31 January, 2011
28 January, 2011
Masih Disini
Salam dan hai
Ye, saya kejap timbul, sekejap tenggelam. Hehe. Saya cuba sebaiknya untuk menulis post baru. InsyaAllah, saya takkan tinggalkan blog kahwin ini. Walaupun mungkin tidak menulis tentang majlis saya yang dah dua bulan berlalu, tapi sekurangnya, saya akan tetap menulis. Berkongsi idea dan pendapat pada mereka yang sudi membaca dan berbincang.
Saya masih disini. Saya takkan jadikan alasan kehidupan berumahtangga sebagai alasan untuk tidak mengemaskini blog. Cuma musabab sebenar-benarnya adalah: kekeringan idea. Itu sahaja. Saya suka menulis artikel tapi saya memerlukan idea mencurah-curah, baru dapat hasilkan post yang dekat dihati pembaca. Nak kongsi idea-idea daripada google images pula, dah banyak jumpa gambar-gambar yang sama dan sudah dikongsi oleh blogger lain. Jadi makan masa untuk berjumpa yang berkenan.
Saya nak kongsikan beberapa keping gambar yang mungkin boleh beri idea baru untuk bakal pengantin dan mantan pengantin yang masih sudi terus membaca blog saya.
Kad jemputan
Buah tangan
Sumber: offbeatbride.com
Props
p.s: teringat idea masa majlis Ayu Raudah, yang ada monyet tu. tapi pasal monyet bagi saya sedikit menakutkan saya, jadi guna arnab lagi comel :P
Idea
Perincian
Deko lilin
Presentation
Deko pompoms kertas di rumput
Kerusi best!
Dekorasi
Tempat potong kek --untuk majlis di rumah yang ada pokok, best juga.
Sumber: marryyoume.com
Ok, sehingga saya menulis lagi..! Terima kasih pada mereka yang masih setia dan sudi melawati blog saya walaupun tiada post yang terbaru kebelakangan ni.
28 Januari 2010

24 January, 2011
Blog Bercuti bila Puannya Bercuti
Salam dan hai
Ini adalah post berjadual. Saya dan suami sedang bercuti di satu lokasi yang tenang sehingga hari Rabu, 26 hb. Saje, nak luangkan masa berdua dengan suami dan sempena meraikan hari jadi saya yang ke 27 tahun yang jatuh pada hari ini, 24 Januari.
InsyaAllah, kalau berkesempatan nak menulis selepas pulang, saya akan menulis. Banyak post tertangguh, ada beberapa kad jemputan yang saya terima yang bagi mata saya amat menarik untuk saya kongsi. Pada mereka yang telah menghantar emel untuk sebarang kertas kerja, harap boleh tunggu sehingga saya kembali menulis ya. Pada yang ingin berurusan tentang barang-barang sewaan, boleh terus sms saya pada nombor yang saya beri. Maaf juga minggu lepas tidak berkesempatan berkongsi post baru, saya demam teruk. Baru kebah. Tak agak-agak, terus berjalan kan hari ini? Heheh.
Sepeninggalan saya daripada dunia blogging ini, harap pelawat yang datang boleh klik dahulu link-link bakal pengantin dan mantan pengantin ditepi ni dulu ya.
Salam hormat dan selamat membaca!!
24 Januari 2011

18 January, 2011
Guestbook Ala CSI
Salam dan hai
Teramat tak sempat nak mengarang post sekarang. Super tak sempat. Tapi InsyaAllah, saya takkan biarkan blog ini hidup segan, mati tak mahu. Cuma, mungkin kekerapan mengarang tu ada tenggelam timbul. Jadi pada mereka yang mungkin saya lambat balas emelnya, minta maaf ya. Saya akan balas, cuma soal lambat atau cepat sahaja.
Post kali ni, masih perihal buku tetamu atau guestbook.
Tak tahu nak kasi tajuk post ini apa. Jadi guna perkataan CSI psal dalam cite CSI selalu amik cap jari :P
Cara paling mudah.
Sediakan kertas putih, kalau size A4 pun tak apa tapi kalau nak paling besar, terpulang. Tapi kena fikirkan tentang papan kayu untuk lapiknya dan beberapa perkara lain. Kalau buku, cuma binding menjadi buku, dan siap!
Boleh sediakan lukisan berupa pokok. Sediakan beberapa warna atau mungkin satu warna sahaja memadai (ikut pada baget dan rancangan), kemudian tetamu cuma perlu calitkan ibu jari mereka dengan dakwat tu, lalu lekatkan sahaja di mana2 ranting yang mereka berkenan.
