Salam dan hai
Saya terima emel daripada seorang bakal pengantin 2011 ni dan suka untuk saya kongsikan isi emel tersebut.
Si bakal pengantin ini kata dia suka baca blog kahwin. Tapi lagi dia banyak baca, lagi dia stress. Dia stress tengok persiapan orang lain semuanya kencang, dapat penuhi impian perkahwinan masing-masing, nama-nama vendors semuanya dasyat dan ternama, idea masing-masing hebat dan unik, keluarga dan kawan-kawan semuanya membantu, persiapan daripada A sampai Z semuanya tersusun rapi.
Keadaan dan situasi berbeza buat dirinya. Serba satu berbeza. Bila dia tengok persiapan ala kadar dia, terasa sangat kerdil. Stress sampai tahap kempunan.
Saya rasa, pasti ada mantan dan bakal pengantin yang pernah melalui fasa ini. Fasa bila kita tengok persiapan orang rancak, dan tilik persiapan sendiri, rasa malu pun ada. Tiba-tiba rasa panik, rasa macam banyak lagi tak buat, banyak lagi belum siap, banyak lagi tertinggal. Apatah lagi bila tengok hasil baju nikah atau sanding blogger lain yang serba cantik dan mewah, buat kita rasa 'kalau la duit tu tumbuh kat pokok mangga belakang rumah aku ni". Saban hari dijaja dengan gambar kemewahan majlis perkahwinan golongan atasan yang kita tahu, kita takkan mampu merasainya.
Saya pun pernah mengalami semua itu pada awal persiapan saya. Tapi bila sampai tahap saya rasa, penilaian material telah memakan kebaikan perkahwinan itu sendiri, sebagaimana api memakan kayu, itu adalah titik noktah untuk segala nafsu.
Jadi, saya nak berkongsi tips bagaimana nak elakkan diri dihujani sebarang perasaan negatif, tak kisah la iri hati, kempunan, stress dan apa lagi perasaan tak baik apabila membaca atau melihat perkahwinan orang lain. Saya gunakan tips ini untuk melindungi hati saya dan seterusnya supaya saya lebih fokus hanya kepada perkahwinan saya sahaja.
1. Belum tentu itu yang terbaik untuk saya.
Bila kita tengok baju pengantin yang serba cantik dibadan pengantin, fikir satu sahaja "ya, baju tu memang cantik, tapi kain/potongan/fashion tu belum tentu cantik dan sesuai untuk badan aku". Kena ingat, setiap pengantin adalah individu dan kita ada kelebihan yang tersendiri untuk diserlahkan dan kekurangan yang perlu disembunyikan. Fikir sahaja, baju sebegitu, cantik di dalam gambar, belum tentu cantik dibadan kamu. Ingat, yang diabadikan adalah gambar kamu dan bukanlah gambar pengantin lain.
2. Itu tak sesuai untuk majlis saya.
Tengok pelamin serba mewah, bunga ros beratus dozen, perincian yang serba unik, fikirkan semula, "Pelamin cam tu tak sesuai langsung untuk rumah aku. Aku kan nak buat kat rumah, nanti rumah aku nampak semak" atau fikir "Aku mesti nak amik gambar famili ramai-ramai, baru best dan happening!. Ni hiasan bunga sana sini, kesian lak makcik dan pakcik tak tau nak berdiri di mana". Kadang-kadang, komen negatif lebih mudah menyedarkan kamu tentang realiti apa kesesuaian yang kamu cari selama ini.
3. Mereka tiada dalam senarai jemputan
Tengok majlis yang dihadiri artis atau orang kenamaan, buat kamu berfikir, 'wah ni pengantin ni mesti anak VIP ni'. Fikirkan semula, 'Eh ini majlis aku, takkan aku nak kasi tetamu dok bergambar dengan artis. Patutnya tetamu kena bergambar dengan aku la' atau 'Ish, takmo la. Aku nak ibu ayah suami aku yang duduk disebelah kitorang, takmo VIP yang duduk. Dahulukan keluarga!'. Fikirkan, samada kamu sendiri akan selesa atau tidak dengan kehadiran orang 'ada-ada' ini dalam majlis kamu.
