Salam dan hai
Kebelakangan ini, emel saya dibanjiri dengan pembaca yang baru nak berjinak-jinak untuk jadi blogger B2B yang majoriti mereka bakal pengantin 2011. Mereka ada minat untuk berkongsi perjalanan indah mereka, tapi tidak tahu bagaimana nak memulakan langkah.
Yang dapat saya bagitau disini: Saya cuma blogger picisan. Masih banyak yang saya masih dan perlu belajar.
Tapi demi menghormati permintaan mereka, saya buat juga post ini *masih banyak lagi post tertangguh sebenarnya ni. Hehe. Tidak la saya jamin tips dibawah ini pasti berkesan untuk memajukan blog kahwin masing-masing, cuma ini antara langkah yang saya buat untuk blog saya. Mungkin berkesan kepada kamu atau mungkin juga tidak.
1. Perkongsian tanpa Sempadan
Sharing is sexy.. Sharing is caring.. Apa-apa sahaja definasi perkongsian, memang bila kita berkongsi tentang artikel, idea, senarai vendor dan sebagainya, lebih ramai akan melawat dan membaca blog kita. Kebanyakkan bakal pengantin sibuk, jadi bila menjumpai blog yang mengumpulkan semua maklumat yang mereka perlukan, memang amat memudahkan urusan mereka.
2. Gunakan bahasa atau perkataan yang berkaitan dengan perkahwinan.
Bila kamu pernah buat post tentang "Bunga telur", "Baju nikah warna putih", atau "Hantaran tema merah", bakal pengantin yang google perkataan-perkataan tersebut mungkin dapat menemui blog kamu. Jadi pilih perkataan dan post yang mempunyai potensi tinggi untuk bakal pengantin lain google. Jangan pelatkan ejaan dan jangan rosakkan bahasa seperti "Munge hantaran syantekk" -- lempang sekali, mahu?
3. Menulis tentang majlis perkahwinan selebriti atau orang ternama
Fungsinya, sama juga seperti dalam point di atas. Jangan sekadar meletak gambar majlis sahaja, tapi ulas dan berikan pendapat kamu. Blogger bukan sekadar berkongsi, tapi perlu berani berikan pendapat, tanpa menjatuhkan air muka pihak lain. Mungkin kamu dan beberapa pembaca diluar sana mempunyai pendapat yang sama dan akhirnya, korang akan klik bersama.
4. Kaji dan Kongsi
Menulis blog kahwin ini berbeza berbanding blog peribadi. Blog peribadi, tiada siapa kisah kalau kamu menulis satu post khas tentang aiskrim Sundae Cone yang kekasih gelap kamu belikan kalau kamu mahu, tapi kalau kamu menulis tentang perkara melibatkan kahwin seperti pakej spa untuk bakal pengantin, harga pakej pelamin vendor X dan sebagainya, kamu perlu pastikan pakej yang tulis itu tepat dan sah sehingga sekian-sekian, tarikh dan maklumat lain seperti orang untuk dihubungi, lokasi dan waktu operasi. Paling penting, perkongsian maklumat itu dipersetujui oleh vendor. Kamu bertanggungjawab atas setiap apa yang kamu tulis dalam post kamu. Jika kamu silap, kamu boleh menyebabkan kekeliruan maklumat dikalangan pembaca kamu.
5. Tajuk post menarik
Saya pernah gunakan tajuk kontroversi dalam {Post} "Baju Nikah Saya-- TIDAK SEPERTI YANG DIIMPIKAN", dan trafik blog saya mencanak naik hanya disebabkan post itu. Tajuk kontroversi dan menimbulkan rasa ingin tahu, boleh beri kesan positif pada trafik blog kamu. Cuma jangan terlalu kerap digunakan, sampai pembaca rasa tertipu dan sudah lali dan anggap tiada apa yang menarik, sekadar nak naikkan trafik dan kutipan nuffnang blog kamu.
6. Link kan post terdahulu
Cara ini amat penting dalam memudahkan pembaca kamu membaca post-post yang berkaitan dengan post terbaru kamu. Jangan sekadar menulis ".. Masa sebelum bertunang dulu, dah rancang nak buat hantaran macam yang saya pernah jumpa dulu". Dah jenuh pembaca nak selongkar post-post terdahulu kamu. Bila tak jumpa, mulai hilang minat nak terus membaca. Jadi ada elok kamu terus link kan post mana yang kamu maksudkan dalam perkataan "jumpa dulu" atau kamu boleh buat {Post terdahulu} pada akhir ayat.
7. Kurang widget dan lagu
Kamu mungkin ada lagu-lagu tema antara kamu dan dia, tapi cuba fikir, macam mana paniknya pembaca kamu bila terjah blog kamu, tiba-tiba lagu kuat berkumandang. Habis satu pejabat dengar. Lagi tekanan bila tiada butang nak tekan stop. Jadi, terus sahaja blog kamu dipangkah. Nak lawat lagi, mungkin tidak akibat trauma lagu tak diundang.