Deko mudah di meja tetamu pasal cuma perlukan tisu untuk tetamu bersihkan jari, beberapa batang pen dan dakwat cap jari ikut warna pilihan kamu (saya tahu ada nama lain untuk material ini tapi tak tau hehe) untuk calitkan di ibu jari masing-masing.
Mungkin buku tetamu ini kurang dapat sampaikan pesanan lebih personal, tapi teknik ini lebih segar dan tetamu cuma tekatkan ibu jari mereka di ranting yang mereka nak, siap! Tak perlu bagi ucapan pasal kadang-kadang, nak fikirkan ucapan secara spontan, tak terfikir sudahnya! Cepat dan mudah, tak ada la sesi orang beratur panjang-panjang lagi.
Paling best, pengantin pun ada tempatnya!
Tapi kalau dalam konteks majlis orang Melayu, rasanya sedahan pokok aje tak mencukupi rasanya :P Kena buat beberapa puluh pokok mungkin?!
Paling seronok, si sekecil pun dapat ambil bahagian!
Kalau nak asing-asingkan kertas ikut kepada kategori tetamu pun boleh.
Apa-apa pun, gunakan kreativiti masing-masing ok?! Nah tiada alasan untuk tak sempat sediakan buku tetamu!
Semua gambar adalah daripada sumber: Etsy.com
18 Januari 2010

13 January, 2011
Mengimbangi Semuanya+Guestbook Puzzle
Salam dan hai
Post pendek pagi Khamis
Saya mungkin akan sedikit sibuk dalam beberapa hari akan datang ini. Mungkin kesibukan ini memustahilkan saya untuk kemas kini blog ini dengan post terkini. Percubaan mengimbangi semuanya dan memang bukan mudah.
Jadi buat masa sekarang, kepada pembaca blog saya, mungkin boleh lawati blog-blog bakal pengantin dan mantan pengantin didalam senarai saya ditepi ini buat masa sekarang ya sementara saya belum berjaya mencuri masa untuk kembali menulis. Oh ya, pada bakal pengantin yang baru berjinak-jinak buka blog kahwin mereka, boleh tinggalkan url masing-masing dalam ruang komen ini atau emel pada saya. Nanti saya akan masukkan dalam list di tepi itu ya?
Terima kasih sudi melawati blog saya hari ini.
Tapi sebagai penyeri post pagi ini, saya kongsi idea buku tetamu yang luar daripada kebiasaan.
Sumber: Esty.com
Jadikan puzzle ini sebagai medium untuk tetamu menulis ucapan. Nanti, selepas majlis, boleh la kamu dan pasangan (atau ahli keluarga yang lain) sama-sama satukan setiap bahagian puzzle. Aktiviti pasif yang menyenangkan.
Lepas siapkan puzzle, boleh terus bingkaikan dan gantung di dinding rumah. Hari-hari boleh tengok ucapan tu..!
Jom, jalani hari yang produktif hari ini!
14 Januari 2010

12 January, 2011
Tataletak Majlis
Salam dan hai
Saya suka tengok gambar di bawah ini.
Sumber: Google images
Gambar ini bukan majlis perkahwinan orang melayu kita, cuma saya suka idea dalam gambar ini.
Kerusi chiavari disusun mengelilingi apa yang kita boleh panggil sebagai pelamin mini (dalam konteks majlis melayu). Dibuat di dewan atau ditaman yang cukup luas, memang akan nampak cantik. Apa tah lagi ruang dewan ini sendiri, pun membulat. Jadi memang cantik susunannya.
12 Januari 2011
11 January, 2011
Mini
Salam dan hai
Selama ini, saya dah banyak kali tengok hiasan tengah (Centerpiece) bunga, gula-gula, cupcakes, kertas dan macam-macam lagi.
Tapi kali pertama tengok hiasan tengah yang gunakan model kereta.
Mungkin kalau:
1. pengantin diarak dengan kereta sport
2. pengantin memang berminat dengan kereta sport
3. pengantin mempunyai beberapa koleksi model kereta dengan percuma disebabkan dapat masa servis kereta di Shell atau beli masa promosi Shell.
maka, hiasan tengah ini boleh digunakan.
11 Januari 2011
Bentuk Hati
*Ini adalah post berjadual
Salam dan hai
Terjumpa gambar tart nenas ini dalam google images
Kasi hadiah doorgift pun comel kan?
Kalau nak tart nenas sedap, boleh pergi ke blog Reen. Tart nenas nya bukan la bentuk hati, tapi bentuk mangkuk. Yang penting sedap!