4. Bukan itu tema perkahwinan idaman saya.
Kamu lihat gambar di Internet, satu tema majlis perkahwinan yang unik dan terus mengkagumi. Kagum sampai mula la berbelah bagi dengan tema majlis sendiri. Fikirkan semula, adakah kamu benar-benar mahukan satu tema perkahwinan yang unik, atau mahu tema perkahwinan yang mungkin tidak unik, tapi 20 tahun akan datang, kamu tidak akan menyesal memilih tema tersebut. Ingat, apa yang unik pada kamu sekarang, mungkin akan kelihatan pelik 5 tahun akan datang. "La, majlis kahwin ke? Aku ingatkan pakaian beragam kat opis ko!"
5. Saya bukan pengantin boneka
Mahukan majlis diatur oleh Wedding Planner? Kecewa, bila kamu tidak berkemampuan untuk mengupah orangnya? Fikirkan semula, adakah kamu ini jenis orang yang suka cuci tangan dan kaki kerana semuanya sudah diatur majlisnya atau kamu seorang yang mahu merasa setiap pahit manis persiapan kahwin kamu sendiri? Mahu bercerita pada anak-anak kamu, "Mak dulu, masa nak kahwin, 5 hari tak tidur pasal kena buat biskut untuk kasi buah tangan tetamu". Cuba fikir, kalau kamu tidak bersusah sekarang, rasanya, apa sahaja yang kamu boleh kongsikan tentang kepayahan kamu dan suami mengatur majlis kamu kepada anak-anak? Wang boleh selesaikan semuanya? atau bagaimana dengan kerjasama, toleransi dan tolong menolong membantu sesama kita.
6. Sempurna dalam Kurangnya
Kamu kagum melihat bakal pengantin yang masing-masing siap ada buku scrap sendiri, yang penuh dengan gambar, resit, jadual dan sebagainya. Kamu pula, hanya ada beberapa keping kertas A4, yang cuma ada lakaran kasar pelamin kamu, mungkin juga tampalan baju nikah yang kamu jumpa dalam surat khabar tempoh hari dan anggaran belanjawan yang tersalah kira. Adakah itu bermakna majlis kamu tidak akan lancar? Sesuatu yang kurang itu, tetap akan nampak sempurna kalau kamu menghargai dan mensyukurinya. Adakah kamu mahu jadi bagai robot/ komputer yang tersusun rapi tapi tiada perasaan? Ingat, setiap orang ada cara kerja masing-masing dan hanya kerana kamu tiada menguruskan majlis kamu sebagaimana orang lain uruskan, tidak bermaksud kamu tidak merancang dengan baik. Kesempurnaan itu berlaku bila kamu dapat menikmati setiap saat majlis kamu, baik atau buruk.
7. Bukan itu yang aku cari
Setiap pengantin adalah individu. Saya ulang semula fakta ini supaya kamu semua sentiasa ingat, pilihan dan citarasa adalah berbeza. Hanya kerana kamu baca di satu blog yang mengatakan "Oh, i tak suka lace untuk baju nikah i. i nak plain sifon sahaja. I rasa lace tu dah terlalu biasa orang pakai untuk kahwin", terus kamu tak mahukan lace. Adakah kamu pasti kamu akan suka baju plain sifon kamu yang buat kamu berfikir "macam aku lak nak gi majlis kahwin orang!" berbanding baju lace idaman kamu? Buat pilihan yang bijak dan jangan termakan apa kata-kata dalam blog yang kamu baca (kecuali blog ini hahahah). Biar pilihan kamu hari ini akan memberi kesan bila kamu lihat gambarnya dan kamu akan kata "Aku memang dah buat pilihan terbaik!". Itu yang saya rasa setiap kali tengok gambar saya ini. Hehe.
