Salam dan hai
Serius, memang hujung minggu yang amat padat. Tak tahu daripada mana datang kepadatan jadual ni! :p
Sabtu, 4 Disember, Sabtu 4 Disember saya ada dua jemputan. Tapi sebelum pergi ke majlis Hanisah tengah hari tu, saya dan D ni macam tak menyempat, semua benda nak buat pagi Sabtu tu.
Pagi-pagi, sudah pakat nak tunjuk rumah kami pada ahli keluarga kedua-dua famili. Baru dapat kunci rumah, jadi kena buat pemeriksaan rumah, tengok apa-apa yang kurang.
Dalam 11.30 baru selesai isi borang bagai, terus ke rumah Pak Lang, nak lawat dia yang baru balik daripada haji, sambil nak kenalkan D pada dia pasal masa majlis kami, dia tak dapat nak datang pasal berada di Mekah. Cuma SMS aje masa tu.
Balik dalam 12:30 (siap kena lazer dengan Pak Lang pasal dah la kami berdua tiba paling lewat, kami juga balik paling awal. Haha), terus gegas nak siap. Tapi tersekat dalam kesesakan lalu lintas merangkak-rangkak disebabkan MAHA 2010.
Siap ala kadar, terus ke Dewan LLM. Nasib dah beli hadiah siap-siap.
Tada~ Kad ucapan daripada saya dan D. Menggunakan lebihan kad jemputan kami dan selepas dapat inspirasi daripada post Lala hari tu {Post}, saya gunakan baki doily paper untuk tutup nama kami. Yang wax seal tu, sahaja letak nak habiskan.
Kami tiba betul-betul sebelum ketibaan pengantin. Sempat conteng dulu buku tetamu. Saya suka pasal wangi bunga melur rasanya. Wangi sangat!
Saya kongsikan deko majlis ini.
Tema keseluruhan majlis, pada warna hijau. Hijau pucuk pisang mungkin atau warna epal hijau. Dekorasi menggunakan bunga hidup sepenuhnya.
Ini walkway
Gambar thank you tag kabur pasal tak reti nak set kamera D untuk micro.
Centerpiece disetiap meja. Kombinasi 3 jenis bunga.
Saya suka pelamin Hanisah. Simple tapi tetap cantik! Dalam gambar ni mungkin tak nampak, tapi dalam mata terus, warna backdrop kiri dan kanan tu sedikit ungu (atau mungkin saya sahaja yang rasa macam tu?), sepadan dengan warna tema ahli keluarga Hanisah.
Makanan kenduri memang best! Presentation juadah di meja buffet pun cantik. Pinggan katerer berbeza daripada pinggan bulat yang biasanya digunakan. Acar memang sangat sedap. Cukup rasanya.
Ok. yang ini ulasan bias--cendol! amat sedap hahah. Pasal saya peminat cendol, jadi bagi saya, cendol ni memang sedap!
Kali pertama dartang ke majlis ada disediakan ais krim! Orang aiskrim tu bawa mesin. Sedap!
Saya sempat ambil kad perniagaannya untuk rujukan pada mereka yang mungkin mencari pembekal ais krim lembut. Kalau ikutkan daripada akadnya, beroperasi di Ampang, tapi bole la hubungi kalau nak bertanya lebih lanjut:
Wafi Soft Ice Cream
Hubungi: Faisal Azmi (019-2577627/ 03-42700316)
Emel: lan_tabur@yahoo.com
Sekarang, menyambut ketibaan raja sehari! Hanisah dan suaminya, Firdaus.
Mereka diiringi paluan kompang yang ahlinya terdiri daripada si cilik yang comel! Kali pertama juga tengok budak-budak kecil yang berkompang! Comel sangat! Tapi paluan mereka boleh tahan kuat, bergema satu dewan! Jangan pandang sebelah mata aje!
Kalau diperhatikan, pengantin perempuan anggun berjubah. Saya rasa, keseluruhan majlis perkahwinan ini, bertemakan islamik. Walaupun tidak la secara nyata-nyata ditunjukkan, tapi saya rasa element islamik tu disuntik dengan kemas. Lagu-lagu yang dipasang terdiri daripada lagu-lagu nasyid dan semestinya Maher Zain ada. Memang suasana yang tenang dan damai. Pengantin juga diiringi selawat sampai ke meja makan. Mereka makan dahulu dan saya rasa, pelamin tu disediakan untuk sesi bergambar dengan tetamu, bukan untuk bersanding.
Mungkin la.. Saya tak tahu pasal kami kena balik awal.
Tapi seperti biasa kami meneruskan tradisi kami mengacau pengantin di meja beradap :p hihi
Ni kamera bukan cap ayam cam kami, daripada facebook Awang. Gambar laaagi cantik!
Saya terlupa nak ambil gambar buah tangan kami dapat. Saya cuma ambil gambar telur pindang ni, antara buah tangan dalam beg yang comel bewarna merah tu.
Hanisah dan Firdaus, tahniah! Selamat pengantin baru!
Ulasan raikan cinta seterusnya: Blogger Yanie
5 Disember 2010

bila tengok balik..tema wedding kaler hijau pon nampak cantik kan??huhu..
ReplyDeleteFifie: tu macam ada kecenderungan utk rambang mata ni ye? :P
ReplyDeletekak..nak rambang mata pon tak boleyh dah..majlis dah terjadi..hahaha..tapi memang siyes cantek la hijau!!
ReplyDeletetak sempat jupe xora kat majlis yanie..kina kena rushing balik..hee
ReplyDeleteXora,okeh skrg dh xsilent2 lg dh..membaca secara terang..ekeke:p..btw,ske tgk bju pengantin perempuan kaler hijau tu..die punye perjalanan majlis pn sme mcm ape yg sye n family rncgkn slme ni..=)
ReplyDeletepelamin kawan xora tu sweet laa..=) hana berdebar lah..ntah camne lah rupe keseluruhan majlis tu nnt..wuwuwu
ReplyDelete