07 January, 2011
Tips untuk Elak Iri Hati/Dengki/Tak Bersyukur
Salam dan hai
Saya terima emel daripada seorang bakal pengantin 2011 ni dan suka untuk saya kongsikan isi emel tersebut.
Si bakal pengantin ini kata dia suka baca blog kahwin. Tapi lagi dia banyak baca, lagi dia stress. Dia stress tengok persiapan orang lain semuanya kencang, dapat penuhi impian perkahwinan masing-masing, nama-nama vendors semuanya dasyat dan ternama, idea masing-masing hebat dan unik, keluarga dan kawan-kawan semuanya membantu, persiapan daripada A sampai Z semuanya tersusun rapi.
Keadaan dan situasi berbeza buat dirinya. Serba satu berbeza. Bila dia tengok persiapan ala kadar dia, terasa sangat kerdil. Stress sampai tahap kempunan.
Saya rasa, pasti ada mantan dan bakal pengantin yang pernah melalui fasa ini. Fasa bila kita tengok persiapan orang rancak, dan tilik persiapan sendiri, rasa malu pun ada. Tiba-tiba rasa panik, rasa macam banyak lagi tak buat, banyak lagi belum siap, banyak lagi tertinggal. Apatah lagi bila tengok hasil baju nikah atau sanding blogger lain yang serba cantik dan mewah, buat kita rasa 'kalau la duit tu tumbuh kat pokok mangga belakang rumah aku ni". Saban hari dijaja dengan gambar kemewahan majlis perkahwinan golongan atasan yang kita tahu, kita takkan mampu merasainya.
Saya pun pernah mengalami semua itu pada awal persiapan saya. Tapi bila sampai tahap saya rasa, penilaian material telah memakan kebaikan perkahwinan itu sendiri, sebagaimana api memakan kayu, itu adalah titik noktah untuk segala nafsu.
Jadi, saya nak berkongsi tips bagaimana nak elakkan diri dihujani sebarang perasaan negatif, tak kisah la iri hati, kempunan, stress dan apa lagi perasaan tak baik apabila membaca atau melihat perkahwinan orang lain. Saya gunakan tips ini untuk melindungi hati saya dan seterusnya supaya saya lebih fokus hanya kepada perkahwinan saya sahaja.
1. Belum tentu itu yang terbaik untuk saya.
Bila kita tengok baju pengantin yang serba cantik dibadan pengantin, fikir satu sahaja "ya, baju tu memang cantik, tapi kain/potongan/fashion tu belum tentu cantik dan sesuai untuk badan aku". Kena ingat, setiap pengantin adalah individu dan kita ada kelebihan yang tersendiri untuk diserlahkan dan kekurangan yang perlu disembunyikan. Fikir sahaja, baju sebegitu, cantik di dalam gambar, belum tentu cantik dibadan kamu. Ingat, yang diabadikan adalah gambar kamu dan bukanlah gambar pengantin lain.
2. Itu tak sesuai untuk majlis saya.
Tengok pelamin serba mewah, bunga ros beratus dozen, perincian yang serba unik, fikirkan semula, "Pelamin cam tu tak sesuai langsung untuk rumah aku. Aku kan nak buat kat rumah, nanti rumah aku nampak semak" atau fikir "Aku mesti nak amik gambar famili ramai-ramai, baru best dan happening!. Ni hiasan bunga sana sini, kesian lak makcik dan pakcik tak tau nak berdiri di mana". Kadang-kadang, komen negatif lebih mudah menyedarkan kamu tentang realiti apa kesesuaian yang kamu cari selama ini.
3. Mereka tiada dalam senarai jemputan
Tengok majlis yang dihadiri artis atau orang kenamaan, buat kamu berfikir, 'wah ni pengantin ni mesti anak VIP ni'. Fikirkan semula, 'Eh ini majlis aku, takkan aku nak kasi tetamu dok bergambar dengan artis. Patutnya tetamu kena bergambar dengan aku la' atau 'Ish, takmo la. Aku nak ibu ayah suami aku yang duduk disebelah kitorang, takmo VIP yang duduk. Dahulukan keluarga!'. Fikirkan, samada kamu sendiri akan selesa atau tidak dengan kehadiran orang 'ada-ada' ini dalam majlis kamu.
4. Bukan itu tema perkahwinan idaman saya.
Kamu lihat gambar di Internet, satu tema majlis perkahwinan yang unik dan terus mengkagumi. Kagum sampai mula la berbelah bagi dengan tema majlis sendiri. Fikirkan semula, adakah kamu benar-benar mahukan satu tema perkahwinan yang unik, atau mahu tema perkahwinan yang mungkin tidak unik, tapi 20 tahun akan datang, kamu tidak akan menyesal memilih tema tersebut. Ingat, apa yang unik pada kamu sekarang, mungkin akan kelihatan pelik 5 tahun akan datang. "La, majlis kahwin ke? Aku ingatkan pakaian beragam kat opis ko!"