Jadi buat bakal pengantin, usah tertekan dengan perkara yang langsung tak layak menyemakkan fikiran kamu. Saya harap tujuh perkara diatas dapat membantu kamu untuk lebih fokus dan jangan sekadar menjamu nafsu yang tidak bertepian.
Kalau ada pembaca yang mahu berikan tips lagi, boleh kongsikan diruang komen ya.
7 Januari 2010

erm itu semua terpulang pada individu... ikut saja kemampuan bukan kemahuan... irihati tu tak payah lah.. berpijak di dunia realiti sudah cukup... kita buat apa yang kita mampu dan suka. itu je. set mind macam tu... insyaAllah ;)
ReplyDeleteowh perasaan tue mmg penah singgah dlm diri nie jugak thun lepas hehe tapi asna fikir positive.
ReplyDeleteNo money No Talk!
terus rasa wah! senangnya keje aku skrg. Tak perlu nk dibandingkan ape yg org lain ada yg kita tak ada. Janji kita rasa selesa. Lbh2 lg dlm bab financial. hehe
suka topik ni!
ReplyDeletesaya pun kadang2 terasa jugak stress tak mampu nak memiliki kemewahan majlis mcm org lain..tapi semua tu saya buang ke jauh2..muhasabah diri..berpijak di bumi yang nyata..dan selalu berfikir..
"bukan rezeki saya untuk dpt majlis perkahwinan yang mewah..tapi mungkin saya akan dapat hidup rumah tangga yang lebih 'mewah'.."
Hi Xora.hehe.bagus betul siapa yg emel u ckp pasal benda ni.mmg betul2 meluah perasaan lah.Itu yg I rasa jugak masa takde blog smpai la dh buat blog.normal kepada semua manusia utk rasa mcm tu kot.as long as tak makan diri sndri sbb nk ikut org sudah... huhu..
ReplyDelete100% agree to ur tips :)
bagusnya tips ni...mmg kdg2 tu keliru dgn pilihan sendiri..tgk org wat cmtu, nk buat gak..org lain wat cm lain pon nk wat gak..lama2 jd serabut..kena betul2 plan n tetap pada pendiriankan..nk jdkan contoh boleh tp berpada2 la.. =)
ReplyDeletebesh la info awk..jd rutin 2-3 r ni tgk blog awak dlu pg2..hehe..
tima kasih atas nasihat anda...sy sgt bersetuju dgn segala nasihat yg anda berikan...ape yg B2B tu rs, sy pernah rs...tp seperti yg anda sarankan... kite kene think positif...apa yg kite tgk n baca adalah wed org lain...tp ape yg kite hadapi is our own wed...bg sy, pepath melayu ade sebut, ukur baju di bdn sendiri... tk slh membc blog B2B utk mendpt idea tp jgn lh smpi terlalu wat perbandingn...
