07 April, 2011

Idea dah Ada, tapi Kekangan Teknologi Pula

Salam dan hai


Saya nak menulis tentang pengalaman saya dan D masuk ke rumah baru. Saya kira, mungkin ada cebisan pengalaman tu dapat digunakan oleh mana-mana bakal/mantan pengantin yang akan berpindah berdua bersama suami.


Tapi...


Gambar pula tak dapat nak pindah ke komputer. Tak tau kenapa.


Mungkin tak serasi kot model handphone saya dengan komputer ni. Banyak sangat nak kongsi, tapi teknologi membataskan saya. Post dah siap, cuma gambar tak dapat nak dipindahkan. Jadi rasa marah* Tak best la tulis post tanpa gambar.

Jadi memandangkan tujuan saya tak kesampaian, saya masukkan sedikit gambar selingan, perjalanan persiapan rumah kami yang saya dan D usahakan. Gambar ni memang dah lama dipindah daripada handphone.



Ini dulu lalang semata, tapi sekarang tanah sekangkang 'anak kera'ni sudah saya tanam dengan pokok pandan dan pokok cili. Rancangan masa hadapan, nak tanam serai, daun kari dan limau purut.



masa kami sibuk cari lampu dan kipas untuk rumah kami.


Ibu belikan water dispenser pasal saya tak biasa minum air paip yang dimasak *kasih ibu.



D dengan almari idaman dia.



Roman blind di tingkap tangga.



sudut dobi saya yang masa tu cuma ada sabun. Sekarang ketiga-tiga tingkat ni dah penuh dengan barang.



Penapis yang praktikal.



Sedikit deko di dapur. Letak kat tepi peti ais pasal D tak suka magnet di pintu peti ais. Situasi menang-menag.



Nanti dalam post akan datang, saya nak kongsi tentang pengalaman menguruskan urusan rumahtangga tanpa bantuan ibu. Tak susah, cuma kena belajar susun aktiviti dan masa. Tapi penat itu memang pasti.



InsyaAllah saya akan cari wadah untuk pindahkan gambar-gambar daripada handphone ni.






p.s Pada mereka yang ke majlis Elya, mungkin kita dapat berjumpa ya? InsyaAllah, mahu meraikan Elya dan bakal imamnya :D






7 April 2011

18 comments:

  1. wah!!t xora dtg time elya kawin!:)sonoknyer:)huhu~..

    ReplyDelete
  2. fridge magnet letak kat tepi instead of depan..comel je huhu

    ReplyDelete
  3. okay anak ibu lah ni ;-)
    tp tak pe..pengalaman kan semua ni..lagipun smpai ble nk harapkan ibu kan..heheh..n memori sama2 cari barang utk rumah, mesti best ..

    ReplyDelete
  4. bestnye sudah ade rumah sendiri... Atun masih mencari lagi.

    Dah banyak dah barang kat rumah Xora ni. Rase jeles plak. Haha~ T__T

    ReplyDelete
  5. sukanye tgk org yg dh ade rumah sendiri :)

    ReplyDelete
  6. terbalik la pulak.i tak suke tempek2 bendaalah tu kt fridge.tunang i suke bawak balik benda2 tu dan tempek *_*

    haha.ni yg best rumah ats tanah ni.bole cucuk tanam.kalau atas pokok mcm i tak dapek nk menanam apa2.haha.

    ReplyDelete
  7. beshnye ade umah sendiri. ble bercucuk tanam lagi. besh2! =)

    hiasan kat tangga tu cantek (^_^)

    ReplyDelete
  8. good luck, supaya menjadi isteri mithali

    ReplyDelete
  9. hello sis..kat mana beli penapis tuh?nak jugak :-)

    ReplyDelete
  10. ala comey!!

    kalau ada rezeki, boleh jumpe xora kat kenduri elya!!!

    ReplyDelete
  11. Xora, kongsi tips nak beli rumah! Syg kamu.:-P

    ReplyDelete
  12. besh nya dok umah sendiri. belajar berdikari hehe.

    ReplyDelete
  13. hye blogwalking di sinie :) bila dh berkahwin smuanya kene buat sndri :)

    ReplyDelete
  14. HYE XORA! NK TGK LG GMBR UMAH BR! HEHEHE. NICE!

    ReplyDelete
  15. dear all terima kasih utk semua komen :D korang semua pun selamat maju jaya ye bila nak deko rumah sendiri nanti :D

    P.S Pussy cats, penapis tu saya beli di Cosway. kat Ikea pun ada warna hitam.

    Aniem: mungkin saya akan tulis tentang apa yg kamu utarakan hari ni :)

    ReplyDelete
  16. bestnyeee urus rumah sendiriiii..
    syok betol

    ReplyDelete
  17. seronoknyer pindah rumah baru n dapat hias rumah sendirikk!!..

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)