5. Saya bukan pengantin boneka
Mahukan majlis diatur oleh Wedding Planner? Kecewa, bila kamu tidak berkemampuan untuk mengupah orangnya? Fikirkan semula, adakah kamu ini jenis orang yang suka cuci tangan dan kaki kerana semuanya sudah diatur majlisnya atau kamu seorang yang mahu merasa setiap pahit manis persiapan kahwin kamu sendiri? Mahu bercerita pada anak-anak kamu, "Mak dulu, masa nak kahwin, 5 hari tak tidur pasal kena buat biskut untuk kasi buah tangan tetamu". Cuba fikir, kalau kamu tidak bersusah sekarang, rasanya, apa sahaja yang kamu boleh kongsikan tentang kepayahan kamu dan suami mengatur majlis kamu kepada anak-anak? Wang boleh selesaikan semuanya? atau bagaimana dengan kerjasama, toleransi dan tolong menolong membantu sesama kita.
6. Sempurna dalam Kurangnya
Kamu kagum melihat bakal pengantin yang masing-masing siap ada buku scrap sendiri, yang penuh dengan gambar, resit, jadual dan sebagainya. Kamu pula, hanya ada beberapa keping kertas A4, yang cuma ada lakaran kasar pelamin kamu, mungkin juga tampalan baju nikah yang kamu jumpa dalam surat khabar tempoh hari dan anggaran belanjawan yang tersalah kira. Adakah itu bermakna majlis kamu tidak akan lancar? Sesuatu yang kurang itu, tetap akan nampak sempurna kalau kamu menghargai dan mensyukurinya. Adakah kamu mahu jadi bagai robot/ komputer yang tersusun rapi tapi tiada perasaan? Ingat, setiap orang ada cara kerja masing-masing dan hanya kerana kamu tiada menguruskan majlis kamu sebagaimana orang lain uruskan, tidak bermaksud kamu tidak merancang dengan baik. Kesempurnaan itu berlaku bila kamu dapat menikmati setiap saat majlis kamu, baik atau buruk.
7. Bukan itu yang aku cari
Setiap pengantin adalah individu. Saya ulang semula fakta ini supaya kamu semua sentiasa ingat, pilihan dan citarasa adalah berbeza. Hanya kerana kamu baca di satu blog yang mengatakan "Oh, i tak suka lace untuk baju nikah i. i nak plain sifon sahaja. I rasa lace tu dah terlalu biasa orang pakai untuk kahwin", terus kamu tak mahukan lace. Adakah kamu pasti kamu akan suka baju plain sifon kamu yang buat kamu berfikir "macam aku lak nak gi majlis kahwin orang!" berbanding baju lace idaman kamu? Buat pilihan yang bijak dan jangan termakan apa kata-kata dalam blog yang kamu baca (kecuali blog ini hahahah). Biar pilihan kamu hari ini akan memberi kesan bila kamu lihat gambarnya dan kamu akan kata "Aku memang dah buat pilihan terbaik!". Itu yang saya rasa setiap kali tengok gambar saya ini. Hehe.
Jadi buat bakal pengantin, usah tertekan dengan perkara yang langsung tak layak menyemakkan fikiran kamu. Saya harap tujuh perkara diatas dapat membantu kamu untuk lebih fokus dan jangan sekadar menjamu nafsu yang tidak bertepian.
Kalau ada pembaca yang mahu berikan tips lagi, boleh kongsikan diruang komen ya.
7 Januari 2010

06 January, 2011
05 January, 2011
Idea Wedding Feather
Salam dan hai
Perkongsian idea praktikal.
Rujuk semula post pelamin pakai lampu bulp {Post}.
'Kahwin'kan konsep ini dengan bulu-bulu ini.
Maka jadi la seperti ini!
Kalau nak terapkan konsep yang sama pada keseluruhan majlis, mungkin idea dibawah boleh.
Untuk flower girls atau pengapit
Aksesoripengantin
Buah tangan
Kad jemputan
Rozek
Centerpiece
Arch
Bunga manggar
Bunga tangan
TQ tag
Meja buku tetamu
dan akhir sekali-- kek pengantin
Semua gambar adalah ehsan google images
OK, mungkin kek tu berlebih-lebihan sangat :P
Tapi korang dapatkan idea wedding feather ini macam mana. Seimbangkan penggunaannya. Biar sedikit-sedikit diterap, tapi ketara.
5 Januari 2010