ReplyDeletegood info babe :)
ReplyDeletethe best entry
ReplyDelete-SR-
kina suka ini!;)
ReplyDeleteThanks xora, entry bernas kamu buat saya tersenyum pagi ni.. sebab saya pun ada penyakit hati 2.. ;P
ReplyDeleterezeki masing2..jgn stress sgt.bnyk bende kiter patut stress. tok sah nk compare2 kan weedding kiter dgn org yg lebih berkemampuan..hehe.ape2 pun ukur baju dibadan sendiri...kan sederhana itu indah :)
ReplyDeletexora,sye mmg melalui fasa tersebut skrg ni.tmbh pula majlis hanya tgl lbh krg 2bln je.tp on certain part,dr awl2 lg sjk sye decided mahu aktif dlm dunia blogging sbg bride,sye sudah merasakn stress bila lihat kesempurnaan majlis org lain dan jua keGAHan persiapan mereka.tipu klu kte xpernah rse mcm tue kn??tp sye berbalik kpd kemampuan sye.mujur akal fikiran masih waras.hakikatnye kte lihat majlis mereka sempurna,tp kte xtau ape yg berlaku sebaliknya kn?jd itu sume sudah fitrah.sye hanya buat ape yg sye mampu.bila tgk persiapan mereka, tempah baju dgn designer hebat, sye tekadkn hati jgn fikir sume tue.lain org lain rezki mereka.sye nekadkn hati cari ape yg sye mampu.pus hati atau x,tgu selepas majlis sye.buat mse skrg sye sye berpuas ht dgn apa yg sye pilih tetapi blm hasilnye.hehe
ReplyDeletetips saya...buat ceklist utk persiapan majlis dan dgn ceklist tu leh tentukan bajet sekalik...bajet mestilah ukur baju dibadan sendiri ;) xmo slps habis majlis, hutang bertimbun..niat berkahwin adalah utk bahagia bukan menempah derita..kene fikir selepas kahwin lagi byk perkara yg kita nk buat...
ReplyDeletetumpang komen jugak..
ReplyDeletememang selalu rasa kagum dgn persiapan dan gahnya majlis org lain yg seakan2 fairy tale..
tp at the end of the day, kena remind balik diri, walimah itu sunnah, kalau berlebih2an itu membazir dan Allah tak suka. Islam itu mudah, janji dah akad nikah, dan seeloknya laksanakan walimah. itu sudah cukup, tidak perlu perhiasan extravaganza.
buat takat yg kita mampu. apa yg penting keberkahan dari sebuah pernikahan, itu yg kita mahu.
buat B2B yg lain, saya cadangkan baca buku islamic mengenai pernikahan.once kita dah hadam benda tu, baru kita sedar yg kita duk sibuk dgn hal wedding kita, tp kita lupa nak prepare utk marriage life kita.sekadar perkongsian n peringatan utk diri sendiri =)
kena ukur bj di badan sendiri..
ReplyDeletetakmo menyesal lepas kawen pikul hutang plak...padahal lepas kawen la lagi byk guna duit..huhu..pengalaman kawan2 yg dah kawen jugak byk membantu...
Thanks Xora...
i like this topic! all of the points given are spot on!
ReplyDeletetak perlu kot nak stress dengan apa yang kita tak dapat/mampu. ikut dengan budget yang kita ada sebab lain orang lain taste. just stick to what we've planned and can afford because that's the key.
>> 110% setuju ngan Xora and blogger yg lain..pikir apa yg terbaik dan sesuai ngan majlis kita sahaja..tak kurang dan tak lebih..so sederhana sudah cukup..
ReplyDeletebtol tu,roy sgt setuju dgn si pengirim email tu..lagi bnyk baca blog org,lagi gile kot..pastu jadi terikut22 bile org buat itu n ini..duit pon mengalir mcm air sbb terlalu ikutkan org.cume kebaikannye..dpt bnyk idea2 best la yg bole kite cedok sket..
ReplyDeletetp bile di fikir2kan..buat ikut kemampuan je..
terima kasih xora.. 7 perkongsian yg amamt bermakna..
ReplyDeletep.s : walaupun cik senah tak dak satu blog pun.. tp, dengan menjadi penggemar setia blog2 (termasuk blog xora ni).. byk m'bantu memberi idea dan tips utk persiapan hari bahagia cik senah (insyaallah..bln november thn niee..)
thank you xora bagi tips macam ne..terbaek!nak simpan link ne..agak2 da tersasar landasan je baca balik entry ne..thanks xora!
