
  36. Salam Xora
    Ayam - cuci bersih dan rendam dlm air garam. Simpan dlm peti sejuk/ais. Air garam tu rebus jadi stok.
    Allah berkati kamu sekeluarga.

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)