05 April, 2011

Saya Masih Disini

Salam dan hai


Menghilang lebih lama daripada biasa kali ni.


Mari saya senaraikan alasan-alasan sebab musabab kehilangan saya daripada dunia blog:


1. Dah pindah rumah di Bangi. Dah tak duduk Serdang yang ada akses Internet 24 jam *nangis

2. Tengah berkira-kira bersama D untuk jadikan TV kami, sebagai monitor untuk akses Internet. Cuma tinggal beli CPU dan wireless mouse & keyboard. Menunggu baget yang sesuai.

3. Masih belum membiasakan diri dengan rutin seorang isteri, pekerja dan suri rumah. Dulu jawatan suri rumah, dibantu oleh ibu, jadi suri rumah tu cuma jadi suri aje. Sekarang dah tak cukup tangan nak uruskan sendiri. Penat dan mungkin juga sudah kurus sikit sekarang. Hehe.

4. Otak tak dapat fikir nak karang post terbaru pasal asyik fikir petang nak masak apa, hujung minggu nak gi pasar beli apa, dan bila nak kemas bilik belakang yang tiba-tiba jadi stor 'terjun'.

5. Bila badan penat, otak pun penat. Apa pun tak jalan. Tapi yang pastinya, hidup berdua, hidup berdikari--penat tapi menyeronokkan!


Tapi dah alang-alang tulis post baru, saya nak kongsi idea dibawah ni. Rasanya belon helium ni cantik juga kalau dibuat ganti untuk arch atau hiasan di meja buku tetamu, mahupun ruang bergambar. Cuma risikonya belon-belon tu pecah atau hilang tanpa dapat dikesan oleh tangan-tangan gatal. Hehe Tapi ideanya tetap cantik :)jadi tetap mahu kongsinya disini :)


Sumber: katespade.com


P.s pada mereka yang ada emel mahukan kertas kerja tu semua, insyaAllah saya akan emelkan dalam waktu terdekat. Pada mereka yang ada emel saya untuk hal-hal lain, mungkin saya akan mengambil sedikit masa untuk membalasnya ya. Saya cuba mengimbangi semuanya :)


5 April 2011

7 comments:

  1. org dah kawen mestila bz...hehe

    ReplyDelete
  2. yup.. saye pon yang baru 6 bulan lebih kawen ni jugak masih 'terketar2' dan merangkak menguruskan rumah tangga... selalu rase bersalah sebab tak sempat nak siapkan bekfas... !!! harus improve diri ni...:)

    ReplyDelete
  3. kena biasakan diri menjawat 2 jawatan huhu.

    ReplyDelete
  4. xde internet di rumah? I amat faham =)

    sangat setuju dengan statement "Dulu jawatan suri rumah, dibantu oleh ibu, jadi suri rumah tu cuma jadi suri aje" *kes sama dan sekapal dengan Xora*

    All the best!

    btw dekat area rumah u ada rumah kosong lagi? *tibe2 je* ;)

    ReplyDelete
  5. transformation - dulu mak banyak bantu, skrg semua kita yg buat. saya belum ada pengalaman, tapi saya tau msti perlukan masa utk sesuaikan diri & mencekapkan diri utk buat all of things kat rumah kita. Good Luck ye. i know u can do it..:)

    ReplyDelete
  6. Dear all: terima kasih utk komen dan kata2 semangat. nak tulis post ttg pengurusan masa tapi masih mengarang. tunggu betul2 masak, baru boleh kongsi hehe.

    p.s anis,kat kawasan rumah saya dah takde rumah kosong dah tapi kalau nak dijual tu ada la, cuma harganya start RM370K *pengsan.

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)