ReplyDeletethanx for the tips...memang selalu timbul perasaan camtu pon...hohoho
ReplyDeletetapi apapun kena ikut kemampuan=)
rasanya sapa yg ikuti blog2 kawen ni akan rasa perasaan mcm tu kot..sebab saya pun ada rasa camtu gak sblm ni..hehehe
ReplyDeletetp perasaan tu hilang bila memikirkan budget yg kita ada hanya untuk ke tahap itu sahaja..means xbley lebih2 mcm org lain la kan..
dan yg paling ptg saya fikir dan terbayang wajah mak abah dan xnak susahkan mak & abah saya..dorang dah pencen..so terima apa yg ada sahaja..alhmdllh berjalan dgn lancar
suke sume tips ni.
ReplyDeleteakan baca lagi dan lagi setiap kali kite rasa stress. :)
saya pon rase mcm tue..rase kelam-kabut sgt..tp tunang saya igtkan saya yang penting akad..so,saya decide buat yang termampu..mungkin ade impian yg tak dpt tercapai,saya redha je
ReplyDelete-nmy-
sukeee...kak xora slalu wat sy releasee...bole tarik napas lega!hehe..mmng selalu rase mcm tu bile bace blog org laen.n rase sy da wat pilihan terbaik juge bile tgok gmba kasut n bunge tgn sy.heheh.tq kaakk..=)
ReplyDeletemmg kawin tu sekali je seumur hidup, tapi bg saya nikah tu yg penting. buat apa nak membazir duit for such a so called "WEDDING OF THE YEAR". life after marriage is more important than all that. baik guna duit yg melambak2 nak spend for one night tu pegi honeymoon ke or use it to start ur journey as a husband & wife. TAPI TERPULANG kepada individu itu sendiri. saya lebih suka simple wedding yg tak menyeksakan, whats the point wedding gah2, lepas tu nnt after kawin suffering nak bayar itu ini. cuz i know some ppls yg buat loan dan meminjam sbb nak buat wedding ala2 celebrities. dan to me pernikahan bukan tuk menunjuk2 yg kita mampu pakai dress kawin dr mana2 pereka fashion ternama. in the end its just another wedding dress, another wedding. pegi makan nasi minyak, ada setengah tu gosip2 pasal baju pengantin, pelamin hodoh, mcm2 la. even ada yg tak kenal 80% of guest dia pun. how sad is that? NIKAH tu yg penting. im a very modern person tp not into GRAND WEDDING and i even work in the hotel as a wedding planner,. i dont believe in GRAND WEDDING yang akan menentukan kita akan bersama pasangan kita sepanjang hayat. i just wanna be or even better like my parents. they dont even have a WEDDING RING, but they are like a newly wed and loving each other every single day. even my friends called them "ROMEO & JULIET". life after marriage is much more importan BUT THEN ITS ALL UP TO EACH BRIDE & GROOM TO BE.
ReplyDeleteps: readers, please dont get offended with my comment. for im just speaking on my opinions.
sangat2 suka dgn tajuk xora nie..
ReplyDeleteitu yg saya rasakan masa awal2 menjelajah blog2 B2B nie.. rasa stress..!! coz bila tgk preparation masing2 mmg hebat..!!
sampai bila byk tips n idea yg di ceduk drp blog2 nie.. buat kte sendiri yg ssh.. byk sangat bnda yg nak di buat..
sedangkan semua itu x perlu pun.. hanya alternatif untuk memeriahkan lagi majlis..
pernah sekali tuh sampai saya terpikir.. lebih baik aku stop baca blog2 org nie.. bukan lebih membantu tp menyusahkan aku lagi.. hehehee...
tp skrang i'm back to reality.. ambik tips n idea yg mana kte mampu buat n bersesuaian dgn tema n yg paling penting kewangan kte..
jangan jadikan perkahwinan itu sebagai sesuatu yg membebankan..
itu semua adat dan budaya sekarang.. kalau kte dalami dan ikut cara perkahwinan islam.. insyallah semua nye mudah dan perkahwinan kte lebih berkat..
(nie yg slalu tunang saya ingatkan..)
selama liza jd bloggers b2b ni la entry plg best liza baca & kita share sm2..