8. Teratur dan Mesra Pembaca
Pilih tataletak yang bersih, tulisan mudah dibaca dan tidak terlalu bewarna warni. Pemilihan dua-tiga warna berbeza untuk menyerlahkan/ menekankan pendapat kamu, itu sudah memadai. Ingat, blog bukan pertandingan Mari Mewarna. Kamu juga boleh gunakan fungsi imej untuk menarik perhatian/ memudahkan pembaca terus ke link terdahulu yang kamu telah buatkan khas. Bila kamu ada banyak sangat label post, penggunaan gambar untuk fungsi pautan pantas yang disusun ditepi adalah lebih menonjol.
9. Akui sumber dan hormati blogger lain
Kalau kamu perolehi gambar sumber daripada google images atau laman web tertentu, jangan lupa letakkan sumber dibawah gambar tersebut. Sama juga kalau kamu perolehi gambar daripada blogger lain, letakkan pautan blogger tersebut dan kalau boleh, spesifikkan pautan terus pada post yang telah ditulis olehnya. Sama juga kalau kamu nak hubungkan post kamu dengan post lain yang pernah ditulis oleh blogger lain. Pautkan jika kamu temui post tersebut. Oh ya seperkara lagi, jangan bergaduh sesama blogger bakal pengantin yang lain. Elakkan. Dunia blog kahwin ini kecil sahaja, pusing-pusing, jumpa juga orang yang sama.
10. Letakkan fungsi kotak Search
Label post kadang-kadang kurang membantu kalau pembaca tak ingat label yang mana. Jadi memudahkan pembaca, kamu selitkan ruang kotak Search dalam blog kamu. Pembaca mungkin teringat sebarang perkataan spesifik daripada post tersebut, jadi dia boleh mencari post itu melalui fungsi Search.
11. Pilih gaya kamu sendiri
Memilih gaya menulis mungkin mengambil masa bagi sesetengah orang. Untuk diri saya sendiri, saya dapat rentak penulisan saya kira-kira 6-8 bulan setelah saya mula menulis blog. Jangan paksa diri mencipta gaya penulisan sendiri. Sampai masa, kamu akan temui rentak kamu sendiri. Ada blogger yang gaya penulisannya, bila kita baca bagai dia sedang bercakap di depan kita, terasa sangat mesra bagaikan kawan, ada pula blogger yang penulisannya penuh dengan misteri dan tanda tanya, kita tak dapat duga apa yang bakal dibuatnya, ada pula yang mengambil langkah menulis satu perenggan sahaja, tapi maksudnya sampai.
12. Cuci mata
Gambar memang boleh mainkan peranan. Kadang-kadang, perkataan sahaja tak dapat nak gambarkan idea kamu, jadi letakkan gambar dapat menjadi medium alternatif. *tapi maaf post kali ini memang tiada gambar atas kemalasan tidak bertepi penulis Haha.
13. Hargai pembaca blog
Interaksi diruang komen antara pembaca dengan penulis blog memang penting. Itu saya tak nafikan. Saya sendiri kurang sempat membalas komen dan pendapat yang diberi, mana yang sempat saya akan balas. Pada blogger yang rajin membalas komen pembaca, teruskan usaha anda. Saya respek kamu semua!
14. Kritikan ada maksud
Saya rasa, rata-rata kita dapat membezakan maksud yang tersirat dalam setiap komen dan emel yang kita terima. Kritikan membina akan buat kita mahu lebih berusaha dan kritikan negatif, akan buat hati kita panas dan defensif. Maka, pilihlah untuk mendengar kritikan yang akan membawa kita pada kebaikan dan memperbaiki diri dan blog kita menjadi lebih baik. Jangan sesekali biarkan kritikan memusnahkan kita.
15. Mengalukan pembaca
Elakkan daripada meletakkan kata-kata aluan negatif yang ditujukan kepada anonymous lancang. Jangan. Sebenci mana pun kamu pada mereka, sekerap mana pun kamu terima komen negatif daripada mereka, jangan mulakan kata-kata aluan blog kamu dengan cara yang negatif. Kamu mungkin tujukan kepada 1 anonymous yang datang, tapi 10 orang pembaca yang ikhlas nak baca, turut akan tersentap.
Ini 15 perkara yang saya dapat kongsikan disini. Saya harap kita sama-sama dapat perbaiki blog kahwin masing-masing.
Jangan beri tekanan pada diri sendiri. Jangan paksa orang lain jadi pengikut blog kamu. Beri masa untuk blog kamu naik. Sedangkan bayi yang baru lahir pun, melalui frasa-frasa daripada meniarap sehingga la mampu berlari. Yang membezakan blog kahwin dan blog peribadi, blog kahwin ini ibarat arkib. Setiap tahun, pasti ada bakal pengantin merancang majlis mereka dan blog kahwin menjadi sumber maklumat mereka. Setiap kali menulis, sematkan pada diri, kita menulis sesuatu perkara dengan niat dapat memberi manfaat pada orang lain.