ReplyDeletemmg liza akui,liza pun ada perasaan mcm tu..tp kita kena sedar kemampuan msg2..jgn nk ikut org lain, last2 kita yg menambahkan masalah/pening..
xora: 110% agree u punya statement..thanks
wah, info yg menarik. tp, sy pulak mengalami keadaan yg berbeza rasanya kot. bilamana semua yg sy dah target & set, tertiba tlh direalisasikan oleh seorg yg penah sy kenali di zmn persekolahan. dr tarikh, theme & para jemputan (yg kebykan adalah kwn sek kami). btw, sy dah sediakan back up plan utk apa jua keadaan. Alhamdulillah, walaupun sy terpaksa postpone tarikh yg asal. :D
ReplyDeletexora!....always love ur writting!...
ReplyDeletehuhuhu btol2..jengah2 blog org len mesti "uishh cntik a.."
ReplyDeletetgk blog org lain lg..
"eh tu pun mantap gk"
*fenin2*
betul betul
ReplyDeletehi Xora. thanks for the info and topik n tips dari post ni sgt berguna buat bakal2 pengantin yg sdg mmbuat persiapan....
ReplyDeletesaya sukaaaaaaaa=)
owh...sangat suke n suke..n trus suke..
ReplyDeleteape y penting..baiki niat u berkahwin..demi mndapat keredhaan ilahi..xperlu nak bermegah kalo kita x mampu,buat setakat kite mampu n enjoy wif it =)
betul ape yang pn Xora tulis kat entry ni..sangat bijak..sebab pada saya ..dapat hasilkan wedding dari air tangan kita sendiri lebih bermakna dari cilok hasil orang lain atau tiru orang lain atau ikot kemampuan orang lain..tak besh..nanti dah tua nak cerita kat cucu tentang majlis kahwin sendiri,x tau nak cerita part yang mne sebab semua nya bukan kite yang fikirkan sendiri dan buat sendiri,.. :)
ReplyDeletexora..tq!
ReplyDeletereally nice info...saya juga sedang pernah mengalaminya pada pasa pertama perancangan majlis saya...
mahukan semua yg terbail coz memikirkan hanya kahwin skali seumur hidup..tapi haruskah saya bergodok gadai serta menghabiskan segala simpanan saya semata merealisasikan majlis perkahwinan yg hanya untuk sehari?
di awal perancangan saya sedih kerana mengidamkan baju serta pelamin yg indah...walhal harga sebegitu lebih wajar saya abadikan untuk honeymoon ke europe barangkali....
sering kali juga bertelagah dgn en tunang kerana dia seorg yg tidak kisah serta sangat besederhana....tetapi sy sentiasa mahu dan inginkan yg terbaik...huhuhhu
Alhamdulillah sekarang saya sedar, makin dekat majlis pernikahan saya dan budget yg sudah byk burst...saya tidak lagi memikirkan jika pelamin saya hanya 1 panel...baju saya hanya designer yg murah..blom ternama...dan serba serbi majlis sy sederhana...yg penting..saya mahu gembira di majlis saya dan I'Allah saya akan berpuas hati kerana saya telah bersusah payah membuat majlis sy itu dan I'Allah ianya akan dipermudahkan.....aminnnnnn
wah... byk sgt komen tuk post ni.. suke sgt bace...
ReplyDeletetp mmg btul... bnd2 negetive mmg akan timbul... ble tgk blog org...
tp at same time... kite boleh amik contoh2 ape yg dorng buat kt dlm wedding kite nnt....
thanks for the briliant idea dear...
alhamdulilah umpa blog ini.. dan semua yang akak tulis tu tepat kena batang hidung sendiri... selalu melihat langit yang tinggi hingga lupa rumput dibumi...
ReplyDeleteanyway.. thanks again untuk sharing yang sangat bermanfaat! ^_^