Sesiapa sahaja boleh menulis blog. Adik saya yang berusia 11 tahun tu pun ada blog. Cuma yang membezakannya; minat dan komitment. Itu yang boleh melanjutkan usia blog masing-masing.
Menulis jangan sekali-kali kerana nama.
27 Disember 2010

setuju sekali... like like like like.. tapi ada ubat tak kalo malas nak update blog hehehe?
ReplyDeletedaleela, ubatnya buat post byk2 dan jadulkan post :P pasti nampak seperti kamu rajin update. heheh
ReplyDeletesetuju dengan semua pernyataan. hihi
ReplyDeletemcm 2 eyh??huu~..baik2 sayang..heee~
ReplyDeleteyup..semua betul..kina juga belajar byk dari xora..;)
ReplyDeleteSangat setuju dengan Xora...bukan kerana nama tapi kerana ikhlas untuk berkongsi idea yang kadang-kadang kita tak kesampaian nak buat dapat tengok orang lain buat pun dah seronok :)
ReplyDeleteSangat setuju dengan Xora...bukan kerana nama tapi kerana ikhlas untuk berkongsi idea :)
ReplyDeletehihihi..betul2...:)..sis punya blog saya jumpa bila saya google byk benda pasal wedding...:)....
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteFollow kmu...
Kotak teriak x blh saya teriakkan..
Best! Best!! Suka sangat... Kak xora memang best.. Tak kedekut nak share opinions semua. I like!
ReplyDeleteSalam xora :), sangat setuju dengan entri ni..kadang2 kiter boleh kenal seorang blogger melalui cara penulisan mereka walaupun hanya secara maya,tidak 100%..tahniah..kamu sangat matang dalam penulisan..:)
ReplyDeleteP/S : suka gile dengan bantal nikah kamu..xsabar nak pakai :)
dtg jenguk
ReplyDeletesuka bc ur blog...1st time bc, dh "jatuh cinta"..byk info yg leh diaplikasikan dlm perjalanan menuju hr bahagia...thanks 4 sharing ur info..
ReplyDeletesetuju sgt ngn no 7.. penah bukak satu blog b2b time dgr kuliah (sgt nakal i). skali menjerit lagu tema die kuat gile. suh laptop senyap tapi die xmo. cucuh earphone la ngn menggelabah nye. padan muke i... hahaha..
ReplyDeletealololoo~~~ bess nnye!
ReplyDeleteAGREE!! dengan semua point kamu!
tahniah kak xora..suke bace entry kak xora..bnyk info n terase mcm seorg kakak menasihati adiknya..kadang2 rase mcm cikgu sedng mendidik anak muridnye pon ade jugak..ape pon gaye penulisan kak xora mmg superb.....hehehe
ReplyDeletethanks kak xora..
elya ingat dulu xora ni seorang cikgu..sebb ayat2 yg digunakan sg tersusun :p
ReplyDeletewaa.. tips yg menarik..
ReplyDeleteesp part tips utk blogger yg mls update blog. ahaks~
thanks for sharing ya. ;)
iye. kurenggg suka yg ada lagu2 nie. pening makkk nak cari button stop :)
ReplyDeletewwwahhhh...tepuk tgn untuk xora!!...sgt bagus entry ni...dan sgt betul semuanya...
ReplyDeletetp saya dah private blog...bukan x nak bkongsi...cuma mahu lebih selesa bercerita dan menulis...lgpun, dah lama jd exb2b...xbyk sumbangan dah kot boleh beri kpd kwn2 b2b yg lain..hehe
such a great tips (though I'm not a blogger. Just love to blog-hopping). All the points given are agreed however, yg plg saya setuju is on the 'slang2 manje yg sometimes merimaskn' & also on the lagu yg berkumandang =)
ReplyDeletethanks a lot xora
sukenye bace belog ni.. memang spired. sayangnye jumpe belog kamu terlalu lewat.. da bukan B2B pun.. ehehe..keep it up ok ;))
ReplyDeleteYou're the best ixa :) thanks for sharing. Sebab traffik dari blog ixa lah blog saya tak boleh buka sebab traffic banyak sangat,hahahhaah.
ReplyDeleteSbb sy guna yang berbayar memang ada limit bandwidth. Jadi bulan ni belum akhir bulan dah exceed bandwidth 60GB,huhu. Tunggu awal tahun baru blog boleh berfungsi sedia kala :) pity me.
Photographer ngan B2B memang subtract antara satu sama lain :)
wah mmg best lah..info nie..boleh jadi guide line hehehhe
ReplyDeletetips yg berguna.. saya dah aplikasikan pun tips2 xora.. terima kasih..
ReplyDelete